Wardah Puteh@ Klinik Veterinar Kuantan

Berjiwa kucing sampai mahu jadi veterinar suatu ketika dahulu tetapi melupakan hasrat setelah tahu kena seluk buntut lembu. Ironinya tak pernah ke klinik haiwan. Puisi pertamaku menurut kata makcik berjudul Menitisnya Air Mata Di Kuburan Kucing.

Ini kucing di Mesir. Aku temui sewaktu sesi makan malam di pinggiran Sungai Nil. Waktu di Malaysia pukul 1 ke 2 pagi.

Momok kucing paling genius pernah aku bela. Pandai main dan peluk adik yang sedang sembunyi di balik tirai. Suka gigit bulu tangkis yang jatuh dan tendang macam Kaka. Sangat sensitif bau mulut, boleh mengejar sampai kamu takut. Ada skil bergayut dan gigit kaki secara senyap jika kamu tak endah dia sedang kelaparan.

Memey diberi namanya kerana terlalu galak. Mone dan Momo sangat comel dan bijak. Anak si Momok.

Si Gemok. Atau kamu boleh panggil Musang. Sangat gila dan menakutkan. Boleh sambar makanan di tangan kamu macam ikan jerung.

Selasa lalu, status jakunku telah hilang setelah diajak Fazilah ke Klinik Veterinar Kuantan. Klinik kerajaan tempat Huda buat FYP.

Tak tahu mahu bagi nama, namakan kucing coklat bercampur perang itu-MIAW. Sangat tipikal kan? Tapi kalau kamu panggil kucing liar/ buangan dengan nama Comet, Comel atau Comot, kamu fikir dia nak datang dekat? MIAW~

Sangat naif. Tidak dapat bezakan diri sebagai kucing atau anjing, jadi duduk di bangku khas untuk pesakit anjing.

Orang panggil ini: Konflik identiti.

Nampak sangat sopan dan baik. Padahal menggelupur semasa mahu masuk ke dalam klinik, sampai terpaksa kejar 3 kali.

Jururawat cakap, KAMU KEJAR DAN DAPAT DULU, BARU DAFTAR.

Kucing pun macam manusia, dibelai dimanja dipujuk, baru nak diam dan dengar cakap.

 

3 thoughts on “Wardah Puteh@ Klinik Veterinar Kuantan

  1. saya antara makhluk yang sayang kat kucing cuma kecewa bila mendapat rawatan kat klinik Jawhari, macam-macam prosedur konon tetapi yang benar hanya untuk penuh kan poket doktor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s