Kisah lara berganti bahagia
Berganti-ganti kisah lara dan bahagia.
Motosikal abah kena curi. Kemungkinan besar saat abah menjemput ana di stesen bas sebelum jam 5 pagi. Mama sibuk di bilik air membasuh. Kata jiran, ada bunyi ‘keletang-kelentung’, sangkanya bunyi kipas yang rosak. Rupanya pencuri sibuk memotong kunci motosikal abah. Kata abah, ‘Bukan rezeki kita.’ Tenang sahaja.
Adik berjaya peroleh 5 A dalam UPSR. Riak wajahnya biasa sahaja. Katanya mama mahu hadiahkan telefon selular. Tetapi dia mahukan benda lain. Pabila ditanya mahu apa- ‘laptop’.
Tahniah atas kejayaan, nikmat yang Allah hadiahkan. Gagal atau berjaya, ada hikmahnya. Moga kejayaan berganda-ganda lagi di masa hadapan. Harapnya cita-cita adik termakbul dan diterima masuk ke Maktab Mahmud Alor Star. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Adik permata kebanggan bersama, kemilau akan bersinar cerlang dengan usaha dan tawakal kepada Allah.
Taniah juga buat adik sepupu Amira Farhana, atas natijah 5A.
Khabar buruk dari Pulau Langenda; tok kurang sihat di kampung halaman. Insya’Allah kami akan pulang setelah selesai urusan adik yang sedang berkampung di sekolahnya [SRIAS] buat kali terakhir.
Begitulah. Neraca Tuhan dalam mengatur penuh hikmah.
Moga-moga hati tetap lapang dan tenang.
Ameen.
Allahlah sebaik-baik perancang.

Alhamdulillah. sudah berakhir satu lagi semester, kali ini dengan pengakhiran yang baik, insya’Allah. Terasa sangat-sangat lega. Terasa bagai burung yang terlepas dari sangkar.
Cuti ana bermula semalam, sebaik sahaja habis kertas terakir [kertas paling mudah antara semua subjek semester ini]. Banyak aktiviti yang akan dilakukan, insya’Allah. Semoga segalanya dipermudahkan.
10/11: Kemas barang dan bilik. Print out semua karya-bukukan.
11/11: Ke Kuala Lumpur, borong buku-buku dan hadiah untuk yang tersayang. Malam, di UIAM Gombak.
12/11: Temani Nadiah menemui doktor gigi. Petangnya, ziarah matrikulasi P.J. Malam, pulang ke Kedah.
13/11: Keputusan peperiksaan UPSR keluar. Temani adik. Raikan adik dan adik sepupu di KFC/Marry Brown.
1/12: Keputusan peperiksaan semester 1 keluar.
8/12: Raya Haji. Ada seseorang yang istimewa mahu datang bertemu mama dan abah.
12-18/12: MPR ‘08
22/12: Semester baharu.
Selebihnya akan ditumpukan pada karya dan pembacaan bahan sastera sebagai persediaan menyertai MPR. Akan juga ana usahakan hajat menghabiskan juz 30 secepat yang boleh, biiznillah. Abah juga berharap ana dapat menolong menabur baja di kebun. Antara lain, menghadiri majlis nikah sahabat-sahabat ana jika berkesempatan [ramai betul yang hendak menamatkan zaman bujang!]. Juga, bersiar-siar bersama adik di bandar.
Insya’Allah. Moga dipermudahkan segala urusan.
MPR ‘08
Alhamdulillah, ana diterima! Terima kasih pada yang pernah berdoa dan menyokong ana. Ana hargai sungguh-sungguh. ^_^
Laman rasmi MPR: http://minggupenulisremaja.blogspot.com/

