luka si kecil Sarah

Posted on

si kecil Sarah

Ketika ana mahu bersalaman dengan si kecil Sarah, dia senyum-senyum sambil bersembunyi di belakang Mak Chaq. Mungkin kerana sudah lama tidak ketemu.  Mungkin juga kerana ana kelihatan seperti gergasi-menyebabkan si kecil Sarah lari lalu tersembam di atas jalan tar. Aduh~

Air mata merembes keluar bersama raungan kesakitan. Ana pun cepat-cepat mengangkatnya [sebelum dituduh mengusik Sarah]. Diam-bila air nyiur [kelapa] disuap ke mulut.

Lalu ana bawa masuk ke dalam rumah. Ketika itu baru ana sedari-tudung sudah berlumuran darah! [pastikan periksa budak yang terjatuh sebelum dukung].

Tangisan meledak kembali. Dek kerana si kecil Sarah terpandang darah yang melekat bertompok-tompok di tudung hijau ana. Kasihan sungguh.

Selepas disapu ubat tangisannya berkurang. Tetapi, bila melihat kembali luka-tangis pun memenuhi ruang. Alahai si kecil Sarah yang comel.

Begitulah. Ketika kita terjatuh semasa bertatih di laman ayah dan ibu. Atau ketika tersembam apabila penat berlari menuju matlamat di dunia ini. Ketika menangis. Kerana sakit. Kerana perit.

Barangkali ada yang sayang dan kasih akan kita, lalu diberinya ubat berupa nasihat, ataupun kasih-sayang seadanya. Tapi selalu kita melihat luka itu kembali dan menangis mengenangkan nasib diri yang malang. Tanpa kita sedari, kita sudah punya ubat penyembuh-kita masih degil untuk merenung luka-luka yang sudah berlalu.

Akibatnya, pastinya diri sendiri yang rugi. Kerana yang berada di depan kita pasti kita akan harung dan tempuh. Samada bersedia atau tidak-kita wajib! Jadi, jikalau asyik menyesali apa yang berlaku, persediaan pasti tidak serapi yang kita boleh lakukan. Potensi diri tidak mencapai tahap yang maksima.

Sedalam mana pun luka. Seburuk mana pun parut yang tinggal. Hidup perlu diteruskan, jangan merenung perkara dan nostalgia yang tidak diperlukan dalam hidup kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s