Seni Silat

Posted on Updated on

deco1.jpg
  
“KITA SILAT BUKAN KERANA SILAT, KITA BERSILAT KERANA AGAMA.
KITA SILAT BUKAN KERANA SILAT, KITA BERSILAT KERANA ALLAH”

  

   Seni silat. Sebetulnya Seni Silat Cekak Hanafi. Ana baru mahu berjinak-jinak dengan seni silat sebenarnya. Seni pertahanan diri yang pernah ana ikuti sebelum ini ialah taekwando semasa di tingkatan 2. Tetapi dek kerana rasa segan untuk melompat dan melepaskan tendangan, maka ana berhenti selepas kelas kedua.

   Seni silat yang ana kagumi, kerana indah susunan pencaknya. Dan ana kagum betul melihat pesilat menyusun langkah; tampak gagah. Sebagai melayu asli, patut benar kita berbangga dengan warisan yang ada.

   Bertambah bilangan kes jenayah, apatah lagi yang melibatkan kaum hawa memang sedikit-sebanyak menimbulkan ketakutan pada diri. Sebetulnya, selepas ana musafir untuk menghadiri temuduga biasiswa SLTP bersama Nadiah. Dari situ ana sedar, sekurang-kurang tahu sedikit perihal pertahanan diri.

   Seni Silat Cekak Hanafi dipilih kerana langkah-langkah silatnya yang mirip pergerakan di dalam solat. Tambahan, kerana seni yang ada padanya membuatkan pergerakan tidak “keterlaluan” seperti taekwando (maaf). Ditambah sokongan kawan-kawan dan keinginan mencuba sesuatu yang baru.

   Ana berharap akan beristiqomah selalu. Dan menjadi “keras” sedikit…=p

 Sedikit info tentang Silat Cekak Hanafi.

  • Diamal dan dianjur oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad

  • Diamal keluarga diraja dan panglima-panglima kanan negeri Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin

  • Pergerakan dan sistem silat adalah berasaskan gerak-geri semulajadi manusia berdasarkan fikiran yang sihat, jiwa tenang dan bersesuaian dengan prinsip agama Islam

  • Menitikberatkan pertahanan diri supaya terlatih dengan sifat berani, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya apabila terpaksa demi keselamatan diri baharulah menyerang.

  • Silat ini menunggu serangan dengan berdiri lurus seolah sedang berdiri untuk solat dan tidak mengelak ke kiri dan ke kanan bahkan mara ke hadapan dengan gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, hakikatnya silat ini juga dikenali sebagai Silat Gerak.

  • Kaedah serangan

-di kala menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan sekiranya ditepis pula pasti dimakannya.

-sambil meyerang sambil menangkap

-menangkis pukulan dan tikaman senjata dengan tangan kosong dan merampas senjata lawan

  • ciri pembelajaran

-diajar secara berpakej sehingga tamat dan dapat disempurnakan dalam tempoh 6 bulan

  • silat ini berasaskan gerakan seni, maka tidak memerlukan dan menekankan keperluan kekuatan dan tenaga luar biasa melawan musuh

  • silat ini boleh dipraktikkan dimana-mana hatta di atas papan sekeping

  • pantang-larang

-tidak menderhaka guru

-tidak menderhaka ibu

-tidak menderhaka bapa

-tidak bergaduh sesama ahli

-tidak mencaci silat Melayu asli yang lain

4 thoughts on “Seni Silat

    syed haidil said:
    July 10, 2008 at 7:25 am

    saya orang sarawak nak tahu macam mana nak belajar silat ini kat sarawak kerana dgn keterangan tadi saya amat berminat

    syed haidil said:
    July 10, 2008 at 7:27 am

    ada tak perguruan ini kat sarawak

    syedhaidil said:
    November 21, 2008 at 8:39 am

    setakat ini belum pernah dengar kat sarawak.kalau ada tolong beritahu saya kat mana tempat dan orang yang nak di hubungi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s