Hari Terakhir

Posted on Updated on

Nadiah

 

Hari terakhir tahun 2007. Begitu banyak perkara yang telah berlaku. Antara detik-detik peralihan dari dunia matrikulasi ke dunia universiti yang sebenar, mengerjakan umrah bersama keluarga tersayang, penerimaan biasiswa, penyiaran karya pertama di majalah dan pertemuan dengan sahabat-sahabat baru. Berjalin pula dengan yang pahit sepanjang tahun ini, tersulamlah apa yang dinamakan “kehidupan”.

Selalu sahaja, dengan permulaan tahun baharu, kita mula fikir-fikir azam yang bakal dibina. Perlu, malahan wajib kita merungkai kembali binaan azam yang lalu, supaya kita boleh menilai kelemahan dan kekuatan yang sedia ada. Seperti seseorang yang jatuh ke dalam lubang yang dalam, masakan mahu jatuh untuk kali ke-2? Andai kesakitan tidak diendah, perlu kita fikirkan tentang betapa bodohnya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya!

Ana masih dengan azam yang sama. Mungkin kerana binaan lalu belum tinggi menggapai langit dan belum kukuh kalau-kalau angin datang merempuh.

 

Sekarang ana sedang mnghabiskan 2 naskhah hebat; Terapi Penyakit Hati – Ibnul Qayyim al-Jauzi;

“Hati yang resah, gelisah, hati yang merasa sakit, hati yang tergores luka, hati yang marah, hati yang iri, dengki, lelah, longlai seolah tiada sinar dan tenaga, adalah hati yang mengalami sesuatu. Hati memang bagai perahu. Bila perahu iu terlalu banyak mautan dan berlubang, akan tenggelamlah ia. Begitulah pula hati manusia. Bila dimuati banyak dosa, noda, becak , akan tenggelamlah dirinya sebagai manusia. Apa, mengapa dan bagaimana?”

dan Di Bawah Naungan Cinta-Ibn Hazm el-Andalusy;

“Cinta adalah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesucian yang harus dijaga. Cinta semestinya berhulu iman, bermuara takwa dan kebersihan jiwa. Itulah cinta yang ditegaskan penulis dalam buku ini. Buku yang sejak awal kemunculannya begitu menggemparkan.”

Kalau kesibukan itu dikatakan penghalang untuk entri-entri baru dalam blog ini, maka ana telah membuat satu penipuan. Juga bukan kerana wang. Tetapi mungkin kerana kelemahan mengurus masa yang senggang. Maaf.

Dalam membina azam baru, pastikan segalanya mendorong ke jalan Tuhan. Supaya nanti jiwa tidak tergapai-gapai tak dapat berpaut, maka akan lemahlah ia. Kemudian mudahlah menjadi manusia yang suka membuang masa, kesedihan pun tak henti bergayut dan rasa kekosongan terus mengisi lompang hati. Andai ini terjadi, muhasabahlah. Sesungguhnya rohanimu sedang kelaparan!

One thought on “Hari Terakhir

    hani said:
    January 9, 2008 at 2:58 pm

    alangkah indah hidup bersama tuhan..tindakan rasa terpandu..jiwa selalu merindu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s