Semester baru

Posted on Updated on

Seperti biasa,minggu pertama dalam kedatangan awal semester pasti kalut dengan pelbagai urusan yang perlu dibereskan. Sesi add/drop dan mendapatkan jadual baru, kelas dan “urusan yang tidak dapat diselesaikan” memang menyesakkan. Kini ana kembali kepada hobi zaman-berzaman;tertinggal dan hilang barang. Kali ini kad pelajar dan kad bank pula. Adeh~

Semester ini tambah mencabar dengan tujuh subjek termasuk usrah/study circle. Bahasa Melayu untuk Sains, Calculus, Molecular and Cell Biology, Biochemistry, Islam-knowledge-civilization, dan Biostatistic. Kemungkinan besar ana akan mengalami penderaan otak [yang malas nak berfikir] semester ini. Ditambah kelas malam subjek BM dan korban hari Sabtu untuk kelas Biochem. Hoho~

Dengar-dengar kelas BM group 30 riuh semalam dengan isu Kemandulan Minda DBP. Ana akui tidak sabar-sabar nak berkenalan degan cikgu Fauziah/Puziah[?]. Setelah sekian lama tidak menghadiri kelas Bahasa Melayu. Belajar tentang sejarah, berdebat, menulis dan mungkin menulis sajak? Moga mulut ini ringan sedikit untuk berbicara.

Kelas Islam-Knowledge-Civilization juga mungkin akan panas dengan perang logik. Kali ini kata ustaz kita belajar untuk berhujah menggunakan minda. Kelas ini bukan kelas dakwah, tauhid dan akhlaq katanya. Tetapi kelas ini adalah kelas falsafah.

Ana juga tak sabar-sabar mengikuti kelas MCB yang diajar bro. Kamarul. Huhu~ =P

 Doakan barang-barang ana yang hilang tu terbang kembali ke tuannya ya…syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s