January 26, 2012
Dunia Cinta dan Tulang Rusukku
Saya tercari-cari tulang rusuk yang telah lama saya hilangkan.
Seusai bangun dari mimpi yang panjang, dunia saya kini Dunia Baharu, telah lama saya tinggalkan Dunia Cinta yang mengiurkan itu…
Tulang rusuk, separuh saya temukan di dalam IGA (Zaen Kasturi). Barangkali serpihannya tidak cukup untuk membenarkan saya kembali kepada Dunia Cinta itu, lalu saya mengharung Sumsum Bulan Rawan (Kemala). Ahh…masakan saya dapat lupa, seminggu bergelumang puisi-puisi Menangguhkan Kebenaran (Baha Zain). Seminggu yang perit tetapi manis sekali. Itulah saatnya saya memasuki Dunia Cinta, Dunia Kepengarangan. Dunia orang-orang hebat yang berbalut topeng ’Kami Manusia Biasa’ . Masakan saya dapat lupa jua, lukisan manusia tenggelam dengan kakinya menghala bulan dan mentari…Sekeping kertas berbagi dua dengan puisi Sungai Mekong (Latiff Mohidin) yang mahsyur
Sungai Mekong
kupilih namamu
kerana aku begitu sepi
kan kubenamkan dadaku
ke dasarmu
kaki kananku ke bulan
kaki kiriku ke matari
kan kuhanyutkan hatiku
ke kalimu
namaku ke muara
suaraku ke gunung
Guru-guru yang kami kasihi selalu itu bercerita tentang menulis puisi dengan hati, mereka menambah pula bahawa puisi adalah pengucapan hati nurani. Saya mengunyah kata-kata yang terlontar seperti menelan pasir-kerana tidak dapat merasakannya, kalau pun ya, terasa begitu sukar…Lalu dengan secangkir kopi pekat berbusa (pada jam hampir 12 tengah malam seusai bengkel) saya duduk mampiri sekujur tubuh seorang guru, dengan pen dakwat mahal dia pun mulai mencantas semua kata-kata hambar saya yang lahir dari minda dan kosong pengucapan nurani.
(Oh guru, sehingga kini saya masih menyimpan kepingan kertas itu meski dakwatnya telah luntur)
Malam-malam pun berlalu, memerah seluruh keringat, menghanyutkan kami dalam-dalam…Samuderanya begitu aneh, menakjubkan dan misteri yang asyik. Kerana ketakjuban kami padanya begitu dahsyat, tenaga kami diserap penuh-penuh oleh buku-buku yang berterabur di atas meja, di atas bangku, bahkan turut sama menumpang tilam empuk sepanjang minggu.
(Saya malahan menggigau membuka pintu kamar kerana terlalu penat!)
Pelabuhan Putih dan Ziarah Tanah Kudup (Kemala) belum cukup. Memang saya perlukan lebih.
“Dunia Cinta dan Tulang Rusukku”, berdesir dalam pengucapan doa saya buat kesekian kalinya…
January 18, 2012
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Pengumuman Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
- Sayembara ini pertama kalinya akan dianjurkan bersama ITBM, PENA dan Berita Harian sebagai strategi pelaksanaan untuk membentuk penulis muda yang matang serta mapan, mampu menyumbang kepada pembangunan insaniah, dan membina interaksi yang bermanfaat antara penulis dengan pembaca. Terbahagi kepada tiga kategori, iaitu penulisan novel, cerpen dan puisi; sayembara ini terbuka kepada semua penulis muda tempatan di bawah umur 45 tahun, yang lahir pada tahun 1966.
- Penulis yang menyertai sayembara penulisan novel dikehendaki menghasilkan karya sastera positif yang tidak ditetapkan had halaman muka surat. Tempoh masa satu (1) tahun diberikan bagi menghasilkan dan menghantar penyertaan sayembara penulisan novel ini. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2013.
- Bagi kategori cerpen, setiap penulis terbuka untuk menghasilkan 10 karya dalam sebarang genre penulisan. Manakala kategori puisi pula, penulis dikehendaki menghasilkan 30 puisi yang tidak dihad jumlah panjang bagi setiap karya. Tempoh masa penghasilan dan penghantaran karya bagi kedua-dua kategori ini adalah dalam tempoh masa enam (6) bulan. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012.
- Peserta sayembara ini bebas menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan hendaklah menggunakan judul dan isi kandungan yang berbeza. Sayembara ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM130,000 untuk pemenang, dan berikut adalah pecahannya:
Kategori Novel
Hadiah Pertama: 1 x RM15,000
Hadiah Kedua: 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM9,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM3,000
Kategori Cerpen
Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
