Buku Catatan Puisiku Berwarna Hijau

Posted on Updated on

Buku kecil kulitnya keras dan berona hijau, ada bunga-bungaan merah dan kuning dengan latar hati hitam besar, adalah buku catatan puisi pertamaku. Hadiah daripada adik sempena ulangtahun.

Semasa di sekolah menengah, aku menulis catatan-catatan pendek di kulit buku-buku latihan dan buku rujukan. Banyak daripadanya kata-kata perangsang, kerana aku gemar membaca buku motivasi, sesetengahnya catatan puisi pendek.

Puisi pertama yang seingatku dipamer kepada umum, ialah semasa aku menjadi penagih tegar forum-forum maya di internet.

Hatiku bagaimana pun berdebur resah. Bergoyah ditampar malu. Aku tidak suka menjadi tumpuan. Aku terlalu membosankan untuk diajak bicara, atau diperkatakan.

Walaupun menjadi seorang pencinta puisi bererti menjadi manusia aneh.

Menyelak lembaran yang dicemari tompok kuning-tandanya usang, kutemui kembali catatan puisi lama. Ada satu dua yang tembus media. Siapa sangka, malu dan resah yang mula-mula bertamu dahulu, berjaya ditumpaskan.

Semuanya bermula dari satu langkahan.

Dan ingin kutegaskan, tak ada siapa pun boleh mengiktiraf dirinya yang terbaik-kerana yang menjadikan ia penyair terbaik itu sebenarnya adalah keberanian dan kesungguhan berterusan.

Puisi itu abstrak sifatnya.

Dan terlalu misteri…

Walau pun maknanya telus.

ANTARA ADAB DAN BIADAB

(3 April 2005)

Pabila bicara tanpa suara bergema

bertingkah dari gua-gua

memantul atas batuan hitam

menembusi sekeping hati

yang sudah dalam lukanya.

Pabila tak punya apa-apa

yang ada hanya kepingan jiwa

beraksi bagai boneka tak berbibir

terpincang langkah, sumbang tari

adalah lumrah yang fitrah

adalah fitrah yang suci.

Antara adab dan biadab

adalah antara

kemantapan peribadi dan kedunguan nurani

mana mungkin keduanya

tumbuh subur habl min annas

mana mungkin keduanya

teguh kukuh habl min Allah.

Sahabat,

pohon ampun Allah!

 

2 thoughts on “Buku Catatan Puisiku Berwarna Hijau

    Rahimidin said:
    July 9, 2010 at 12:17 am

    Salam.
    Wardah menulis dan terus menulis!

    wardahputeh responded:
    July 11, 2010 at 2:30 pm

    waalaikumussalam

    insya’Allah cikgu. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s