sufiyyah~


kalaulah kalau

Minggu terakhir bulan tujuh. Tiada perasaan lagi. Kata kawan, ana sangat sibuk dengan aktiviti dan program. Malam-malam diisi dengan program dan perjumpaan. Kadang terasa diri bukan pelajar, tetapi pekerja sepenuh masa. Tetapi tidak pula ana merasakan diri berada di dalam kesibukan yang menekan. Barangkali kerana perasaan itu sudah hilang. Desakan untuk belajar tidak lagi membara hangat, cumanya ingatan tetap ada untuk mengisi masa senggang dengan membaca. Tidak seghairah ketika zaman persekolahan dahulu.

Kalut. Bagusnya kalut kerana rasa takut dan gementar bertukar terus menjadi berani. Langsung tidak terlintas apa-apa di fikiran melainkan “selesaikan tugas dengan cepat!”. Juga hampir tidak dapat berfikir tentang tekanan dari sekeliling; tentang sikap, tingkah dan cakap-cakap yang menyakitkan. Ana belajar untuk melupakan dan menerima dengan penuh kasih dan tulus. Sperti orang yang bisu dengan umpat, seperti orang yang tuli dengan ejek.

Juga, ana terus-terusan mencari ruang untuk diri seperti menulis di laman ini, ataupun sesekali sempat juga membelek satu dua sajak untuk dinikmati.

Hidup tanpa apa-apa pun kalau dibiarkan akan diracuni, seperti gelas yang tak terisi penuh.

Kalaulah kalau [Puteh Hashim]

Kalaulah aku pohon merimbun

akan kupayungi insan kerdil

dari panas, hujan dan embun.

Kalaulah aku pohon berbuah lebat

akan kugugurkan buah manis dan lazat

untuk insan kerdil yang memang berhajat

Kalaulah aku air mengalir tiada putusnya

akan kubiarkan insan kerdil kehausan meneguk

daku sepuas-puasnya


Promo Group Karyawan Luar Negara [GKLN]

Maklumat lanjut di

http://gklnpublishi nghouse.blogspot .com

Judul-judul terbaru 2008 di GPH!

1) MENGGELEDAH NURANI

Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-

2) BAHASA BUMI

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-

3. MENGEMIS DI KOTA LARANGAN

Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127- 1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8) Mencerakinkan Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah Dari Langit
Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ

4) PAKEJ 2008

Dapatkan 1 set (3 judul buku) dengan harga RM42 termasuk pos.
- Menggeledah Nurani
- Mengemis di Kota Larangan
- Bahasa Bumi

Untuk sebarang tempahan, sila emelkan nama serta alamat berserta butiran tempahan (judul dan naskhah) kepada fahd_razy@yahoo. co.uk atau hubungi Fahd Razy di 0122968901 (nombor ini sah sehingga 7 September sahaja)
PERHATIAN: Kos pos RM1 bagi setiap naskhah buku.


bekerja dengan tenang

Bekerja di dalam persatuan ataupun terlibat dalam apa-apa program selain daripada menambah pengalaman hidup turut mendidik emosi dan akal supaya lebih relevan. Situasi kerja yang kadang beku dan hangat dengan emosi sedikit sebanyak menekan jiwa. Ada ketua yang tidak suka berkongsi pekerjaan dengan anak buahnya, menjadikan anak buah ‘terpinga-pinga’. Ada juga ketua yang memberi terus semua tugasan kepada anak buah sehingga anak buah merasa penat menguruskan. Tambahan pula dengan taklifan lain yang tidak putus-putus. Berprogram didefinasikan ana sebagai ruang yang menawarkan aktiviti sosial mengenal dan mengeratkan ukhuwwah di samping menambah pengalaman dan praktik hidup.

 

Ana sendiri meletakkan kepentingan berprogram sebagai salah-satu cabang daripada kewajipan sebagai seorang pelajar. Kesibukan atau timbunan taklifan yang terbeban di atas bahu ini bukanlah kebanggaan tetapi adalah pengorbanan untuk memperoleh sesuatau yang praktikal dalam hidup. Masakan mahu berbangga dengan segala jawatan yang pernah dipegang padahal jika diberi pilihan, ana rela menekur di hadapan buku mengejar cita-cita ibu dan ayah. Tetapi kerana kesedaran yang sejengkal inilah, membantutkan niat menjadi ulat buku 24 jam terus sehingga mati. Kerana ilmu itu bukan sekadar tulis, tetapi praktik!

