sufiyyah~


Sejenak

Hidup Imam Nawawi

Nama: Muhyiddin Abu Zakaria Yahya b. Syirfu al-Nawawi

Kelahiran: Nawa, Muharram 631H

Ilmu: Hafaz AQ sejak kecil dan menghafal kitab-kitab (fiqh, ibadat, etc).

Peribadi:

  • Tidak pernah membaringkan diri di tempat tidue kerana terlalu sibuk dengan pelajaran
  • Setiap hari mempelajari 12 m/p dalam pelbagai jurusan agama.
  • Makan dan minum sekali sehari
  • Tidak menghiraukan soal makan, minum, pakaian, dll. [memadai dgn apa yg ada]
  • Tidak suka buah-elak mengantuk dan ada riwayat mengatakan buah-buahan di Damsyiq dianggap mengandungi syubahaH ketika itu.
  • Pakaian kasar

Lupa manusia

Manusia selalu lupa. Nasiya [LUPA]. Lalu sering perlu dinasihat dan diingat.

Menurut Ibn Jauzy, selalu sahaja nasihat seperti cambuk. Sakit bila terkena, lalu terkesanlah. Dan selalu juga, nasihat itu menjadi segar bila didengar buat kali pertama, lantas terus dilupa. Seperti mencurah setitis air segar ke atas ubun di tengah sahara.

Tetapi, ada manusia yang hidup jiwanya, segar senantiasa. Teguh dalam kalut. Bulat hatinya dengan ketetapan jiwa.

Ada seperti lalang.

Dan ada juga tidak tersentuh langsung, seperti air. Seperti air yang dikocak, dan kembali kepada asal semula dengan segera. Seolah tidak pernah beriak.

Menghidupkan hati yang mati

Mencari dunia selalu dianggap sebagai satu nature manusia. Sedang akhirat adalah masalah luar dari tabiat. Kerana ancaman dari AQ, maka manusia kononnya terpaksa. Seperti dianggap mencari dunia adalah semulajadinya air sungai mengalir ke bawah, tidak mungkin melawan graviti untuk kembali semula ke puncak gunung.

Tetapi sebenarnya tidak. Akhirat adalah satu titik dan matlamat asal dunia. Kerana bila mengingat adanya akhirat maka peribadi manusia, tabiat manusia dan akhlaq akan menjadi unggul. Menggugah kehendak jiwa dan sikap keras akan memperkuatkan akal untuk mengawal. Maka muncullah manusia unggul, yang menumpu kepada akhirat dan menggunakan sebaik-baiknya kehidupan di dunia.

melihat ke hadapan

Manusia yang bijak akan sentiasa menilai dari pangkal hingga ke akhir satu persoalan.

Berapa banyak orang yang terbakar api marahnya, namun berakhir dengan kematian dan kesan buruk yang menimpa dirinya sendiri. Sekalipun boleh memadam api tersebut, akan tetapi sepanjang hidupnya dia akan selalu menangis, bersedih dan menyesali apa yang telah dia lakukan.

Seperti syair yang dinukil dalam kitab “Ketajaman Mata Hati; antara bisikan syaitan dan malaikat” ;

seakan tak pernah engkau dengar nasib orang terdahulu

tidak pula engkau lihat sisa dari apa yang dilakukan masa

tak pernah pula engkau ketahui jika itu rumah mereka

hembusan angin kubur yang mengekorimu menghapusnya.”

 alam terakhir

Jadilah manusia yang tidak pernah lupa. Yang sentiasa merasakan mati mengekori ke mana sahaja kaki melangkah.

Ketika gelap, gelap lagi beradu di kuburan.

Ketika ditempik, bingit lagi suara malaikat menyoal.

Ketika dipukul dengan ujian, maka perit lagi himpitan kubur.

Ketika jiwa merasa sempit, sempit lagi ruang kita disimpan.

Wahai yang setiap saat berjalan ke arah kesenangan, janganlah melakukan sesuatu yang tidak kamu mengerti dan tidak pula kamu ketahui.


Kelantan

 Ana baru pulang dari Kelantan. Diam selama 3 hari di sana. Pusing-pusing sekitar Kota Bharu; singgah ke Wakaf Che’ Yeh, memborong keropok dan asam sebanyak-banyaknya(ubat loya) dan sempat menziarahi bait (rumah) sahabat.

 Apa yang menarik?

 Pertama yang ana lihat dari sebalik tingkap bas apabila kami sampai, adalah papan tanda. Papan tanda yang hampir seluruhnya  [terdapat di deretan kedai-kedai] pasti ada tulisan jawi.

Menarik barangkali? Bagi ana, ya. Kerana sudah jarang mahu melihat tulisan ini. Selain dari akhbar jawi yang kadang-kadang ada terselit, (langsung terus ada berita tentang artis di muka depan), ana jarang benar ketemu.

Dan deretan posternya. Penuh dengan kata-kata. Kempen-kempen. Kempen mengutip sampah. Wanita, tulang belakang. Dan sebagainya lagi.

Baru-baru ini, ana terbaca di dalam akhbar; pengakuan rakyat negeri Kelantan gagal dalam usaha kempen menjaga kebersihan. Dan kalau sebeginilah, yang dikatakan gagal, maka ana rasa malu dengan bumi tempat ana berpijak sekarang. Kerana Pasar Khadijahnya jauh lebih bersih daripada pasar yang selalu ana kunjungi pagi-pagi bersama emak!

