sufiyyah~


Post-mortem ii

Memang memalukan. Setelah hampir 15 tahun mengaji, masih tak paham-paham lagi? Huhu~ Ana nak mengata kat diri sendiri, yang susah betul nak sedar diri.

my schedule

Sesetengah orang sukakan jadual. Seharusnya begitu. Dengan jadual harian, hidup akan jadi teratur. Kalaupun tidak ada jadual harian, jadual untuk ulangkaji patut ada. Kalau yang jenis rajin tak apalah, sentiasa ingat untuk study. Ataupun dengan kuasa otak, sudah dapat mencongak strategi berkesan untuk ulangkaji sepanjang minggu. Ana juga ada jadual. Jadual harian yang selalu tak dipatuhi. =p Ana bahagikan kotak-kotak kepada 24 buah mewakili 24 jam dalam sehari. Dan seterusnya akan mengisi satu-satu kotak apa yang akan ana lakukan sepanjang minggu. Ana harus akui, ana jenis yang tidak suka benda yang berulang-ulang. Ataupun kadang berasa rimas seolah dikongkong, jadi jadual ana adalah jadual umum. Tidak ditetapkan harus study apa pada jam berapa-berapa. Kelebihan jadual begini, ana boleh membuat agakan masa dalam duration satu jam untuk aktiviti yang akan dilakukan dan mudah untuk mencongak berapa jam lagi masa yang ada di dalam satu hari.

Tetapi, ana punya satu masalah-selalu terkulai selepas insya’, kadang-kadang mata ana sudah merah selepas solat maghrib bersama sedikit tilawah. Pun begitu, untuk bangun pada waktu awal pagi bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi kalau ada perjumpaan dan meeting selepas insya yang selalunya berakhir tengah malam. Ana dapati, motivasi untuk bangun pada 3 pagi/4 pagi hanya akan datang bila exam tinggal sehari dua. Apa yang boleh dibuat? Kalau tidak study selepas kelas pada waktu-waktu begini, harus bagaimana? Senggang antara kelas atau cuti hujung minggu tidak memadai. Apatah lagi dengan assignment yang menimbun. Dan kali ini ana tidak mahu bergantung pada kuliah lagi! Ana juga rasanya [lah] sudah serik untuk menangguh ulangkaji sehingga berhimpun pada hujung minggu. Kerana akhirnya, target tak pernah akan sampai. Macam menyimpan baju busuk selama seminggu di dalam baldi, susah-payahnya nak membasuh! Bukan sahaja penat, malah kulit tangan makin kasar. =p

Teringat pada zaman persekolahan dahulu. Ana yang tidak banyak bercakap dan punya ramai kawan memang ada hikmah yang besar. Masa tidak dibazirkan pada waktu petang yang senggang untuk berborak dan mencicah biskut kering dengan teh kosong. Ataupun berangkai bersama satu kumpulan, sama-sama makan di dewan makan. Ana sudah amat biasa makan seorang diri di dewan makan. Pernah ana berbuka puasa seorang diri tanpa sesiapa di dewan makan, ditemani seekor kucing. Memilukan ketika itu, tapi kini ana rasa amat berbaloi.

notes

Ya. Mungkin ana sudah kehilangan keinginan yang melonta-lonta untuk tahu dan menguasai. Ataupun ana kini berasa begitu senang untuk membuang masa berlambat-lambat melenggang-kangkung ke mana-mana sahaja. Ataupun kini ana suka sungguh makan biskut kering dan minum teh kosong pada waktu petang. Mungkin juga ana sudah melebihkan masa untuk hobi ana-internet, puisi dan karya sastera lain.

Begitu rupanya…

Kata kakak kepada Hanim dan Hanum[tak ingat namanya], best student Kuliyyah of Science;

Jagalah solat. InsyaAllah, yang lain akan terpelihara.

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.


Semester baru yang kutunggu-tunggu

  Hampir selesai sudah. Selesai apa? Cuti analah… Cuti 3 minggu bakal tamat lusa. Result exam sudah keluar. Tetapi malangnya keputusan subjek management tidak ada. Jadi ana terpaksa menunggu. Overall, cukup makan. Ana ni dari dulu kais pagi makan tengah hari, kais petang makan malam. Huhu~

Mari kita muhasabah sikit ye!

Apa yang silap.

-Terlalu bergembira di waktu lapang. Contoh terbaik-sekarang! [cuti 3 minggu makan-tido-baca buku merapu] Ana ada juga membelek nota Biochemistry untuk semester depan, tapi..err…3 jam je sepanjang 3 minggu ni

-Terlalu bergantung kuliah lecturer, last minute baru nak terhegeh betul-betul cari bahan tambahan.

