vertigo dan pening kepala

Posted on Updated on

 Bukan sekali dua ana berasa “melayang-layang” dan “berpusing-pusing”. Malahan ketika di matrikulasi lagi. Perasaan bimbang itu memang ada. Siapa yang tidak takut kalau tiba-tiba jalan di hadapan berpusing 360 darjah, ketika berbaring bilik berputar ligat, hatta ketika memejamkan mata, seolah-olah seluruh alam berpusing bagai gasing!

Rupanya ini adalah vertigo. Berkait rapat dengan keseimbangan badan dan secara tidak langsung melibatkan telinga, mata, sendi, otot dan system saraf. Mungkin juga akibat darah rendah atau tinggi, trauma, tekanan mental, anemia dan kesan sampingan ubat. Ana akui punya masalah mata dan telinga. Jadi tidak hairan jika ini berlaku.

Apa yang perlu anda buat jika diserang vertigo?

  • Baring atas lantai atau permukaan tanpa bantal.
  • Jangan bergerak dan tumpu perhatian pada satu objek di atas
  • Jangan tutup mata untuk elakkan kesan vertigo berterusan
  • Elak melakukan pergerakan yang merangsang vertigo[ ana lakukan tumbukan bertalu dengan pantas sebelum diserang pening kepala ]
  • Elak alcohol dan ubat mengantuk
  • Makan ubat anti-vertigo

2 thoughts on “vertigo dan pening kepala

    arifin87 said:
    December 26, 2007 at 6:41 am

    tolong ajar mcmaner nk designer blog nie..

    wardahputeh responded:
    December 27, 2007 at 1:41 am

    mmm…saya cuma ambik design yg dah direka…kalau nak design sendiri, susah sikit. Awak nak buat blog ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s