sufiyyah~


Silat

Adakah perlu kita bersilat?

Hujung minggu ini, ana mahu fikir tentang silat.

Jati diri Melayu yang ditinggalkan.

Tidak teman-teman,

silat bukan sekadar budaya

ataupun

adat.

Silat adalah diri kita.

Melayu yang kental.

Mari kita bersilat!


Projek Logkembara 2009

Salam Bahasa. Sebuah projek buku logkembara (travelogue) sedang diusahakan oleh sekumpulan alumni UIAM, yang turut mendapat sentuhan mantan MPR dan ingin menjemput tuan puan ahli MPR sekalian sebagai penulis tamu – selain menghimpun penulis dari negara ASEAN lain.

Catatan pengalaman luar negara ini mestilah melepasi konsep listing atau ruangan melancong biasa – ”Pagi ke A, petang ke B, dan kota C sungguh cantik,’ tetapi jujur melihat benua lain dalam pengalaman luarbiasa atau tabu, persepsi istimewa, berilmu baru atau bantu, bual spontan, fakta lokal yang jarang diketahui, atau sisi apa-apa sistem negara berkenaan yang dilihat dari mata generasi muda. 1 muka hingga infiniti.

Dipersilakan!

Hafezin Khadiri
MPR 1997/
hafezin@hotmail.com/
0166310106


-Mari sama-sama  kita cuba ya! Tak kisahlah anda mantan MPR atau tidak.


Bersyukur, kita bukan Zionis!

Kita patut berasa bersyukur dilahirkan dan ditakdirkan Muslim.

Sebabnya mudah.

Kita dididik untuk menjadi manusia yang punya hati.

Manusia fitrah.

Perasaan kasih dan sayang kita, menabrak halus  ke seluruh alam.

Akan langit.

Akan tanih.

Akan unggas.

Akan kembang bunga.

Akan manusia.

Semua kita harus cintai sebagai tanda kesyukuran.

Kita juga tidak perlukan falsafah dan ideologi fikir untuk membina undang-undang moral atau sampah. Ideologi hina yang menjijikkan!

Pun kita tahu bahawa, ciptaan manusia tidak mungkin boleh menembusi tabir ghaib Tuhan.

Segala-galanya syumul dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Allahuakbar!

sayang

Syurga di Gaza

Epal ranum merah darah,

langit putih fosforus,

sungai tangis berkaca-kaca,

burung hijau terbang melayah

bersenandung irama Illah.

-Wardah Puteh

Dunia, Israel bukan Palestin!


Sajak, tidak lagi menjadi puisi

Selesai satu kuiz. Petang nanti menyusul pula satu lagi.

Dalam sibuk-sibuk begini, tiba-tiba idea datang, mahu menggasak otak sama.

watercolor-butterfly

Kupu-kupu itu, akulah


Kupu-kupu adalah aku

ajaran untuk hidup

saat meliang-liuk dalam pupa agama,

bonda titipkan, selembar benang jati bangsa.


Terjahan jasadku merasuki alam,

di bibir menggebu sari baharu

hasilan puspa ilmu yang mengelopak,

sayap cintaku kian mengepak.


Kecil kaki ku terawang-awang,

terbang menyentuh lentera bahasa,

pegun menghurung setitik cahaya

samar-samar cuma.


Kupu-kupu itu, akulah

melayang disampuk angin,

hayat ku santak

mengheret pelangi rapuhku,  pecah cabik,

berderai-derai,

gugurlah aku atas secebir kepompong

- pusara tanah darahku,

pun mati.


Sajak.

Ana kadang terasa sangat kecewa dengan diri dan terasa terhukum mendapat ‘gelaran’ itu. Sememangnya amat tidak layak.

Pun begitu, tidaklah ana berputus-asa, langsung mengalah, kerana memang sudah memaklumi, ini adalah proses yang menuntut masa yang panjang supaya menjadi  ‘manikam’.

Moga terus beriltizam.

Ameen.


Ikhlas itu Cantik

Dosa dan pahala itu terlalu abstrak, tak ramai yang nampak.

Program Hari Solidariti Palestin berlangsung dengan baik sekali semalam.

Semua lapisan masyarakat datang. Rata-rata, seperti yang sedia dimaklumi adalah orang Melayu Islam. Ada  yang berbalut tangan, ada yang terhinjut-hinjut berjalan, ada yang tergagap-gagap bercakap, ada yang buta huruf. Daripada bayi yang hanya pandai mengejip mata sehingga warga emas datang bertongkat.  Semua datang.

Adik-adik kecil yang hati mereka bersih suci bersungguh amat mencuba kuiz berkisar Palestin.  Dengan senyum melebar, setelah puas dapat menjawab, dapatlah bendera Palestin comel dan pen sebatang.

Kutipan untuk rakyat Palestin dan AMAN Palestin pun mendapat sambutan hebat.

Ada juga yang bertanya, “Wang ini ke mana? Hamas atau Fatah.”

Juga ada yang bertanya, “Apa itu AMAN Palestin, samakah dengan MERCY?”

Dan, “Apa itu Fatah, apa itu Hamas?”

Pak cik bercermin mata, berjanggut sejemput pun cuba menerangkan, apa itu Fatah, apa itu Hamas, kepada pengunjung. Nampak bersemangat.

Semuanya tulus menyumbang. Ikhlas meraikan, tunjukkan sokongan.

Terima kasih sahabat-sahabatku; Nadiah, Rumaisa, Aisyah, Aisyah Dila, Adik Athirah dan Adik Aini kerana sudi berhabis tenaga, masa dan wang demi Palestin. JZKK.

Dosa dan pahala itu abstrak. Tuhan memilih, siapa-siapa yang mahu jadi terpilih!

-Pulang ke Alor Star malam ini. Bercuti dua hari.