sufiyyah~



Semester Baharu, Semester Yang Manis

Semester baharu.

Sampai sahaja di bawah blok M5, yang pertama sekali ditinjau pastilah skuter kesayangan. Alhamdulillah masih ada. Jika hilang dicuri lagi, nauzubillah.

Syukur ada abah menyelamatkan keadaan. Jika ana seorang, pasti susah mahu ke bengkel menukar bateri baharu, juga roadtax yang sudah mati. Terima kasih abah!

Bilik bersawang dan penuh dengan taik cicak. Dua hari ana ambil masa mengelap lantai, dinding, tingkap dan menyusun buku-buku, kertas, nota, dan barang-barang lain.

Berjalan ke kafeteria, nampaklah kelibat pelajar-pelajar baharu tahun satu. Ah, rasa macam tak percaya sudah bergelar pelajar tahun 3! Setahun sahaja lagi sebelum naik ke pentas menerima ijazah! ^_^

Semester baharu ini juga bakal menjadi semester mencabar dengan subjek teras lebih banyak, dan kredit masa lebih. Semester yang lepas, alhamdulillah ana memperoleh 3.4 GPA. Selepas berhempas-pulas ‘macam nak mati’, akhirnya…Barangkali ana patut menggandakan 200% lagi usaha.

Ya Rabb, bantulah hamba-Mu yang lemah tak berdaya.

Paling penting setiap semester, tanamkan rasa sayang pada semua subjek dan pensyarah. Kedua, target mesti tinggi. Target ana semester ini pastilah 4.00GPA. Amin. 

Begitulah semester baharu yang berlaku setiap tahun-adalah detik-detik masa yang perlu dinikmati manisnya. masamnya dan pahitnya.

Moga Tuhan meredhai setiap langkahan kaki kita kawan-kawan!

Jum.

Mari kita ke pustaka! ^_^


Komentar

  1. sapiah mengatakan:

    wani..terima kasih atas buah tangan..selamat menulis!

    Dikirim 4 months ago
  2. wardahputeh mengatakan:

    Sama-sama kasih.^_^

    Selamat menulis nota!
    Huhu~

    [Semangat menulis tiba-tiba jatuh merudum. Tolong ana!]

    Dikirim 4 months ago


Tinggalkan Komen

(wajib)

(wajib)



Sedang mengformat komen anda
Kembali ke Puncak | Kawasan teks: Lebih besar | Lebih kecil