Taman Syurga

Posted on Updated on

dsc00306.jpg

        Alhamdulillah, semalam ana berkesempatan untuk bertemu lagi dengan cikgu Sidek Baba yang ana kagumi. Hormat ana kerana tinggi ilmunya dan kerendahan hati yang bisa dikesan tatkala tuturnya dilontar dari bibir. 

     Di Masjid Negeri, Kuantan. Jam 9 malam. Cikgu merupakan bekas Timbalan Rektor UIAM. Kuliahnya kali ini berkisar tentang islamisasi.

Islam hebat kerana beberapa perkara;

1.            Sinergi ulama’ dan umara’ yang berpadu. Ulama’ menyediakan pedoman dan ilmu. Umara’ memberikan petunjuk. Jka bergabung keduanya, maka terhasilah tamadun besar yang tiada tandingan, biiznillah. Contohnya seperti ketika zaman pemerintahan khalifah Umar r.a. Kemiskinan hapus terus. Kata kakak sebilik ana; hatta serigala dan kambing biri-biri boleh duduk bersama-sama! Keamanannya sampai ke tahap itu.

2.            Ilmu yang sepadu. Ilmu yang holistic bukan dualistic. Banyak benar contoh-contoh tokoh di zaman dahulu berbanding dengan sekarang. Ibn Nafis dengan kehebatan ilmu perubatannya-penemuan blood circulation. Al-Khawarizmi-pakar matematik dengan penemuan angka sifar. Muhammad al-Idrisi dengan kehebatan ilmu alam(geografi) dan Az-Zahrawi dengan penemuan alat-alatan dalam bidang perubatan.

                  Kerana apa? Kerana Islam bukan sahaja menekankan persoalan what. Tetapi juga why. Itu yang memberi beza umat islam dengan penganut agama lain. Tokoh-tokoh islam yang banyak menyumbang kearah ketamadunan bukan sekadar mengemukakan falsafah dan tanggungjawab, malahan menyumbang dari aspek nilai. Tidak hairanlah, tamadun yang dicipta bertapak kukuh beratus-ratus tahun lamanya.

                  Kita belajar untuk menjawab tiga soalan asas kosmologi. Bagaimana alam terjadi, untuk apa kita hidup di muka bumi ini dan di manakah pengakhiran sebuah kehidupan. Berbeza benar dengan agama lain yang menolak apa-apa yang tidak dapat disentuh dan dilihat berdasarkan empirikal. Kerana refleksi ruh Tuhan yang ada pada diri seorang manusia, kita punya fitrah dan jambatan berhubung dengan Tuhan. Oleh kerana kefahaman ini yang dipraktik, tidak hairanlah tamadun islam digeruni suatu ketika itu.

                  Pemisahan ilmu-ilmu sains atau “dunia” dengan akhirat menajadikan pendidikan secular adalah satu bentuk pembaziran. Kata cikgu Sidek, sudah banyak orang sekarang ilmu “dunia”nya sehingga tahap phd, padahal ilmu agama masih di tahap tadika. Beza ini menimbulkan ketidakseimbangan dalam nurani manusia, lalu terhasil masyarakat yang pincang nilai.

                  Cikgu muncul di sebuah persidangan peringkat antarabangsa baru-baru ini dengan memperkenalkan konsep I; yakni ihsan. Menolak segala teori X dalam aplikasi kehidupan. InsyaAllah akan dibawa ke pelusuk dunia di hadapan non-muslim.

3.            Research. Di sini, sekali lagi cikgu menekankan betapa perlunya kajian-kajian yang dibuat oleh muslim. Sampai bila mahu bergantung harap pada barat. Boleh. Ambil saja sarinya yang sudah ditapis dengan nilai. Supaya ruh islam tidak hilang, supaya adab tetap dipegang. Kemudian kembangkan. Malang sekali, yang tidak elok itulah yang selalu dibangga-bangga. Hilang sudah jati diri sebagai Melayu, apatah lagi sebagai seorang muslim.

                  Kata cikgu, jadilah seperti air dan asap; mencair dan meresap secara perlahan-lahan sampai tidak terasa kehadirannya. Guna akal bukan sekadar berfikir tetapi sertakan sekali zikir.

                  Seperti sebuah pokok. Akarnya tauhid, diteguhkan tauhid dengan ibadah. Ranting-rantingnya syariah dan buah bunganya yang merekah adalah adab dan akhlaq. Bukan seperti sebuah pokok, yang akarnya sebab, batangnya pemerhatian, data-data dan bukti saintifik. Ranting-rantingnya secular dan buah bunganya humanism. Pasti pohon ini tidak sesubur pohon yang pertama. Tetapi tambah elok pohon ini andaikata kita cantumkan benih kedua-duanya. Kita adakan udara tarbiyyah yang  memberi nafas segar pada sang pohon. Mantaplah tamadun.

Begitu ulas cikgu Sidek. Beliau kini sedang megusahakan penubuhan universiti yang mengumpulkan pelajar-pelajar kursus kritikal(perubatan, engineering dsbg) yang hafiz. Moga dipermudahkan demi generasi depan dan kebangkitan Islam. Amin.

Ana juga berkesempatan membeli sebuah lagi air tangan beliau; “Seteguh Tekad”; yang menyelami kehidupan cikgu sedari kecil sehingga sekarang.

Judul: Seteguh Tekad

Penulis: Prof Dr. Sidek Baba

Penerbit: Alaf 21

Harga: RM 13

3 thoughts on “Taman Syurga

    yat101 said:
    November 16, 2007 at 7:48 am

    “Pemisahan ilmu-ilmu sains atau “dunia” dengan akhirat menajadikan pendidikan secular adalah satu bentuk pembaziran. Kata cikgu Sidek, sudah banyak orang sekarang ilmu “dunia”nya sehingga tahap phd, padahal ilmu agama masih di tahap tadika. Beza ini menimbulkan ketidakseimbangan dalam nurani manusia, lalu terhasil masyarakat yang pincang nilai.”

    Benar kata cikgu kamu tu. saya yang bersekolah di Singapura di bawah pendidikan secular kadang2 terasa dihimpit dengan pengaruh yang datang bertalu-talu. Fuh! kadang2 seperti rasa tidak boleh bernafas.

    izzah said:
    November 17, 2007 at 8:48 am

    Salam..sekadar ziarah yang tidak disengajakan oleh ana..

    Benar, berbicara dengan Prof. Sidek Baba amat memotivasikan diri & memberi input2 baru kepada para pelajarnya..

    Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan pabila menjemput Pof untuk memberi talk dalam salah satu program di kampus (UIAM) tahun lepas. He is a very knowledgeable & humble person =)

    wardahputeh responded:
    November 18, 2007 at 12:37 pm

    salam kembali buat yat dan izzah.

    Yat, tu bukan cikgu ana, tak pernah ajar secara formal. Tapi, disuruh dipanggil dengan gelaran cikgu oleh empunya badan. Padahal mantan timbalan rektor UIAM dan pensyarah.

    Seperti kata ukhti izzah-sangat humble. Bertuah kita sedari dan pernah ikuti ceramah beliau…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s