Kategori Puisi
Hadiah Pertama: 1 x RM10,000
Hadiah Kedua: 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga: 1 x RM5,000
Hadiah Penghargaan: 7 x RM2,000
- Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian, sila layari laman web ITBM di www.itnm.com.my.
January 8, 2012
Sireh Pulang Ke Ganggang
Bagai sireh pulang ke ganggang.
Begitulah agaknya situasi saya sekarang. Pulang ke daerah yang saya sangkakan akan ditinggalkan selama-lamanya. Inilah takdir. Takdir itu sifatnya misteri dan penuh kejutan.
Oh Tuhan, saya menerima takdir ini dengan lapang dada!
Masih banyak tempat-tempat yang gagal saya kunjungi. Malahan, masih banyak jalan yang saya belum ingati. Daerah ini sangat luas, pelbagai, dan masih “dara” (baca: hutan).
Barangkali juga, Tuhan tahu, saya masih berjiwa seorang pelajar. Malah, lebih selesa berada di dalam kampus UIAM Kuantan ini, daripada berlegar-legar di ECM pada hujung minggu.
Kafeterianya, meski uzur dan tidak menarik bagi yang biasa makan di McD, KFC, Ikan Bakar Ana atau New Horizons, masih mengecurkan liur saya. Masakan saya dapat lupa ikan keli goreng, ulam raja dan sambal buatan Kak Ana yang lazat itu? Empat tahun masih belum jemu-jemu!
UIAM Kuantan sedang membangun. Tidak sampai 5 bulan saya tinggalkan, sudah banyak yang berubah. Bangunan admin baharu, hospital gigi pertama di Malaysia, perpustakaan baharu yang besar dan makin indah (selain surau di dalamnya yang selesa), masjid putih di pinggiran tasik kecil, EduCare dan stadium lengkap dengan kolam renang.
Pun, setiap kali kaki ini ingin melangkah masuk ke laman budi dan ilmu ini, pasti Jejaka Kacah di depan pintu gerbang melambai-lambai. Sambil menurunkan cermin mata hitamnya yang berkilat itu, beliau dengan sopannya bertanya:
“Mana sticker kereta?”
Ya, memang aura pelajar masih ada di muka saya. Lalu kad matrik yang telah dilubangi itulah yang menjadi bukti saya ex-studenttt. Muka saja macam undergraduate.
Namun tidak lagi sekarang! (Walau pun Jejaka Kacah itu sudah mengecam saya dan diizinkan masuk walau pun tidak menekan minyak sebaik sahaja sampai di depan gerbang)
KERANA…
Alumni UIAM ada hak itu masuk dan berlegar-legar tanpa tujuan di kampus UIAM!!!
Caranya:
Isi borang Membership Card ini dan hantar >> isi borang untuk sticker kereta khas untuk alumni pada harga RM4.00.
January 6, 2012
Belakang parang diasah lagikan tajam
Belakang parang diasah lagikan tajam, kan?
Jom, kita jenguk blog-blog mereka sambil minum petang ya!
http://twistomalaysia.wordpress.com
http://frozenbeefrendang.wordpress.com
http://dadihsedih.wordpress.com
http://fabuloustic93.wordpress.com
http://maccheronialforno.wordpress.com
http://laksakedah.wordpress.com
http://emmsedapsihatdenganjus.wordpress.com
http://lavendercream.wordpress.com
http://pautautancinta.wordpress.com
http://cuppyswit.wordpress.com
http://akuoreklate.wordpress.com
http://cuteasstrawberry.wordpress.com
http://gulagula.cheesecake.wordpress.com
http://makanmakanyeahyeah.wordpress.com
http://bicarakeksenyum.wordpress.com
http://cekzatiqahcafe.wordpress.com
http://sweetiyummy.wordpress.com
January 5, 2012
Sinless Snacking & Dinner Time
Petang-petang sebegini di pejabat, setelah selesai kerja, perut mulalah meronta-ronta. Lapar. Tapi dalam memilih snek pun, kalau kamu seorang yang health-concious dan sedang ber’diet’, kamu pasti fikirkan makanan apa yang ada selain biskut oat kering-yang-klise, betul?
Kini tidak lagi perlu bimbang, dengan mendaftar di WebMD newsletter, bukan sahaja kamu boleh disarankan snek bagus-bagus, bahkan tentang makanan yang patut kamu makan sepanjang cuti sehinggalah untuk mengelak kanser rahim!
Pagi yang ceria, buka e-mel dan dapat newsletter yang bagus sebegini.

Biskut Oat dengan keju: 98 kalori

Epal bersalut peanut butter: 90 kalori
Kemudian, apabila jam menghampiri pukul 5 petang, otak ligat berfikir: mahu makan apa malam ini? Memasak atau makan di Warung Pak Cik Borhan?
Kalau kamu sedang berjimat dan mahukan tubuh lebih sihat dengan murah, pilihlah: makan dan masak di rumah.
Buntu nak masak apa?
Tontonlah 5 Rencah5 Rasa di www.tonton.com.my

Sudah?
Resepi saya malam ini: Ayam Kunyit & Brokoli Udang.
Kamu pula?


