mari puasa 6!

Posted on Updated on

hadith1.jpg

 “Kebaikan itu dari kebiasaan, keburukan itu dari pemaksaan, dan barangsiapa dikehendaki Allah mendapatkan kebaikan, maka Dia akan menjadikannya faham tentang agama.” (Diriwayatkan athThabrani dari Mu’awiyah b. Abi Sufyan)

    Selalu kita idamkan dan berdoa supaya faqih dan faham agama. Supaya thabit di dalam iman yang kita imani sekarang ini(Islam) supaya saat Izrail datang untuk mencabut roh; sesakit manapun biarlah islam masih kita pegang utuh.

   Begitulah. Faham agama bukan sekadar menjadi ustaz/ustazah, atau boleh diajak berdebat halal/haram/bidaah/sunnah. Ataupun untuk mendabik dada bergelar hafiz/hafizah dan mendapat A++++ dalam subjek agama setiap kali peperiksaan Agama Islam. Faham agama ialah tahu dan amal. Kerana itu disebutkan di dalam hadith di atas, seandainya Allah SWT mahu kebaikan menghiasi hidup kita, maka Dia akan kurniakan kefahaman tentang agama.

Bagaimana nak tahu sudah faham agama?

->menghantarkan seseorang kepada khasyyatullah  

  Seseorang yang hidupnya dilimpahi rahmah Allah dengan mendapat kefaqihan fi addin dapat dilihat pada takutnya kepada Allah SWT. Seperti dalam surah al-bayyinah. Orang-orang yang beriman menerima syurga ‘adn yang dibawahnya mengalir indah sungai-sungai yang menyamankan. Mereka diam di sana selamanya, Allah meredhai mereka seperti redha mereka kepada Allah. Itulah orang-orang yang takut kepada Allah. SubhanaAllah. Betapa beruntung orang-orang yang dikurnia kefahaman dalam agama, bukan sekadar ilmu yang diperoleh, malahan syurga dan mardhotillah memayungi hidup mereka lantaran rasa takut kepada Allah.

->mengundang kebaikan yang melimpah     

      Selain khasyatullah, mereka memperoleh kebaikan yang melimpah ruah. Kebaikan bagaimana? Rumah yang besar, kereta besar, isteri besar cantik dan anak-anak yang berjaya? Kebaikan yang dimaksudkan adalah istiqomahnya mereka dalam berbuat amalan maaruf dan nahi munkar. Kehidupan sehari-harian mereka dihiasi dengan amalan yang dilatari tarbiyyah islamiyyah.

“Setiap dari apa yang dibuat-segala sorak, berteriak, senyum, hatta setiap derap tapak yang menampak moga-moga harum dalam setiap hembusan nafas-tarbiyyah islamiyyah”

Mereka dikurnia hati yang lembut dan hidup untuk menikmati amal-amal yang dilaksanakan, walaupun dilakukan saban hari, saban minggu, malahan bertahun-tahun tanpa jemu. Malah semakin asyik dan khusyu’. Mereka iitulah yang dikurniakan Allah; kefahaman agama.

->cahaya hati, kegelapan->kematian hati->terpancar melalui perbuatan

    Pernah melihat wajah yang tenang di kalangan orang-orang di sekitarmu? Walaupun wajahnya hitam berkilat, nur masih dapat dikesan dengan mata hati. Hati-hati mereka bercahaya. Terserlah melalui setiap gerakan. Sehingga melangkaui jisim mereka sendiri. Seolahnya jirim-jirim itu menyentuh hati kita. Lalu ketenangan akan tercetus di setiap pertemuan. Itulah hati-hati yang hidup, tidak mati seperti gelap zulmat malam. Ini juga tanda orang-orang yang dikurnia rahmat Allah dalam kefahaman agama.

Apa yang syoknya faham agama?

->konsisten dan sempurna dalam agama

   Sesiapa yang tidak mahu kefahaman agama, maka rugilah dia. Rugilah dia. Rugilah dia. Sebab, islam itu sendiri adalah agama yang 100% perlu kita imani dengan lidah, hati dan tingkah. Bukan 20% sahaja. Orang yang faham agama, pastilah ia berjaya untuk konsisten [biizniILLAH] dan berusaha untuk sempurna dalam setiap apa pun yang ia lakukan. Pendek kata islam baginya ialah THE WAY OF LIFE!