Selain mata bulat mak cik-makcik yang berkunjung ke pasar. Dan coloteh mereka tentang tudung yang baru dibeli. Atau batik. Atau Pantai Cahaya Bulan yang tak sempat ana nikmati bayunya [kerana tertidur].

 Kecek pasal kelate… 

Ah, entri kali ini bukan untuk bercakap perihal Kelantan sahaja.  Atau memujinya kerana layanan baik yang diberi tatkala berkunjung ke sana.

Dan pastinya bukan sekadar menyebut negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan sengaja… 


Tok

Ana baru pulang dari kampung. Menziarahi tok yang sudah lama tidak ana temui. Dia masih kuat, cuma penglihatan kian kabur. Dan sering sakit-sakit di bahagian kepala. Ditambah lenguh-lenguh di sendi. 

Pulau Langkawi masih seperti dahulu. Tiada yang ketara berubah. Atau berkurang. Cuma mungkin kemudahan jalanraya bertambah. Atau suhu kian terasa bahangnya. Lebih-lebih lagi tika mentari tegak di atas kepala.  Tok, pada usia menjangkau 80an masih kalut memasak untuk anak cucunya jika kami pulang. Atau membaca Al-Quran walaupun mata kian kabur. Bangun di waktu malam untuk bertahajjud walaupun kudratnya tidak seberapa. Apatah lagi solat sunat dhuha di pagi hari. Tatkala ayah batuk-batuk di tengah dingin malam. Ketika angin sebu, toklah yang kalut bertanya dan membuka madu lebah dalam botolnya untuk ayah. Tatkala ayah membawa pulang buah cermai untuk dibuat jeruk, toklah yang paling kalut. Ditanya semua anak-pinaknya, bagaimana caranya. Ana pada mulanya “berjanji-janji ayam” untuk membuat. Tapi akhirnya toklah yang melumur gula. Mencampurkan garam. Dan menggaulnya sebelum dimasukkan ke dalam balang.

 Tatkala mahu pulang ke rumah, segala jenis hidupan laut dimasaknya untuk kami. Ketam yang sebesar tapak tangan, kepah serta ikan habis ditumisnya, direbus dan digoreng. Dan analah yang menolongnya untuk makan sehingga habis. =p  Ah, ana masih terbayang, betapa lemak dan manisnya hati ikan pari yang dibakar… Seperti kebiasaan, segala macam benda akan dimasukkan ke dalam beg kami sebelum berangkat. Kuih bakar Mak Ngah Ani, kuih kasut Mak Ngah Yam, buah jambu Tok Su, tapai, masak kicap siput, ketam rebus, jeruk cermai…dan ayah pun akan berkata seperti selalunya.. 

“kat sana pun ada mak..cukup-cukuplah tuu..” Tok..tok.. Dan sememangnya jenuh untuk kami mengangkut. Tapi, jenuh kami mengangkut barang-barang yang dikirim tok tidaklah seberapa, kerana senyum di hati tok itu lebih berharga.  Seperti selalunya juga, tatkala tangan bertaut dan kucupan dihadiahkan untuk tok di pipinya yang sudah berkedut, pasti ada guliran air mata yang menitik di pipinya… “Bertuahnya, cucu-cucu aku datang tengok-tengokkan aku..” Dan ana pun menjadi sebak…

Jemput ke rumah tok ana jika datang ke Pulau Lagenda ini… 


Kitab ini

Sudah lama tidak kerap menulis. Lebih-lebih lagi menulis di blog. Ana sedang berenak-enak di rumah sekarang. Selain tidur, makan dan tidur, ana cuba juga memain-mainkan jemari di papan kekunci, mencari ide-ide segar untuk membikin cerpen baru. Pastinya, ana mahu lahirkan sesuatu dengan nafas baru. Tiada lagi kasih. =p Ana, setelah hampir 2 tahun di matrikulasi, akhirnya tamatlah pengajian di sana. Dengan CGPA yang biasa-biasa, ana bakal mengorak langkah ke dunia sebenar kampus (di Kuantan). Dan ana berharap sangat-sangat kali ini, akan punya semangat yang telah ana hilangkan itu kembali.  

Kerana ana terlalu bersimpati ke atas diri sendiri, akhirnya ana telah melepaskan banyak peluang. Kini ana tidak punya banyak pilihan, selain menuju siratul mustaqim.=p Kerana jalan yang dilalui tiada turning back, kalaupun ada, hanya turning point sahaja. Yang entah ya atau tidak, akan ana peroleh. Dan moga ana terus istiqomah. Sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba ana mulai merasakan nikmat mencari sesuatu di sebalik misteri sebuah buku. Buku yang penuh hikmah dan mukjizat yang diturunkan kepada kekasih Kekasih. Sebetulnya, kerana pembuktian-pembuktian sains yang terdapat di dalamnya. Dan ana sangat bersyukur terlempar ke daerah ini, kerana ana bisa mengorek sedalam mungkin dan terus mengaitkannya dengan sains. Kerana itu, ana tidak akan berpatah kembali. 

Bidang ini, akan suatu hari, ana manfaatkan sebaiknya, demi membuktikan Deenul Islam; agama teragung yang tidak perlu diragu-ragukan lagi, dengan keizinan Kekasih.                  Ah, omong kosong…Buktikan dahulu. Dan ana percaya, keazaman yang kuat titik mula segalanya. 

Izinkan ana…dengan doa kalian. =) 

“Adakah orang yang taat (patuh mengikut perintah Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan ( siksa) di akhirat, serta megharapkan rahmat Tuhannya (sama dengan orang derhaka). Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang-orang yang berakal.” Az-Zumar 9