Bagai Anjing Menyalak Bukit

Posted on Updated on

Orang Lenggeng membuat rakit,

Rakit dibuat kayu nyatuh,

Biarlah anjing menyalak bukit,

Bukit tetap tidak ‘kan runtuh.

 

Theresa Ong dalam buku selenggaraannya; Berjaya Dalam Kerjaya, telah menyenaraikan 25 petua untuk disenangi.

1. Jangan sombong, bersikaplah merendah diri. Orang yang hebat selalunya suka merendah diri dan tidak suka memandang rendah orang lain.

2. Jangan lokek dengan senyuman, namun janganlah senyum tidak menentu pula.

3. Tunjukkan keikhlasan anda, bukan semata-mata ketika anda hanya perlukan bantuan anda berbaik-baik dengannya.

4. Percaya akan diri sendiri.

5. Berpendirian teguh, berani mengutarakan pendapat, dan pandai membawa diri.

6. Bersikap terbuka dengan pendapat orang lain.

7. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan. Pastikan dengan penuh diplomasi dan berhemah.

8. Beri imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama, beri peluang kepada yang lain.

9. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutama pertolongan melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka.

10. Minta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada minta bantuan terus. Cara ini akan menimbulkan simpati dan keinginan orang untuk membantu anda.

11. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan.

12. Hubungi kenalan anda secara rutin, sekadar bertanya khabar.

13. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan.

14. Jaga cara berkomunikasi (bahasa dan nada yang sesuai) anda terutamanya dengan orang yang sering memberi infomasi berguna.

15. Sentiasa menjaga penampilan diri kerana sesetengah orang suka menilai luaran.

16. Mempunyai cita-cita dan sentiasa bergerak aktif. Orang yang mempunyai matlamat dan giat berusaha memang sentiasa disayangi.

17. Jangan mudah berputus asa, sebaiknya selalu tampil optimis.

18. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan walaupun sekadar ucapan terima kasih diiringi senyuman manis.

19. Elakkan dari bergosip. Jika tidak dapat mengelak, dengarlah sahaja dan jangan jadi penyebar. Orang yang suka bergosip tentang orang lain akan dipandang serong.

20. Walau pun anda tidak suka bersosial, namun apa salahnya sesekali memenuhi undangan.

21. Sebelum menegur kesalahan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya.

22. Sentiasa berfikiran matang.

23. Jangan cepat rasa bangga diri apabila dipuji kerana kadang pujian yang diberi tidak ikhlas pun.

24. Jangan cepat melenting apabila dikritik, sentiasa berfikiran positif.

25. Banyak membaca terutama pengetahuan am dan isu semasa.

Apa pun saya berpendapat, jadilah diri sendiri, kalau pun 1000 tips diberikan belum tentu dapat memuaskan hati manusia. Paling penting, usahakan keikhlasan anda kerana Allah, pertingkat kebolehan dan nilai diri, selebihnya berserah kepada Dia yang menjadi Penilai Paling Telus. Jika mahu menimbang kebaikan kita kepada orang dan balasan sepatutnya yang kita peroleh darinya pun jangan, nanti jiwa siapa lagi yang akan resah jika bukan kita sendiri, kerana manusia sifatnya tidak sempurna dan selalu kikir

Oh, nenda berpesan, bacalah ayat  ke-200 surah Ali Imran:

“Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. ” 

sebelum keluar melangkah ke tempat kerja. Rahsianya? Sila komen jika mahu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s