Hari-hari Dalam Hidupku

Posted on Updated on

allahyarhamah zainab ghazali  

    Ana mungkin agak terlambat semasa memegang naskhah ini. Setelah sekian lama mengetahui kehebatan Zainab Ghazali dari taman-taman ilmu yang ana hadiri semasa di pusat matrikulasi PJ. Buku “Hari-hari Dalam Hidupku”  adalah bingkisan berharga dari Zainab Al-Ghazali Al-Jumali buat umat Islam seluruhnya. Di dalamnya ada terlakar erti sebenar pengorbanan, kecintaan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Malahan, karakternya tidak dapat dinafikan lagi, muncul dalam segenap dan seluruh keberanian yang mungkin dimiliki oleh seorang wanita.

   Ana tidak pernah membayangkan sebetulnya, seorang wanita [lebih tepat lagi seorang muslimah] yang diseksa sedahsyat dirinya. Bukan seksaan yang biasa, malah sangat dahsyat; menyamai seksaan yang dikenakan ke atas seorang lelaki.

“Tubuh-tubuh dikoyak, dibunuh, ketakutan dimomokkan, bekalan air dan makanan disekat sehingga kerongkong dan perut seperti disiat-siat dengan kelaparan, dilempar ke dalam kumpulan anjing liar, disebat dan dipukul dengan tongkat” dan akhirnya direndam di dalam takungan air kotor dengan luka yang masih basah dengan darah! Malahan beliau hampir dirogol oleh anjing-anjing taghut.”

   Semua ini benar-benar berlaku di sebuah penjara di Mesir sekitar tahun 1960-an, di masa-masa pemerintahan taghut didewa-dewakan; Jamal Abdul Nasser. Zainab al-Ghazali adalah wanita tabah yang bersama-sama memperjuangkan negara islam, menegakkan dakwah dan mengamalkan Islam sebagai way of life, tetapi ditangkap kerana dituduh bersekongkol bersama Ikhwan Muslimin dalam satu gerakan untuk membunuh Jamal Abdul Nasser.

   Allahyarhamah merupakah ketua Jama’at Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin. Lahir pada tanggal 2 Januari 1917. Ketika diseksa di penjara, umurnya adalah dalam lingkungan 50-an. Kata-katanya kepada suami;

  “I cannot ask you today to share with me this struggle, but it is my right on you not to stop me from jihad in the way of Allah. Moreover, you should not ask me about my activities with other Mujahideen, and let trust be full between us. A full trust between a man and a woman, a woman who, at he age of 18, gave her full life to Allah and Da’wah. In the event of any clash between the marriage contract’s interest and that of Da’wah, our marriage will end, but Da’wah will always remain rooted in me.”

   Sememangnya beliau lebih hebat daripada 100 lelaki, dalam perjalanan dakwahnya. Pada zaman ini, masih adakah lagi Zainab al-Ghazali yang ke-2? lagi…

 Buku ini sememangnya menawarkan satu hembusan yang menyamankan, buat mereka yang mencari kemanisan iman!

  • Judul:Hari-hari Dalam Hidupku[kisah realiti penyeksaan di penjara tentera Mesr]
  • Pengarang: Zainab al-Ghazali al-Jumali
  • Penerbit: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
  • Harga: RM 14.50

One thought on “Hari-hari Dalam Hidupku

    mari puasa 6! « sufiyyah~ said:
    October 18, 2007 at 4:19 am

    […]     Kefahaman yang diperoleh juga pastinya akan menjadi akar tunjang/akar banir yang kukuh dan kuat dalam menunjangi agama. Seribut mana pun taufan melanda, pohon iman yang ada tidak goyah. Malahan makin kukuh. Seperti kisah Zainab Al-Ghazali. https://wardahputeh.wordpress.com/2007/10/14/hari-hari-dalam-hidupku/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s