-Exercise ciput, terutamanya Maple & Maplet

-Malas nak menghafal-penyakit lama yang susah nak diubat. Subjek macam Microbiology bab menghafal nama microbe ana surrender!

Semester pertama sudah berlalu. Seperti angin kencang, sekejap sahaja dah menghilang. Semester depan insyaAllah ana akan ambil subjek:

  1. Bahasa Melayu for Science

  2. Biostatistics

  3. Principles of Biochemistry

  4. Molecular and Cell Biology

  5. Islam, Knowledge and Civilization

Ana dan mereka-reka pelan strategik  untuk semester akan datang. Kononnyalah! Huhu~

 lompat!Beware!


Nikah tika belajar

Rasa kepingin untuk menikah itu pasti ada pada semua orang. Bukankah itu fitrah manusia? Allah berfirman dalam surah an-Naba’ ayat 8:

“Dan Kami telah mencipta kamu berpasang-pasang.”

Kata sahabat ana;

” Bernikah ketika masih belajar menenangkan hati. Sebab orang yang disayangi ada di depan mata.”

Benar.

Kalau dilihat pada satu sudut memang tampak indah. Tapi, indahnya sebuah perkahwinan pasti tidak ada maknanya tanpa tanggungjawab. Mungkin dahulu ana penyokong kuat perkahwinan ketika masih belajar. Hidup pasti tenang dengan pendamping yang setia meniup semangat, membantu saat susah dan menghadirkan kebahagiaan dalam hidup yang penuh pancaroba. Tetapi, setelah melihat perit dan jerih sahabat-sahabat yang melangsungkan pernikahan dalam usia muda, ana berfikir 20 kali semula. Ana tidak sekuat itu!

Bayangkan…

Dalam usia yang muda sudah terpaksa memikirkan soal kewangan yang menghimpit demi isteri dan kalau diberi zuriat dalam masa terdekat…oh tidak.

Tetapi lelaki mungkin akan menjalani hidup yang biasa-biasa sahaja.

Seperti kata ustazah ana, lelaki tidak mengalami perubahan yang banyak selepas berkahwin. Hidup mereka masih tetap terurus oleh isteri. Mungkin yang berubah adalah bertambahnya masalah dalam  mencari rezeki untuk anak dan isteri, tapi kalau ibu ayah yang menyumbang, lagilah tidak ada apa-apa perubahan.

Lain pula dengan si isteri, bakal menerima tugasan yang lebih berat. Kain baju mungkin akan bertimbun [kalau suami jenis malas nak menolong], memasak, ke kelas dengan perut memboyot, mengalami muntah-muntah, pengsan, loya, lesu, terpaksa bercuti bersalin hingga tertinggal kelas atau peperiksaan, menguruskan suami, mengejutkan suami yang liat bangun tidur, tertidur kerana penat melayan kerenah suami, mengemas rumah dan menguruskan anak yang banyak kerenah. Kalau tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini pastinya pelajaran akan tertinggal.

Seperti kata Zainab al-Ghazali dalam bukunya bertajuk Nasihat Untuk Wanita;

“Timbul masalah dalam pemikiran gadis-gadis muslimah antara berkahwin dengan belajar. Mana yang perlu didahulukan dan diberi keutamaan. Adakah baik berkahwin ketika belajar atau ditumpukan pelajaran terlebih dahulu kemudian baharu berkahwin atau adakah perlu berkahwin dan melupakan pelajaran.

Bagi penulis dalam masalah gadis yang dipinang ketika dia dalam alam pendidikan perlulah meneruskan pengajiannya terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi tujuan belajar adalah untuk membentuk dan melahirkan umat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun jika gadis itu dapat mengimbangi antara pernikahan dan pelajaran adalah lebih baik. Apa yang penting adalah pelajaran yang diperolehi mampu menjadikan penuntutnya seorang yang tahu matlamat dan kewajipan dalam membentuk generasi yang berkualiti di dunia dan akhirat dengan didikan dan penjagaan seorang ibu yang terpelajar dan bijaksana.

Ibu yang bijaksana merupakan harta kekayaan bagi umat Islam itu sendiri. Ia merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada manusia dengan memberi hidayah ke jalan yang membina kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga. Ini berikutan Allah mengurniakannya ketinggian pemahaman, pertimbangan yang baik serta tingkah laku yang terpuji. Keadaan ini akan menjadikan umat Islam hidup dalam rahmat dan kasih-sayang. Justeru setiap wanita Islam perlu bijak dalam mengemudi rumahtangganya ke jalan yang direhai Allah.”

