Tok

Posted on Updated on

     Ana baru pulang dari kampung di Pulau Langkawi. Langkawi masih seperti dahulu, kalaupun pembangunan kian pesat, hijaunya masih banyak dah melata. Bayunya masih berpuput lembut walaupun kadang menyengat dengan bahang cerlang mentari. Ana pulang bersendirian kali ini kerana abah sibuk dengan tugasnya mengawasi peperiksaan SPM, mama dengan kerja-kerja perpustakaan dan adik dengan kelas tambahan yang berterusan hingga Disember.

 adik comel 3adik comel 2adik comel 1 

Ura-ura harga tiket feri naik rupanya tidak benar, mungkin sehingga Disember ini. [Harga tiket sekarang; dewasa RM 18]. Banyak betul pelancong kali ini. Pastinya kerana musim cuti sekolah. Bersesak-sesak. Tambahan pesta LIMA akan berlangsung tak lama lagi. Mesti laris jualan bahulu Mak Ngah!

ramainyaaa~

Ana tak kemana-mana. Adik-beradik abah sibuk mencari rezeki sepanjang cuti sekolah. Mengambil peluang dengan kedatangan pelancong dari seluruh pelusok negara. Mak Ngah dan adik Ija sampai demam-demam membakar bahulu, Kak Jiah [pengantin baru] sibuk membuat kueh bakar, abang chik yang semakin handsome siang malam bekerja di hotel, Ngah Mbun sibuk mengasuh anak-anak kecil, Long dengan cucu-cucunya; Humaira dan Danial yang kian nakal. Jadi ana hanya terperap di rumah tok, menjadi teman berbual.

depan rumah tok

Tok masih kuat. Walaupun kadang-kadang mengadu pandangan matanya tidak sejelas dahulu. Dia masih sibuk mahu memasak untuk ana. Ikan bakar, hati ikan pari yang lemak, serawa labu dan ubi, masak lemak lobak. Mungkin juga kerana kudratnya tidak seperti dahulu, kalau tidak tentu habis ceruk pasar digeledahnya untuk hidangan istimewa menyambut cucu.

TOK

Tok kadang mengeluh tentang rindunya pada anak-anak dan cucu. Tok kadang menyebut tentang riuh dan gelak-tawa yang pernah dirasainya dahulu. Tok kadang mengesat matanya bila terkenang saat susah-payah membesarkan anak-anak tanpa suami. [Wan meninggal sejak usia abah 15 tahun]. Tok kadang merenung langit dan sawah yang terbentang di halaman rumah. Kata tok,” Tak boleh ingat sangat. Tak baik. Baca Al-Quran. Zikir ingat Tuhan. Tak baik terlampau rindu dendam.”

Tok.

Kata abah, ” Berbaktilah selagi ada usia.”

Ya. Berbudilah selagi ada peluang. Hargailah selagi yang tersayang masih hidup. Kadang kita terlalu sibuk sehingga selalu benar alpa orang yang kita sayangi sedang menunggu, menanti sepanjang usianya.

Andai ditaqdirkan kesudahanku bersendiri

Kupohon ya Tuhan, kentalkan jiwa ini.

One thought on “Tok

    ahmad ali said:
    November 27, 2007 at 8:03 am

    damainya malaysia…tapi kedamaian itu kian direnggut oleh jenayah yang berleluasa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s