Liku hidup

Posted on Updated on

      Segalanya berakhir dengan lapang dan tenang. Alhamdulillah. Cepat benar masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam menjejakkan kaki di sini.

     Umumnya, ana berpuas hati dengan apa yang dilalui dan apa yang telah diusahakan sepanjang semester. Kini, terpulang kepada taqdir. Samada baik(cemerlang) atau tidak keputusan peperiksaan yang akan diumumkan. Seperti bicara sahabat ana, Amar_Kun;  Allah tak pandang result tapi sejauh mana usaha yang telah diikhtiar.

    Dan alhamdulillah, ana mendapat tajaan biasiswa selama satu tahun daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal. Bermakna ana akan melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam kursus Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Selepas itu, insyaAllah, berkhidmat selama empat tahun di mana-mana Politeknik atau Kolej Komuniti.

    Betapa bermakna biasiswa itu. Bukan kerana wang, tetapi kerana jerih dan perit untuk mendapatkannya. Kerananya juga ana memperoleh pengalaman yang cukup berharga dan dapat menilai hati seorang sahabat. Terima kasih Nadiah. Ana terhutang budi dan nyawa.

    Sebagai anak sulung abah dan mama, ana sedar abah mahu ana lebih matang dan berdiri atas kaki sendiri. Walau pun kami hanya 4 beranak dan adik masih di sekolah rendah serta ana tahu abah mampu menanggung, abah tetap bertegas supaya memohon dari mana-mana badan. Bukan kerana tidak sayang, tapi kerana terlalu sayang. Ana fahami, menjadi insan yang berusaha sendiri lebih bermakna di mata Tuhan.

   Keputusan di matrikulasi hanya cukup-cukup makan, ana gagal mengulang kejayaan. Maka peluang untuk mendapatkan tajaan amat tipis. Tambahan PTPTN tidak relevan bagi ana. Ini sebagai satu motivasi supaya bersungguh dalam setiap apa pun, supaya nanti segalanya jadi mudah-seperti kata abah. Dan ana sedar usaha yang bersungguh, bukan sahaja mendatangkan hasil memuaskan, malahan lebih daripada itu; tidak menyusahkan orang lain.

   Bersyukur. Ana berharap biasiswa akan dipanjangkan. Tapi apa yang penting adalah-terus berusaha!

7 thoughts on “Liku hidup

    Nadiah said:
    November 12, 2007 at 3:39 am

    well see the leg laa he2. tu hanya 0.0000001% kebaikan sy haha (riak)😛 xde r gurau j ni.. may Allah bless all of us always..insya-Allah amin..ukhuwwah fillah.All da best in ur life Wani !! gambatey!(work hard) (^o^)V

    amar_kun said:
    November 13, 2007 at 7:14 am

    salam.. alhamdulillah.. tahniah diucapkan.. nanti buat kenduri kesyukuran jgn lupa ajak saya yer..
    🙂

    hazwan said:
    November 17, 2007 at 7:35 am

    salam kak.
    em btl ke akak terima biasiswa tu?..n…adakah ini b’mkna akak x akn m’jejakkn kaki d kuantan lg lps ni? =(

    wardahputeh responded:
    November 18, 2007 at 12:31 pm

    salam..

    terima kasih Nadiah dan Amar_kun. Nanti wani belanja ayaq masak kat cafe..macam biasa.

    Dik wan…akak belajaq kat uia lagi la. Habis sana baru sambung. Hehe

    SALWA said:
    August 25, 2008 at 12:05 pm

    askum akak, tahniah dapat sltp. minggu depan saya pon dapat panggilan temiduga. boleh tak bagi tips sket. apa soalan ditanya semasa temuduga. tolong saya ye… trima kasih.. hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik kakak

    wardahputeh responded:
    August 26, 2008 at 4:50 am

    waalaykumussalam warahmatullah

    Tahniah kerana dapat panggilan temuduga. Bukan semua yang applied dapat, jadikan ni sebagai booster untuk buat yang terbaik. Masa ana dahulu, ada tiga penemuduga. First sekali akan diminta memperkenalkan diri. Lepas tu akan ditanya tentang isu-isu semasa, kenapa berminat dengan biasiswa ni, soalan berkisar politeknik dan kolej komuniti dan kursus yang diambil di universiti. Yang penting adalah keyakinan. Penemuduga hanya nak tengok kebolehan kita bercakap, keyakinan dan pengetahuan awam. Juga akan diminta bertugas ke luar daerah, terima sahaja-ni hanya gimik yang belum tentu betul. Akhir sekali, akan diminta untuk mengajar- dengan bahasa Inggeris, kalau boleh buat slides yang cantik2, ada disediakan laptop dan lcd untuk tayangan. Hari kedua, akan diberikan aeratus soalan objektif berkaitan akhlaq dan moral jawab dalam masa satu jam.

    Semoa berjaya!

    My future workplace « Wardah Puteh said:
    March 12, 2011 at 7:57 am

    […] dan politeknik/ kolej kominiti di sini, sini, sini dan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s