Latest Event Updates

Percutian di Cameron Highland

Posted on Updated on

Bismillah

Akhirnya lepas dah lama tak update blog… -_-”

Baru-baru ini sempena birthday dan cuti panjang, kami sekeluarga decide ke Cameron Highland.

Sebabnya rasa macam lamanya tak naik CH. Seingat-ingat dah hampir 10 tahun yang last pergi!

Hud pula memang tak pernah jalan jauh lagi (melancong). Paling-paling pun Port Dickson.  Walau pun sarat, saya rasa masih okay – agak fit berbanding first pregnancy (31 weeks).

Maka hotel pun ditempah di Booking.com. Konon-konon nak hotel okay sikit, makanya ambil Century Pines Hotel di Tanah Rata, Cameron Highland.  Bilik katil queen size + breakfast berharga RM 290 untuk 2H1M. Berpeluh juga la masa nak bayar, nasib baik cik abang sponsored…hihihi

Hari Raya Aidil Adha kedua, kami pun bertolak seawal pagi (7.30 pagi). Jalan memang clear dan lancar. Kami cuma berhenti isi minyak di Tapah dan terus naik melalui Simpang Pulai sebab khuatir jalan Tapah yang macam ular kena palu. Tapi…Jalan Simpang Pulai ni pun pening…Hud muntah, dua kali. Kesiann dia.

Sampai di atas 12 tengah hari, terus cari tempat makan di Brinchang. Makanan di medan selera pekan ni agak murah dan sedap.  Di pekan tu adalah sikit-sikit orang jual. Kedai kecil, gerai dan hotel bajet.

Saya beli strawberi RM 10/ pek dan coklat pencicah RM10. Tapi mahal rupanya. Naik atas sikit ada chinese jual RM 18 dua pek -_-‘ Strawberi dia memang besarrr, manis dan gemuk. Geram tengok!

Tak sempat sampai malam dah habis satu pek strawberi. -_-

PINE.png

Pukul 2.30 petang akhirnya kami sampai di hotel dan terus check-in walau pun sepatutnya pukul 3….Disebabkan bilik available. TQ kepada staf hotel!

Sampai di hotel, saya rasa memang lembik sangat dah, sebab sepanjang perjalanan pangku Hud dan kena muntah dia Ya Allah masammm siap berkahak-kahak. Manakala sikenit biasalah bila sampai tempat baru terus excited. Semua dalam bilik tu dia “kemas”kan.

Petang 5.00 p.m., selepas asar, kami ke Restoran Taman Abang Steamboat. Sebab Encik Suami nak belanja lagi steamboat.

Restoran ni amatlah dekat dengan hotel, kalau tak sarat memang saya rasa nak jalan kaki je…ambik angin petang.

Hujan agak lebat. Hud tertidur! Bolehlah kami makan dengan aman.

RESTAURAN ABANG.png

Restoran ni memang mesra anak-anak kecil. Sebab ada satu kawasan meja jepun. Kami pilih duduk sini sebab Hud tidur.

Pilihan makanan banyak. Air pun banyak. Aiskrim dia memang sedap, wajib cuba. Kami banyak makan daging kambing je.

Malam tak ada apa-apa aktiviti, sebab mama rasa tak sedap badan. Rehat je di hotel. Lagi pun tak elok malam-malam keluar.

Esoknya pagi-pagi lepas sarapan di hotel, kami gerak ke MARDI.

21317648_963000863838744_2994139930136924190_n.jpg

Di MARDI, masuk sekepala RM5 untuk dewasa. Ada bunga-bungaan cantik, lanskap indah, pokok strawberi, bunga ros dan jualan gerai.

 

MARDI3.png

Pun dekat sangat-sangat dengan hotel. Di Tanah Rata ni memang tak se’jem’ Brinchang.

Beberapa jam di MARDI, kami balik ke hotel untuk mandi dan bersiap-siap balik. Check out pukul 12.30 p.m.

Ya Rabbi, masa ni memang azab. Menyesal tak keluar awal sikit. Jem sangat-sangatttt.

Kami sempat singgah di SCORNER. Beli sayur sikit dan tengok cendawan. Kemudian, last spot di pasar Brinchang.

21231596_963056837166480_4903287532659166679_n.jpg

Kalau ke CH mesti pergi pasarnya sebab kat situ memang best. Sayur segar, bunga segar, buah segar. Perempuan sukalah semua ni hihihi 🙂

21272082_963077653831065_7362105025131018970_n.jpg

Ada juga beli ais krim strawberi– memang wajib beli dan satu lagi jagung madu…memang semanis madu!

21271247_963077767164387_6217514411948772136_n.jpg

Kami sampai di bawah sebelum maghrib jam 7.00 malam. Jem memang teruk, semua manusia nak balik. Akhirnya terpaksa bermalam di Tapah.

Memang penatlah kalau naik CH masa cuti umum!

Advertisements

Selamat Ulangtahun Ke-4, Sayang

Posted on Updated on

jemputan

Bismillah

 

Pejam-celik, pejam-celik sudah 4 tahun berlalu.

Pun begitu, terasa masih baru lagi ikatan ini, lebih-lebih lagi kerana suami baru saja berpindah duduk sebumbung, ditambah lagi dengan kelahiran anakanda tersayang Muhammad Hud yang kini berusia 10 bulan.

13940122_744072415731591_948519731_o

Tiada apa-apa yang saya inginkan, melainkan ikatan ini kian kejap saling berpegangan menuju ke syurga-Nya, yang mahal.

Moga-moga segala desah, tangis, gelak tawa kita selalu beringingan dalam mencari keredaan Allah.

Amin.

