sufiyyah~


Kesabaran tiada had

Mungkin ana tak patut berfikir tentang hal ini sekarang. Tapi keinginan sudah terlonta-lonta. Tiket sudah dibeli, cuma beg sahaja belum dikemaskan. Ada 4 lagi sujek untuk ditempuh, dan keempat-empatnya menuntut fokus yang amat tinggi. Usai sahaja peperiksaan pada 3 hb ini, jam 3 petang ana akan terus berangkat. Mahu sahaja diam lama-lama di sana. Aduhai, betapa keinginan tak dapat ditahan lagi. Malahan, sudah dikirimi Sapiah dan adik di rumah; novel detektif indigo versi 2 dan 3.

Kalau boleh bertapa di sana alangkah bagusnya. Dan kalau boleh mahu bawa pulang seguni buku ke rumah.

Jumpa di sana! ;)

KLIBF 2008 Open to Public on 4th April 2008

KLIBF 2008 Opening Ceremony will be held on 4th APRIL 2008, Putra World Trade Centre (PWTC, Kuala Lumpur.


lonjakan paradigma

Kadang kita sendiri yang merasa payah dan goyah. Tapi apabila ada sahabat yang meminta api semangat, kita pun tiba-tiba menjadi motivator yang sangat “berkaliber”. Huhu~

Jazakallahu khairan kathira.

JUST DO ALL THINGS NECESSARY. KNOW YOUR PRIORITY BUT DON’T SIMPLY LEAVE THE LEAST IMPORTANT THINGS BEHIND. AT THIS POINT, STUDY IS THE FIRST DAKWAH. WE HAVE TO DO OUR BEST AT THE THINGS WE ARE GOOD AT. KALAU BUAT BENDA YANG KITA BUKAN AHLINYA, TAKUT YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN. BUAT SETAKAT YANG MAMPU. NEXT TIME, KURANGKAN BENDA-BENDA YANG MENG’EXHAUSTED’KAN TU. JANGAN LOMPAT SAMPAI PELAJARAN TUNGGANG-LANGGANG. MAYBE IT IS THE WAY WE LOOK AT THE STUDY ITSELF. KITA NAMPAK MACAM BESAR AND WE ARE TAKING TOO HARD. MINAT BENDA YANG KITA NAK STUDY, BARU BERSUNGGUH-SUNGGUH AND RESULT OK.

KEEP FIGHTING!

DON’T GIVE UP!

U HAVE NOTHING TO LOSE!


putih: brilliant people

Putih – Rangsang Kepintaran Pelajar
Oleh Dr Norhisham Wahab

Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata difokuskan untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh. Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). “Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x” beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.

Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh.

Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.

Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman.

Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar.

Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengmal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi.

Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu dididahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum. Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar.

Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang.

Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.

Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misanya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.

dewan kosmik

Kadang tak salah kan berharap masa dapat berputar kembali? Astaghfirullah =( Doakan ana.

-exam mood-


selamat hari lahir

Selamat hari lahir sahabat

waktu rupanya kian renta

derap nostalgia berbatu jauhnya

rembulan turut bertepuk tangan

meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan

 

Selamat ulangtahun sahabat

pucuk kini semakin hijau

kelak merimbunlah jadi teduhan

kalau berputik buah manis

jangan lupa menghulur kasih

 

selamat hari lahir sahabat

lembayung sudah tercalit di langit

awan kenangan tak juga terusik

lompang antara kita

rupanya ada membenih rindu

pada kalbu yang sayang akan mu

 

selamat ulangtahun sahabat

ikatan sudah merambu-rambu

manira merapus tak siapa tahu

ananimu bagai semilir menikam

kesturi persahabatan kian menghilang

 

wardahputeh,

UIAM Kuantan


Lub, dub jantungku

hati

Lub, dub

pernahkah kau mendengar

bisik para munafik

pada jantung yang berdegup

lub, dub

Pada qalbu yang berombak

lub, dub

pada pepasir rasa yang tersentuh

langit petang, mentari perang

lub, dub

jiwanya telah dipegang

Lub, dub

Langit!

Hebat manakah penciptaan manusia

berbanding langit kukuh tidak bertiang

Lub, dub

suaraku berpadulah dengan suara dari langit

Lub, dub

suaraku bersatulah dengan zikir cengkerik

lub, dub

Al-quran padanya ada asyq

Lub,dup

mari jiwamu biar kupegang

selamanya hingga hari

meletus langit bagai mawar merah

gunung berterbangan

kau ‘kan tenang

Lub, dub

biar hatimu tempat kudiam

lub, dup

bagai bersama baharu sepagi

bermesra sepetang.

wardahputeh,

UIAM Kuantan