Betapa sukar untuk menjadi pohon yang rendang dengan buah-buah budi yang meranum sentiasa. Lebih sukar untuk menjalin akar bijaksana pada anak-anak pokok yang bakal tumbuh. Sedangkan benih sabar dan iman itu selalu naik dan turun.

Nikah tika masih belajar boleh menjadi indah jika minda cukup sedar tentang erti tanggungjawab. Apatah lagi apabila taqwa seiring dalam perjalanan. Tambah cantik jika pasangan sedar erti amanah Tuhan.

Baca:

 http://wardahsufiah.blogspot.com/2006/11/oh-mamasaya-mau-kawen.html


mari menulis

Abah hulurkan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 25-11-2007  kepada ana semalam.Isinya begini:

Peraduan Mengarang Esei 2007

Anjuran DBP

Tema: Sambutan Kemerdekaan Ke-50 Tahun

Hadiahnya agak lumayan. Pertama wang tunai RM 3000, sijil dan buku terbitan DBP. Kedua, RM 2000, sijil dan buku terbitan DBP. Ketiga, RM 1000, sijil dan buku terbitan DBP. 10 hadiah saguhati, RM 500 berserta sijil dan buku terbitan DBP.

Tajuk pilihan ana:

1. Pemerkasaan Bahasa Melayu

2. Pembangunan Pendidikan: Pembinaan Negara Bangsa

3. Islam Hadhari: Pembentuk Generasi Gemilang

Adik ana hanya ketawa melihat ana bersungguh membaca.

“Kalau kakak menang adik bagi RM 1.”

Ceh.

Tapi abah cakap;

“Yang penting semangat ingin mencuba.”

;-)

baca: http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php


Tok

     Ana baru pulang dari kampung di Pulau Langkawi. Langkawi masih seperti dahulu, kalaupun pembangunan kian pesat, hijaunya masih banyak dah melata. Bayunya masih berpuput lembut walaupun kadang menyengat dengan bahang cerlang mentari. Ana pulang bersendirian kali ini kerana abah sibuk dengan tugasnya mengawasi peperiksaan SPM, mama dengan kerja-kerja perpustakaan dan adik dengan kelas tambahan yang berterusan hingga Disember.

 adik comel 3adik comel 2adik comel 1 

Ura-ura harga tiket feri naik rupanya tidak benar, mungkin sehingga Disember ini. [Harga tiket sekarang; dewasa RM 18]. Banyak betul pelancong kali ini. Pastinya kerana musim cuti sekolah. Bersesak-sesak. Tambahan pesta LIMA akan berlangsung tak lama lagi. Mesti laris jualan bahulu Mak Ngah!

ramainyaaa~

Ana tak kemana-mana. Adik-beradik abah sibuk mencari rezeki sepanjang cuti sekolah. Mengambil peluang dengan kedatangan pelancong dari seluruh pelusok negara. Mak Ngah dan adik Ija sampai demam-demam membakar bahulu, Kak Jiah [pengantin baru] sibuk membuat kueh bakar, abang chik yang semakin handsome siang malam bekerja di hotel, Ngah Mbun sibuk mengasuh anak-anak kecil, Long dengan cucu-cucunya; Humaira dan Danial yang kian nakal. Jadi ana hanya terperap di rumah tok, menjadi teman berbual.

depan rumah tok

Tok masih kuat. Walaupun kadang-kadang mengadu pandangan matanya tidak sejelas dahulu. Dia masih sibuk mahu memasak untuk ana. Ikan bakar, hati ikan pari yang lemak, serawa labu dan ubi, masak lemak lobak. Mungkin juga kerana kudratnya tidak seperti dahulu, kalau tidak tentu habis ceruk pasar digeledahnya untuk hidangan istimewa menyambut cucu.

TOK

Tok kadang mengeluh tentang rindunya pada anak-anak dan cucu. Tok kadang menyebut tentang riuh dan gelak-tawa yang pernah dirasainya dahulu. Tok kadang mengesat matanya bila terkenang saat susah-payah membesarkan anak-anak tanpa suami. [Wan meninggal sejak usia abah 15 tahun]. Tok kadang merenung langit dan sawah yang terbentang di halaman rumah. Kata tok,” Tak boleh ingat sangat. Tak baik. Baca Al-Quran. Zikir ingat Tuhan. Tak baik terlampau rindu dendam.”

Tok.

Kata abah, ” Berbaktilah selagi ada usia.”

Ya. Berbudilah selagi ada peluang. Hargailah selagi yang tersayang masih hidup. Kadang kita terlalu sibuk sehingga selalu benar alpa orang yang kita sayangi sedang menunggu, menanti sepanjang usianya.

Andai ditaqdirkan kesudahanku bersendiri

Kupohon ya Tuhan, kentalkan jiwa ini.