Cameron Highlands

Posted on Updated on

Ini gambar taman di Cameron Highlands.

Semalam adik pulang dari Cameron Highlands. Adik pergi dengan rombongan Alumni SRI ABIM Alor Star. Adik sangat penat. Oleh sebab itu, adik tidur ternganga. Mata adik merah macam buah saga. Esok, adik pergi sekolah juga walau pun penat.

Hu~

Kredit untuk adik sebab belikan barang yang ana pesan, apa lagi kalau bukan ‘stoberi’  masam, teh dan ‘cokolat’.

 Teringin juga nak pesan sejambak bunga dari Cameron Highlands yang segar-bugar dan teramat murah! Tetapi memandangkan ana ni kedekut, ana rasa lebih baik beli pokok bunga dan tanam dalam pasu.

Antara benda yang menarik di Cameron Highlands, selain landskapnya yang cantik, ialah taman bunga mawar. Anda hanya perlu bayar yuran masuk dan boleh tengok bunga ros yang besar segedabak, sebesar muka ana yang bulat ni! Wah!

Siapa-siapa yang minat bunga pasti akan terliur dan tak akan menyesal masuk. Bolehlah bergambar dengan bunga-bungaan di situ dan aromanya sangat harum. ^_^

Kedua, pagi di Cameron Highlands. Udara yang nyaman dan sarapan pagi di warung-hanya sayur kacang buncis dan telur goreng, teramat sedap! Oleh kerana sayur-sayurannya sangat segar, kacang buncis terasa sangat rangup dan manis! Sampaikan adik yang tak makan sayur boleh makan dengan berselera macam kambing.

Ladang teh, ladang strawberi, pasar dan pokok kaktus semuanya sangat indah. Sekali lagi ucapkanlah: Subhanallah~

Moga dapat pergi ke sana lagi.

Insya’Allah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s