Kelantan

Posted on Updated on

 Ana baru pulang dari Kelantan. Diam selama 3 hari di sana. Pusing-pusing sekitar Kota Bharu; singgah ke Wakaf Che’ Yeh, memborong keropok dan asam sebanyak-banyaknya(ubat loya) dan sempat menziarahi bait (rumah) sahabat.

 Apa yang menarik?

 Pertama yang ana lihat dari sebalik tingkap bas apabila kami sampai, adalah papan tanda. Papan tanda yang hampir seluruhnya  [terdapat di deretan kedai-kedai] pasti ada tulisan jawi.

Menarik barangkali? Bagi ana, ya. Kerana sudah jarang mahu melihat tulisan ini. Selain dari akhbar jawi yang kadang-kadang ada terselit, (langsung terus ada berita tentang artis di muka depan), ana jarang benar ketemu.

Dan deretan posternya. Penuh dengan kata-kata. Kempen-kempen. Kempen mengutip sampah. Wanita, tulang belakang. Dan sebagainya lagi.

Baru-baru ini, ana terbaca di dalam akhbar; pengakuan rakyat negeri Kelantan gagal dalam usaha kempen menjaga kebersihan. Dan kalau sebeginilah, yang dikatakan gagal, maka ana rasa malu dengan bumi tempat ana berpijak sekarang. Kerana Pasar Khadijahnya jauh lebih bersih daripada pasar yang selalu ana kunjungi pagi-pagi bersama emak!

Selain mata bulat mak cik-makcik yang berkunjung ke pasar. Dan coloteh mereka tentang tudung yang baru dibeli. Atau batik. Atau Pantai Cahaya Bulan yang tak sempat ana nikmati bayunya [kerana tertidur].

 Kecek pasal kelate… 

Ah, entri kali ini bukan untuk bercakap perihal Kelantan sahaja.  Atau memujinya kerana layanan baik yang diberi tatkala berkunjung ke sana.

Dan pastinya bukan sekadar menyebut negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan sengaja… 

One thought on “Kelantan

    Azree MH said:
    September 4, 2007 at 3:15 am

    Hurm. Sajak yang cukup baik.

    Cuma kena lebih mengkaji setiap penggunaan kata-kata. Walaupun perkataan itu kita sudah selalu dengar, tidak semestinya kita faham maksudnya dengan mendalam. Jadi, sentiasa rujuk kamus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s