sufiyyah~


Puisi Rindu Sang Kekasih

anak manis

bagaimana harus aku mencintai yang lain

kalau rambutmu mengurai harum narwastu

kalau matamu redup tenungan embun pagi

kalau seluruh tubuhmu  riak ombak damai

aku tidak mungkin mencintai yang lain

kerana engkau adalah kemilau sinar pelangi

 

andai engkau sekuntum teratai di tasik damai

akulah alirnya yang setia

merangkul rahim cintamu

dalam kedinginan itu

 

Shamsudin Othman,

Taman Percakapan.


Selagi Aku Bernama Penyair

Selagi aku bernama penyair

apalagi-segala-galanya yang boleh kumakan

akan kutelan, kerana puisi adalah makanan

darah, nanah, daging, tulang, kulit dan nafasku.

 

Selagi aku bernama penyair

apalagi-langit, laut, angin, gunung,

api, air, tanah akan kutelan

kerana itu makanan rohku.

 

Shamsudin Othman,

Taman Percakapan.


Berbaur

Empat lagi kertas untuk ujian pertengahan semester.

Ilmu bergabung menjadi diri sendiri.

Pulang meraikan Maulidur Rasul.

Persiapan musafir hujung bulan April.

Momok yang dirindui.

Juga mama, abah dan adik.

 

 

 

Semua berbaur di kepala sekarang.


Sukma Angka

6

jejak jauh

keluh jauh

rindu jauh

redup pasrah

di matamu

 

 

 

-Kemala,

Pelabuhan Putih.


Menanti di Barzakh