langit dan pelangi

Posted on Updated on

Ramadhan 26.

truck_of_yonder_by_er0k.jpg

Langit  muram hari ini. Sebentar tadi hujan rintik-rintik sama angin berderu. Memang lazat berenak-enak di atas ranjang tika ini. Sekarang timbunan kerja kian susut. Perlu sedikit waktu untuk rileks untuk “bekerja” kembali. Penghujung semester bakal tiba. Dan semestinya persiapan perlu dilipat-gandakan. Hidup di dunia baru ini memang tampak mudah, tapi yang mudah itu boleh membunuh dalam diam.

Barangkali sudah ada pelangi muncul di luar sana. Ana masih di dalam pustaka. Melihat-lihat kalau-kalau ada yang menarik untuk dibaca, meninjau blog-blog yang ana rindui. Oh, mentari masih terang menyilau. Mata ana bagai tersilau. Sinar pada blog-blog yang ana kagumi masih terang lagi! Buat ana malu sendiri.

Sebenarnya, entri-entri sebelum ini ana nukil dalam bahasa inggeris bersebab. Kerana ana ingin mencuba sesuatu yang baru, menyertai pertandingan blog. Ana pohon ribuan kemaafan andai ada yang kecewa ataupun rasa jengkel dengan tindakan ana. Seolah memplubisitikan hak peribadi di khalayak ramai. Sebetulnya, ana mahu lebih ramai membaca blog ini. InsyaAllah semoga ada sedikit manfaat yang dapat digali.

Entri seterusnya insyaAllah akan berlangsung dengan berterusan. Pohon maaf sekali lagi, ana yang picik akal selalu menjadikan alasan capek dan sibuk sebab utama blog kusam tak hidup.

 Salam Ramadhan yang bakal menghilang…

4 thoughts on “langit dan pelangi

    szakif said:
    October 8, 2007 at 4:15 am

    maaf jika menyibuk di sini. tapi since kat sini takde tagboard akak chatbox, so terpakse tanya kat sini. u pergi tak

    abaikan kata2 di atas. now i remember u’r one of the committees for Gala Night. Ok fine. You’ll be there i suppose. dont u?

    wardahputeh responded:
    October 9, 2007 at 6:16 am

    Hehe..i will be there. Hope u won’t! =p

    szakif said:
    October 9, 2007 at 1:27 pm

    why shouldnt i? hallo.. without me sape nak sampaikan hadiah blogging competition? LOL

    wardahputeh responded:
    October 10, 2007 at 3:39 pm

    alamak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s