Nikah tika belajar

Posted on Updated on

Rasa kepingin untuk menikah itu pasti ada pada semua orang. Bukankah itu fitrah manusia? Allah berfirman dalam surah an-Naba’ ayat 8:

“Dan Kami telah mencipta kamu berpasang-pasang.”

Kata sahabat ana;

” Bernikah ketika masih belajar menenangkan hati. Sebab orang yang disayangi ada di depan mata.”

Benar.

Kalau dilihat pada satu sudut memang tampak indah. Tapi, indahnya sebuah perkahwinan pasti tidak ada maknanya tanpa tanggungjawab. Mungkin dahulu ana penyokong kuat perkahwinan ketika masih belajar. Hidup pasti tenang dengan pendamping yang setia meniup semangat, membantu saat susah dan menghadirkan kebahagiaan dalam hidup yang penuh pancaroba. Tetapi, setelah melihat perit dan jerih sahabat-sahabat yang melangsungkan pernikahan dalam usia muda, ana berfikir 20 kali semula. Ana tidak sekuat itu!

Bayangkan…

Dalam usia yang muda sudah terpaksa memikirkan soal kewangan yang menghimpit demi isteri dan kalau diberi zuriat dalam masa terdekat…oh tidak.

Tetapi lelaki mungkin akan menjalani hidup yang biasa-biasa sahaja.

Seperti kata ustazah ana, lelaki tidak mengalami perubahan yang banyak selepas berkahwin. Hidup mereka masih tetap terurus oleh isteri. Mungkin yang berubah adalah bertambahnya masalah dalam  mencari rezeki untuk anak dan isteri, tapi kalau ibu ayah yang menyumbang, lagilah tidak ada apa-apa perubahan.

Lain pula dengan si isteri, bakal menerima tugasan yang lebih berat. Kain baju mungkin akan bertimbun [kalau suami jenis malas nak menolong], memasak, ke kelas dengan perut memboyot, mengalami muntah-muntah, pengsan, loya, lesu, terpaksa bercuti bersalin hingga tertinggal kelas atau peperiksaan, menguruskan suami, mengejutkan suami yang liat bangun tidur, tertidur kerana penat melayan kerenah suami, mengemas rumah dan menguruskan anak yang banyak kerenah. Kalau tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini pastinya pelajaran akan tertinggal.

Seperti kata Zainab al-Ghazali dalam bukunya bertajuk Nasihat Untuk Wanita;

“Timbul masalah dalam pemikiran gadis-gadis muslimah antara berkahwin dengan belajar. Mana yang perlu didahulukan dan diberi keutamaan. Adakah baik berkahwin ketika belajar atau ditumpukan pelajaran terlebih dahulu kemudian baharu berkahwin atau adakah perlu berkahwin dan melupakan pelajaran.

Bagi penulis dalam masalah gadis yang dipinang ketika dia dalam alam pendidikan perlulah meneruskan pengajiannya terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi tujuan belajar adalah untuk membentuk dan melahirkan umat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun jika gadis itu dapat mengimbangi antara pernikahan dan pelajaran adalah lebih baik. Apa yang penting adalah pelajaran yang diperolehi mampu menjadikan penuntutnya seorang yang tahu matlamat dan kewajipan dalam membentuk generasi yang berkualiti di dunia dan akhirat dengan didikan dan penjagaan seorang ibu yang terpelajar dan bijaksana.

Ibu yang bijaksana merupakan harta kekayaan bagi umat Islam itu sendiri. Ia merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada manusia dengan memberi hidayah ke jalan yang membina kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga. Ini berikutan Allah mengurniakannya ketinggian pemahaman, pertimbangan yang baik serta tingkah laku yang terpuji. Keadaan ini akan menjadikan umat Islam hidup dalam rahmat dan kasih-sayang. Justeru setiap wanita Islam perlu bijak dalam mengemudi rumahtangganya ke jalan yang direhai Allah.”

Betapa sukar untuk menjadi pohon yang rendang dengan buah-buah budi yang meranum sentiasa. Lebih sukar untuk menjalin akar bijaksana pada anak-anak pokok yang bakal tumbuh. Sedangkan benih sabar dan iman itu selalu naik dan turun.

Nikah tika masih belajar boleh menjadi indah jika minda cukup sedar tentang erti tanggungjawab. Apatah lagi apabila taqwa seiring dalam perjalanan. Tambah cantik jika pasangan sedar erti amanah Tuhan.

Baca:

 http://wardahsufiah.blogspot.com/2006/11/oh-mamasaya-mau-kawen.html

One thought on “Nikah tika belajar

    atul said:
    July 23, 2008 at 7:58 am

    salam..wah..wani..best la..em..tajuk agak menarik.interesting topic..bg pendpt sy xsalah nak kawen time belajr..tp perlu pikul tanggungjwb yg lbh ckit brbandint time hidup single..terpulag pd indvidu trsebut..lg satu klau nak kawen time bljr perlulh dpt restu dr parents dlu..k..hehhe..teruskan usaha anda!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s