anak manis
bagaimana harus aku mencintai yang lain
kalau rambutmu mengurai harum narwastu
kalau matamu redup tenungan embun pagi
kalau seluruh tubuhmu riak ombak damai
aku tidak mungkin mencintai yang lain
kerana engkau adalah kemilau sinar pelangi
andai engkau sekuntum teratai di tasik damai
akulah alirnya yang setia
merangkul rahim cintamu
dalam kedinginan itu
Shamsudin Othman,
Taman Percakapan.
Puisinya bgus toch, pi bsa ndk buat lbih bgus lagi?!..