 

Di luar sana, ramai amat yang mengalami picik minda, sendat jiwa. Minda mereka terbatas dengan sangkaan-sangkaan buruk. Jiwa mereka dikepung emosi-emosi negatif yang menghalang terus diri membesar menjadi insan yang Rabbani. Berdepan dengan insan-insan sebegini memerlukan kekuatan emosi dan kesabaran yang bukan sedikit. Seharusnya minda dihala kepada yang baik-baik sahaja supaya hubungan tidaklah keruh. Yang baik-baik sahaja itu semestinya dengan pemikiran ‘apa yang aku lakukan hanya kerana Allah S.W.T.’ Malahan Dia berfirman sesiapa yang membantu urusan saudaranya, maka akan dipermudahkan urusannya di akhirat.

 

Bekerjalah dengan lapang dada, terima seadanya dengan zikir hamdallah yang tak putus!


menjadi opportunist

Sudah hampir menjejak akhiran bulan Julai. Satu quiz selesai, satu quiz Rabu ini bakal menyusul. Jujurnya, ana masih belum sempat mengejar pelajaran yang tertinggal [telah diajar], namun berusaha mencari ruang ke arah itu. Pelajaran masih dalam takah paling utama. Menjadi pelajar adalah pangkalan hidup ana, menjadi aktif dalam bidang lain selain belajar adalah lapangan ana. Mahu atau tidak, ana akan tekal berusaha kembali ke pangkalan. Menginsafi bahawa dakwah bukan sekadar ucap dan gerak, tetapi turut meliputi tulis. [Masakan kita lupa; knowledge is power!]

Ana turut menginsafi, menjadi perancang masa yang baik memerlukan kekuatan yang bukan sedikit, baik dari segi disiplin dan didikan nafsu. Disiplin dan nafsu boleh dibentuk lentur dengan keterikatan dengan yang Maha Pencipta, kerana Dialah yang memegang hati-hati dan kerana Dialah yang mengizinkan segalanya berlaku. Solat istikharah yang sering disalahertikan menjadi solat hanya untuk menentukan jodoh, perlu diubah daripada mentaliti kita. Kerana sesungguhnya kita hamba mesti mengutamakan Dia dalam setiap gerak dan nafas yang dihirup. Pinta kepada-Nya supaya setiap apa-apa yang dilakukan berlandaskan apa-apa yang diredhai-Nya. Insya’Allah petunjuk datang daripada gerak hati yang tepat dan jiwa yang tenang serta urusan yang dipermudahkan.

Bicara teman seperjuangan, jadilah opportunist dalam mencari gali segala peluang yang ada. Seperti senggang waktu atau taklifan yang datang secara tiba-tiba, mahupun permintaan daripada orang-orang sekeliling. Menjadi opportunist tafsirannya sangat luas. Menggunakan peluang yang ada di hadapan mata dengan sebaik-baiknya tanpa melihat bahawa peluang itu akan datang sekali lagi. Seolah-olahnya akan mati sesaat lagi. Ingatlah bahawa hidup untuk berbakti, mencari redho Ilahi…

-ralit di WACKOS, 4.00 ptg


jawapan quiz?

Why does DNA replication only occurs in a 5’ to 3’ direction?

Best Answer – Chosen by Voters

Every nucleotide has a 3′ end with a free OH group and a 5′ end with a free phosphate. Linking them together requires forming a bond between the 3′OH of one base and the 5′P of the other. In solution either base could attach to either end of the other, but in a growing DNA (or RNA) chain the enzyme that is used only can add a base to a 3′OH group, not to a 5′P. In theory it should be possible to have an enzyme that worked the other way, but it just doesn’t happen.
The upshot is that in replicating DNA the two strands have to be treated differently. One can be synthesised continuously in a 5–>3 fashion, but the other has to be made in short segments (Okazaki fragments) which get linked to form the other strand.