->keampunan dari seluruh makhluk

   Jika dihutang, agaknya dosa ana sudah setinggi gunung Everest…dan bukit amalan ana, adakah sesegar hijau daun yang tumbuh selepas hujan teduh? Seandainya dapat kita congak poket amalan yang kita punyai…Tapi, Allah menetapkan tidak. Kerana itu, andaikan bahawa kita tidak punya sezarah pun amalan. Lalu apa yang hendak diharapkan? Kalau seluruh alam-langit, bumi, mentari dan microbe yang dikaji di ISS berzikir kepada Allah, meminta keampunan untuk kita, alangkah baiknya. Itulah perlunya kita pohon kefahaman dalam agama, supaya nanti ada spare part yang boleh membantu di hadapan Allah; keampunan dari seluruh makhluq.

->tunjang utuh agama

    Kefahaman yang diperoleh juga pastinya akan menjadi akar tunjang/akar banir yang kukuh dan kuat dalam menunjangi agama. Seribut mana pun taufan melanda, pohon iman yang ada tidak goyah. Malahan makin kukuh. Seperti kisah Zainab Al-Ghazali. https://wardahputeh.wordpress.com/2007/10/14/hari-hari-dalam-hidupku/

->syurga

    Syurga. Siapa yang tak mahu? Selain dating bersama bidadari/bidadara(?), atau menikmati lazat daging burung yang serta-merta masak untuk kita, atau meneguk terus air susu yang fresh dari sungai yang mengalir, pasti kita ternanti-nanti acara utama jika dianugerahkan syurga. The most important moment itu ialah saat tabir tersingkap, lalu terjadilah pertemuan dengan Kekasih sejati kita; Allah SWT. Oh, burung-burung yang berkicau pun akan terdiam sejenak, air akan berhenti menitis  dan jiwa-jiwapun seolah hendak pecah kerana terlalu bahagia.

Tak mungkin akan peroleh kefahaman dalam agama?

   Senyumlah dan berbahagialah. Kerana Allah Maha Penyayang. Diawal hadith Rasulullah bersabda “Kebaikan itu dari kebiasaan, keburukan itu dari pemaksaan..”.

   Ertinya kebaikan itu adalah perkara biasa untuk kita yang bergelar manusia. Sejahat-jahat mana pun makhluq, pasti asalnya dari hati yang putih bersih. Kerana bayi itu tidak pernah melakukan dosa. Serock mana pun rockers, pasti mahu isteri yang patuh padanya. Itulah fitrah manusia. Jadi, kebaikan sebenarnya bersatu dalam jiwa manusia…

Tetapi…

   Tetapi, kita punya “sahabat baik”- nafsu dan godaan syaitan yang membuai, kadang nurani dan naluri ditolak ke tepi. Kerana kita tidak tahan digoda. Habis segala gincu umpat, celak mengantuk dan alat lain diguna syaitan. Nafsu menambah marak dengan “kanta lekap nampak cantik tapi tak original”. Kita digoda habis-habisan lalu tewas-buat kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai keburukan itu dari pemaksaan. Jika tidak, adakah datuk kita; Adam as ingin keluar daripada syurga yang menyenangkan dan menjalani hidup-hidup yang sukar di bumi dengan relanya? Tidak. Dia digoda syaitan untuk memakan buah khuldi.

    Ingatlah, apabila terjatuh ke dalam gaung, untuk mendaki tebingnya yang curam adalah satu pekerjaan yang sukar. Jadi menghindar lebih baik daripada sekadar nak cuba-try-test. Berhati-hati supaya tidak mengamalkan yang makhruh adalah lebih baik.

 Sahabat, mari sama-sama kita mulakan dengan berpuasa 6 di Syawal yang masih tersisa!  =)

  

  • Menurut ulama’ di antara balasan dari satu kebaikan adalah kebaikan yang sejenisnya. Ertinya, dengan kasih dan rahmat daripada Allah, apabila kita melakukan satu kebaikan kita cenderung untuk meneruskannya menjadi satu kebiasaan.

One thought on “mari puasa 6!

    Al-Fatihah « Wardah Puteh said:
    July 31, 2011 at 10:39 am

    […] Mari Puasa 6! […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s