Cuti

Posted on Updated on

    Ana sedang bercuti sekarang. Bersenang-lenang di rumah. Tambahan cuti sekolah yang baru bermula, buat rumah ceria sedikit. Petang-petang bermain badminton dengan adik di jalan tar depan rumah, atau menghirup kopi sambil membaca buku Harry Potter bahasa Melayu kepunyaan adik.

  

Kedai Buku

Senggang yang lapang sungguh. Ana memang mahu berenak-enak sambil menghabiskan semua buku-buku yang belum sempat dibaca. Kadang kami (adik dan ana) pergi ke kedai buku seberang jalan. Satu kejutan buat ana, kedai buku itu sudah berubah. Kedai Dewan Bahasa dan Pustaka itu kini bertukar nama-Toko Buku Cahaya Baru. Reka bentuknya sangat menarik (daripada dahulu). Dan paling penting ada disediakan meja comel bersama kerusi bulat merah dan tandas! (Berjalan sejauh 200 meter selalu buat ana sakit perut.)

   Oh, akhirnya ana berhasil membeli sebuah Kamus Dewan edisi 4-berwarna merah saga (walau pun terpaksa berhutang dengan adik) dan buku baru En Faisal Tehrani; Manikam Kalbu.

   Cuti kali ini memang mahu dimanfaat sepenuhnya. Ana sudah berkira-kira pulang ke kampung ayah di Langkawi, menjenguk tok. Pasti tok sedang menunggu kehadiran ana-setelah sekian lama tak bertemu. Mungkin kali ini bersama-sama Nadiah dan Fazilah. Tapi..Belum tentu lagi, seperti langit sekarang. Nampak cerah di waktu pagi, petang hujan. (musim tengkujuh)

    Semalam ana sempat pulang ke kampung mak. Konon mahu meninjau kebun limau abah yang hampir benar dengan sungai. Tapi akhirnya ditinggal abah-lambat. =p Aisyah dan Hafiz yang keletah ketawa bila diusik. Malah sudah tidak malu-malu berbual dengan ana-walaupun kadang ana tak memahami.

   Perkara penting yang ana perlu buat sepanjang cuti ini-berkarya untuk projek En Ubaidillah. Ana fikir mahu berkabung dengan buku-buku yang bertimbun dulu sebelum mula menulis. Malang sekali, ide begitu malas untuk keluar(atau ana yang malas?). Jadi ana fikir baik keluarkan karya-karya lama (yang pastinya tidak berkualiti) untuk di”edit” kembali. Maaf ya En. Ubai, due date lambat lagi kan? Hehe~

    Apa-apa pun semuanya seperti bakal terisi dengan bahagiaaa…Apatah lagi bila mengetahui bahawa biasiswa ana rupanya empat tahun, bukan setahun. Alhamdulillah.

Selamat bercuti!

One thought on “Cuti

    safi said:
    November 24, 2007 at 3:38 am

    holiday for me..k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s