Pabila anak kena chicken pox…

Posted on Updated on

Bismillah

Dah lama sebenarnya si kecil ni kena chicken pox, cuma baru sempat nak ceritakan di sini, untuk kenangan dan barangkali tips untuk ibu-ibu.

IMG_20160814_191911

Mula-mula naik bintik di dada Hud, Allah dah panik sangat. Dalam hati berdoa janganlah chicken pox, sebab kesian Hud masih kecil, baru je menjengah 7 bulan.

Masa nak hantar Hud ke taska, cikgu tak bagi hantar selagi tak dapat pengesahan doktor. Ke klinik terus dan memang confirm Hud kena chicken pox. Perasaan memang tak keruan, rasa terlalu bimbang, padahal Hud rileks je, boleh gelak lagi waktu mamanya kalut telefon abahnya.

Calamine lotion memang sapu je dekat butir-butir chicken pox Hud yang semakin banyak dalam masa yang singkat. Malam kedua, Hud demam teruk juga 39 degree Celsius. Malam-malam menangis dia, tak boleh tidur. Mujur Hud belum ‘dapat tangan’ lagi, kalau tak mestilah menggaru je dia.

Alhamdulillah.

Seminggu lebih juga Hud baru lega.

Antara tips:

  1. Selalu sapu calamine lotion
  2. Pakai baju tipis
  3. Mandikan dengan air suam
  4. Selalu lap badan bayi dengan air -tekap-tekap kain basah

Ada juga tengok di FB, sabun daun semambu, boleh beli kalau susah nak jumpa. Mama abah di Kedah belikan ubat homopathy untuk Hud, datang jaga bergilir dengan mak abah (mertua). Alhamdulillah, akhir sekali keluar butir terakhir dekat kaki- paling lambat dan besar jugak.

Milk Booster Sesuai G6PD Def dan Terbaik Pernah Saya Makan

Posted on Updated on

Bismillah

Hampir sembilan bulan usia Hud, bererti 9 bulanlah Hud menyusu badan.

Betullah bf bayi ini tidak semudah yang disangka. Menyusukan pada awal kelahiran barangkali mudah, tapi yang paling sukar adalah istiqomah sehingga dia berusia 2 tahun.

Hampir saja saya putus asa, kerana Hud tidak menyusu secara terus, saya menyusukan Hud secara epb. Keadaan Hud sebagai bayi pramatang dan menghidapi G6PD deficiency pula, amat memotivasikan saya untuk teruskan penyusuan susu ibu.

Masalah bermula apabila saya mulai sibuk dan melupakan rutin pumping yang sepatutnya dibuat sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang 8 jam di pejabat. Susu saya merudum jatuh, sehinggakan pengasuh di taska mengesyorkan supaya saya memberikan susu formula kepada Hud.

Saya mulai mencari alternatif lain.

Saya makan oat, lobak putih, banyakkan minum air kosong dan makanan berkhasiat, juga kembali kepada rutin mengepam susu sebanyak mungkin.

Tapi hasilnya tidak sebanyak mana.

Alhamdulillah, saya temui satu produk 12 Ounces Lactation Cookies ini:

14457395_770866739718825_3269601736891175183_n
Rasanya sangat lazat dan yang paling penting susu saya bertambah banyak!

Saya pada mulanya tertarik kerana milk booster ini sesuai untuk Hud yang ada G6PD def dan langsung memohon untuk menjadi agen.

Ibu-ibu yang mempunyai masalah susu merudum, boleh hubungi saya 013-9755567, cuba biskut ini, insya’allah berkesan!

SURPRISE!!!

Posted on Updated on

Bismillah

2 Ogos setiap tahun, adalah hari yang selalu buatkan saya pening kepala menjelang kedatangannya.

Mengapa?

Tak lain, tak bukan, adalah kerana 2 Ogos adalah hari lahir Encik Muhammad Ahmad Kamal.

-_-“

Susah betul kan nak decide hadiah untuk lelaki?

Sampai malam sebelum birthday , saya sibuk fikir apalaaah nak beli niiiiiiiii….

Dahsyatnya, macam jawab soalan Biochemistry level C6.

Encik Muhammad Ahmad Kamal dalam dua tiga hari sebelum tu, asyik tersengeh memanjang, “Abang nak iPhone 6.” Katanya, bila saya tanya nak hadiah apa.

Mentang-mentanglah handphone dia rosakkkk. Betul-betul sengajakan ni. -_-“

Malam tu, sibuklah saya mencari surprise birthday planner yang boleh hantar ke PD.

“Ok, yes hantar pukul 2.30 petang. Sepatutnya dia ada kelas dekat bengkel. HANTAR  DEKAT BENGKEL TAU!”

Tapi, tak terjadi peristiwa surprise ni, sebabnya penghantarannya di tempat yang tak ramai orang sangat.

Pandai Encik Muhammad Ahmad Kamal. Boleh bau apa bini dia nak kenakan. Haha.

the ability

That awkward smile

Dengan mata bersinar-sinar, malam lepas dia terima hadiah tu, saya tanyalah Encik Muhammad Kamal ni, “suka tak? suka tak?”

‘Ish, macam perempuanlah bunga-bunga ni. Wani tu yang suka bunga” Sambil muka  bertukar merah.

Ok, fine. Terpaksa beli handphone.

Tapi tak mampu iPhone. Bagi PHAB (phone+ tablet), dikomennya besar sangat, tapi bila sampai je, dia punya kekhusyukan tu, pehh…

Dan, hari ni, ada kawan dia share moment 7 tahun lepas di FB:

.

.

.

1936273_121710896189_2279800_n

Untitled

-_-