telah kuberikan hati

Posted on Updated on

Bismillah..

Serasa-rasanya seperti sudah berkurun lamanya tidak menulis sesuatu di laman ini. Seperti kembali kepada satu tempat lapang yang jarang benar digauli orang. Aneh sekali, perasaan begitu mudah menarik-narik untuk mencoret sesuatu. Barangkali, sempena ulangtahun hari lahir ana yang ke-20. Selebihnya,  rasa hati yang kosong. Sunyi dan sepi. 

Anehnya. Ana masih punya ayahanda dan bonda. Dan adinda. Buat penyeri kepompong bahagia keluarga kecil ana. Bersama teman-teman dan keluarga yang menghadiahi ucapan selamat. Tetapi, hati masih terasa benar kosong. Sedaya-upaya menangis, untuk melembutkan sekeping hati yang keras amat barangkali?

Hidup seperti burung yang terbang melayang. Samada tinggi atau rendah. Tinggi menggapai awan. Rendah mencecah bumi. Jadilah burung yang terbang tinggi, terawang terus, jangan sampai mencecah bumi. Signifikannya, burung yang terbang tinggi adalah ibarat hati yang tak pernah kosong. Hati yang penuh dengan zikrullah, hati yang bimbang berkarat, lalu menjauh terus dari perkara-perkara lagha. Hati yang menjaga sempadan syariatnya dalam setiap perkara.

Barangkali, sepi hati ana kerana terbangnya melanyah rendah. Hampir mencecah bumi. Atau mungkin selalu benar ana bermanja-manja tidak mahu terbang tinggi-tinggi. Kerana alasan penat dan jemu. Barangkali…Oh. Mungkin sahaja kerana impi dan harapan masih belum tertunai. Atau jiwa merintih lapar dan dahaga. Jarang benar sekarang ana bersungguh menyuapi sekeping hati dengan amalan ila Allah.

Di hari ulangtahun ini.

Ana pohon sesungguhnya..

Moga dikurnia ketenangan yang kekal abadi.

Telah ana berikan sekeping hati ana kepada alam. Kerana alam adalah buku hikmah yang terkandung di dalamnya berjuta rahsia dalam usaha taqarrub ila Allah. Dan semoga, hati ana akan bersatu dengannya.. mengubati segala karat yang sedia ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s