SURVEY
Pengunjung yang dihormati. Harap dapat jawab survey ni.
JZKK.
1. Apakah yang anda tahu tentang Bioteknologi?
2.Pernahkah anda membayangkan masa depan negara Malaysia ditunjangi bioteknologi?
3. Adakah anda berminat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Bioteknologi?
4. Apakah perkara yang paling anda kagumi daripada produk-produk Bioteknologi?
5. Dengan cara apakah anda mahu mendalami bidang Bioteknologi? Blog, karya-karya sastera seperti cerpen dan novel fiksyen ataupun risalah?
*Orang yang ke-100 yang jawab akan dapat hadiah buku tak kurang rm10 =p
Saintis Gila

Memang ana teruja untuk Projek Tahun Akhir [FYP] walau pun tahun depan baharu akan bermula.
Ana sudah merancang untuk membuat praktikal tiga bulan nanti di MARDI Bukit Tangga, Kedah; sebuah pusat kajian buah-buahan. Moga ilmu yang diperoleh boleh dipraktikkan sebanyak-banyaknya di dalam projek tahun akhir nanti. Amin.
Beberapa hari yang lalu, ana berpeluang bercakap-cakap dengan senior yang juga sekarang merupakan pensyarah ana dalam subjek Bioinformatics.
Sembang-sembang kami telah membuka minda. Banyak lagi benda yang boleh diteroka!
Bioinformatics adalah satu bidang yang merangkumi penggunaan komputer dan hidupan biologi terutamanya molekul. Data-data yang banyak disimpan secara tersusun dan mudah untuk difahami serta dianalisis. Antaranya ialah susunan DNA, protein dan genom. Aplikasi bioinformatics ialah ‘drug design’ dan ‘medical science’.
Perisian yang digunapakai dalam internet adalah:
Yah, kita pun selalu mendengar kenyataan saintis itu gila.
Betik yang dihasilkan dari bakteria mungkin kedengaran pelik, tapi sudah berlaku.
Plastik mudah lupus dari bakteria, sudah dikomersialkan di Barat.
Atapun sel darah dari pokok getah?
Bioinformatics mungkin memberi jawapannya.
Tapi apa yang nyata, saintis memang gila.
Gila bekerja.
*gambar tiada kaitan dengan tajuk =p
E-mel pagi 1 Syaaban
Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini
Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.
Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.
Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.
Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli.
Nyanyikan Hamdalah Dengan Irama Alam

Dhuha ini, dhuha yang sakinah-tenang.
Melihat sinar halus matahari menembusi gumpalan awan di langit tinggi pastinya berbeda jika menikmatinya di atas bumi.
Begitu juga apabila melihat awan-awan bergumpalan menjadi hamparan berombak yang kelihatan selesa untuk diduduki.
Apabila matahari menampakkan dirinya dari balik gumpal awan, terasa betapa Allah telah menampakkan Kekuasaan-Nya dengan keindahan tidak terperi.
Alam, di sebalik penciptaannya, terselindung berjuta hikmah.
Saban hari, yang paling ana gemari, ialah saat menunggang skuter kesayangan meredah udara dingin dan merasai bayu sejuk menampar-nampar pipi, kepala, badan dan kaki.
Juga setiap kali, hujan turun lebat mencurah-curah, terasa Tuhan turut melimpahkan rahmat kasih cinta-Nya pada makhluk bumi. Bau wangi semerbak tanah, irama indah rintik-rintik hujan mengenai atap, dan percik tanih yang melompat-lompat meraikan titis-titis air yang mengenai dadanya.
Barangkali jika tidak dikurniakan hidayah Islam, seperti manakah ana sekarang?
Betapa indahnya segala ciptaan Rabb, pastinya tidak sama penghayatannya jika diri masih tercari-cari Tuhan.
Benar, alam adalah kata-kata daripada Allah, yang bercakap-cakap dengan kita setiap saat. Tanpa kita menyedarinya.
Pasangkan telinga.
Dengar bunyi kicau burung.
Adakah merdu suaranya itu yang mendamaikan? Atau pun kerana burung-burung itu sedang berzikir nama Allah?
Pasangkan telinga.
Dengar bunyi bingit kotaraya.
Adakah kebisingan itu yang menyesakkan? Atau pun kerana penghuninya yang alpa Tuhan?
Ucaplah, hamdallah atas nikmat Islam dan jiwa yang celik, teman-teman.
Alhamdulillah. =)
Dialah yang memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan)-Nya kepadamu dan menurunkan rezeki dari langit untukmu. Dan tidak lain yang mendapat pelajaran hanyalah orang-orang yang kembali (kepada Allah).
Al-Mu’min: 13
Islam Itu Indah
Pasca kelas Medical Biotechnology Dr. Raha Ahmad Raus, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Bioteknologi UIAM Gombak.
Di dalam buku Concepts of Genetics, Theodosius Dobzhansky mengutarakan pandangan di dalam tesisnya bahawa, “Nothing in biology makes sense except in the light of evolution.”
Kemudian pada tahun-tahun kebelakangan ini, pandangan bahawa
“Our understanding of all things biological will remain incomplete until the genetic basis of every living process is made clear.”
Ya.
Teras biologi adalah genetik. Kita adalah makhluk ‘biologi’.
Sekarang adalah tidak menjadi sesuatu yang aneh apabila pasangan anda meminta ujian genetik dilaksanakan sebelum perkahwinan.
Ataupun teori bahawa, yang menyebabkan penuaan adalah kerana radikal bebas yang dihasilkan di dalam mitokondria anda sendiri.
Juga, teori kanser payudara adalah penyakit keturunan kerana kehadiran gen BRCA 1 dan BRCA2.
Genetik, yang menjadi teras biologi juga telah membuktikan kekuasaan Allah.
1. Perkahwinan antara sepupu yang tidak digalakkan di dalam Islam sebenarnya membuka ruang hikmah yang sangat besar.
Tahukah anda, bahawa setiap orang daripada kita membawa sekurang-kurangnya 5 jenis alel yang rosak dalam bentuk heterozygous? Nah, jika kita berkahwin dengan sepupu yang ternyata punya penyakit yang sama-sebagai pembawa, natijahnya, anak-anak yang bakal mewarisi penyakit tersebut [autosomal recessive].
2. Bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi Muslim-yang tidak membezakan warna kulit selain takwa kepada Allah.
Tahukah anda, bahawa Yahudi Ashkenazi merupakan populasi paling banyak menghidapi penyakit Tay-Sachs?
Penyakit Tay-Sachs adalah penyakit yang menyebabkan kemerosotan system neuron dengan simptom seperti otot lemah, lumpuh, buta dan mati dalam jangka hayat 5 tahun disebabkan mutasi pada gen HEXA.
Si buta dan si kudung pun akan mengucap hamdallah jika mengetahui adanya penyakit ini.
Genetik adalah ciptaan Allah-halus dan rumit. Tidak terkurang dan tidak terlebih adalah kondisi paling baik. Seperti kata Dr. Raha,
“Jika anda kaya, berilah pada yang memerlukan.”
Betul. Hidup bersederhana adalah paling baik.
Islam itu indah.