Post-mortem ii

Posted on Updated on

Memang memalukan. Setelah hampir 15 tahun mengaji, masih tak paham-paham lagi? Huhu~ Ana nak mengata kat diri sendiri, yang susah betul nak sedar diri.

my schedule

Sesetengah orang sukakan jadual. Seharusnya begitu. Dengan jadual harian, hidup akan jadi teratur. Kalaupun tidak ada jadual harian, jadual untuk ulangkaji patut ada. Kalau yang jenis rajin tak apalah, sentiasa ingat untuk study. Ataupun dengan kuasa otak, sudah dapat mencongak strategi berkesan untuk ulangkaji sepanjang minggu. Ana juga ada jadual. Jadual harian yang selalu tak dipatuhi. =p Ana bahagikan kotak-kotak kepada 24 buah mewakili 24 jam dalam sehari. Dan seterusnya akan mengisi satu-satu kotak apa yang akan ana lakukan sepanjang minggu. Ana harus akui, ana jenis yang tidak suka benda yang berulang-ulang. Ataupun kadang berasa rimas seolah dikongkong, jadi jadual ana adalah jadual umum. Tidak ditetapkan harus study apa pada jam berapa-berapa. Kelebihan jadual begini, ana boleh membuat agakan masa dalam duration satu jam untuk aktiviti yang akan dilakukan dan mudah untuk mencongak berapa jam lagi masa yang ada di dalam satu hari.

Tetapi, ana punya satu masalah-selalu terkulai selepas insya’, kadang-kadang mata ana sudah merah selepas solat maghrib bersama sedikit tilawah. Pun begitu, untuk bangun pada waktu awal pagi bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi kalau ada perjumpaan dan meeting selepas insya yang selalunya berakhir tengah malam. Ana dapati, motivasi untuk bangun pada 3 pagi/4 pagi hanya akan datang bila exam tinggal sehari dua. Apa yang boleh dibuat? Kalau tidak study selepas kelas pada waktu-waktu begini, harus bagaimana? Senggang antara kelas atau cuti hujung minggu tidak memadai. Apatah lagi dengan assignment yang menimbun. Dan kali ini ana tidak mahu bergantung pada kuliah lagi! Ana juga rasanya [lah] sudah serik untuk menangguh ulangkaji sehingga berhimpun pada hujung minggu. Kerana akhirnya, target tak pernah akan sampai. Macam menyimpan baju busuk selama seminggu di dalam baldi, susah-payahnya nak membasuh! Bukan sahaja penat, malah kulit tangan makin kasar. =p

Teringat pada zaman persekolahan dahulu. Ana yang tidak banyak bercakap dan punya ramai kawan memang ada hikmah yang besar. Masa tidak dibazirkan pada waktu petang yang senggang untuk berborak dan mencicah biskut kering dengan teh kosong. Ataupun berangkai bersama satu kumpulan, sama-sama makan di dewan makan. Ana sudah amat biasa makan seorang diri di dewan makan. Pernah ana berbuka puasa seorang diri tanpa sesiapa di dewan makan, ditemani seekor kucing. Memilukan ketika itu, tapi kini ana rasa amat berbaloi.

notes

Ya. Mungkin ana sudah kehilangan keinginan yang melonta-lonta untuk tahu dan menguasai. Ataupun ana kini berasa begitu senang untuk membuang masa berlambat-lambat melenggang-kangkung ke mana-mana sahaja. Ataupun kini ana suka sungguh makan biskut kering dan minum teh kosong pada waktu petang. Mungkin juga ana sudah melebihkan masa untuk hobi ana-internet, puisi dan karya sastera lain.

Begitu rupanya…

Kata kakak kepada Hanim dan Hanum[tak ingat namanya], best student Kuliyyah of Science;

Jagalah solat. InsyaAllah, yang lain akan terpelihara.

Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s