R stands for “Respect”, W stands for “Work”= Respect the Work!

Posted on Updated on

dscn0340.JPG

 

Ramadhan 27. 

   Ramadhan bakal pergi sedikit sahaja lagi. Syawal meriahkah tahun ini? Terkesankah kesuciannya pada diri ana kali ni? Atau tidak memberi apa-apa makna, selain kuih-muih yang pelbagai, lemang ketupat untuk dinikmati atau keping-keping not yang dihulur.

Ramadhan.

Ku belum puas mencumbui mu. 

   Sempena Ramadhan yang masih tersisa, ana ingin pohon ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabat, yang pernah bekerja bersama ana. Kerana ana seorang yang sangat keras kepala-ana yakin ramai yang terluka. Mungkin, ana terlalu keras. Mungkin, kalut dan terlalu menekan. Mungkin bibir ana suka benar merungut. Hati tidak sabar saat kudrat perlu bersatu atau tika idea perlu digabung. Ana pohon maaf. Sebab ana punya prioriti dan prinsip.

   Benar. We need to respect the task. Ana tak pinta dihormati, sebagai rakan sepasukan atau ketua yang hanya pandai mengarah. Ana mungkin terlalu memaksa untuk mencapai kesempurnaan. Pohon maaf sekali lagi. Ini untuk kita bersama, bukan untuk diri ana sahaja.

   Sebetulnya kita patut merenungi sejenak hadis Rasulullah;

“Sesungguhnya Allah mencintai seorang pekerja apabila bekerja secara ihsan.”

(Diriwayatkan Baihaqi dan Thabrani dari Kulaib b. Syihab)

Makna ihsan apabila bekerja

   Diberi amanah, tunaikanlah. Diberi pengharapan, penuhilah. Diberi penghormatan, balasilah dengan baik. Sesungguhnya setiap amanah bakal disoal Allah.

  Bekerja secara ihsan adalah bekerja secara ikhlas. Sifirnya begitu. Kerana ikhlas dan ihsan adalah satu. Ikhlas kerana Allah, maka tidak diharap balasan. Muliakan pemberi tugasan. Kerana sebaik sahaja diberi amanah, maka ketahuilah bahawa kita adalah orang-orang yang dipercayai. Dari itu, maka sedarlah bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan, sedang diri memang sukar untuk merasa melihat Tuhan. Sabda baginda SAW;

“Sebaik-baik usaha adalah usaha tangan seorang pekerja apabila ia mengerjakan dengan tulus.” (HR Ahmad)

  Keduanya, bukti bahawa ihsan itu wujud adalah kerja kita yang bersungguh-sungguh. Bukan sekadar melepas batuk ditangga. Apatah lagi melepaskan tugasan yang patut dilakukan kepada orang lain. Ini tidak molek. Meletakkan beban di atas bahu orang lain. Kelak, di akhirat mahukah diri sendiri menampung beban dosa makhluk? Pasti jawapannya tidak. Justeru itu, pertajamkan matamu, bimbang mungkin tersilap langkah hingga bisa menyusahkan orang lain.

   Ketiga. Kerja cerdas. Bekerja bersama dengan ilmu. Fikir dahulu mana yang perlu dan utama. Barulah akan menghasilkan gerak kerja dan hasil yang optimum.

   Keempat. Kerja tuntas. Bekerja berterusan sampai sempurna. Bekerja sampai siap sepenuhnya sebelum tiba masa akhir diserahkan hasilnya. Does not procastinating.

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu membatalkan amal-amalmu.” (Muhammad:33) 

   Hasilnya, bukan sahaja success dalam kerja, malahan peroleh keberkatan Tuhan, insyaAllah. Mungkin kita selalu terlupa ibadah tidak limit pada solat dan puasa. Begitulah. Kadang, kita terlalu leka dan tidak peka.

Sahabat-sahabat yang ana cintai, marilah kita sahuti puisi Illahi dengan hati tunduk seluruh penuh.

 “Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah:2)

Salam Fitrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s