9 Muharram

Posted on Updated on

9 Muharram bakal menjengah sedikit waktu lagi. 9 Muharram yang membezakan puasa Umat Muhammad dengan yahudi laknatullah. 9 Muharram yang menjadi pendamping Hari Asyura yang gah. 9 Muharram yang punya nilai di jiwa ana.

Saat 10 Muharram itulah…

Hari pertama Allah menciptakan alam, hari pertama Allah menurunkan rahmat, hari pertama Allah menurunkan hujan, Allah menjadikan ‘Arasy, Allah menjadikan Luh Mahfuz, Allah menjadikan alam, Allah menjadikan Malaikat Jibril, Nabi Adam a.s. dicipta, diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah, Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit, diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan, Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud, Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud, Nabi Yusuf a.s.dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun, Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut, Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya, Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s., Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam, kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah., Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar, Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda, dan Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifa Bani Umaiyyahiaitu Khalifah Yazid.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata :

Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.”

Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW :

Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

Berbahagialah jiwa yang masih punya nafas untuk dinikmati.

Bersyukurlah ana dengan detik-detik yang masih wujud sempena 21 tahun kelahiran ana.

Sempena 9 Muharram, moga-moga bertunjung kukuhlah keyakinan pada janji-janji Allah. Moga 9 Muharram benar-benar membezakan ana dengan yang kuffar.

Aku pengembara padang pasir jiwa 

Astaghfirullah

Tuhan,

aku adalah pengembara di padang pasir jiwa

gelisah saat susah

resah tika lelah

Allahuakbar!

Tuhan,

kalbuku berubah-ubah

saat tenang bersenang-lenang

saat benci kuberpaling

saat cinta kumemuja

saat sulit aku aneh sekali

Subhanallah! Ingatilah Allah, hati-hati akan menjadi tenang

Tuhan,

tetapi mengapa

gelisahku terus merantai?

kecewaku tak bersebab?

bingungku bertambah walau lambakan kewajipanku

perlu segera ditunai?

Lahaulawala quwwataillahbillah

Basahkan!

lidahku dengan zikrulllah

hidupkan aku dengan cahaya-Mu

kejutkan lalaiku dengan nama-Mu

keraskan suaraku saat memuja-Mu

kejapkan gentar pada tangkai hatiku!

Alhamdulillah

Dekat lagi sehasta, saat ku mampiri-Mu sejengkal

kuberlari pada-Mu Tuhan

Kukejap tadabbur, tafakkur, ta’alim di dada

kuberlari pantas-pantas pada-Mu

Tuhan!

 

Lailahaillaallah

Ya Tuhan

cintai aku!

jadilah pendengaranku!

hadir dalam penglihatanku!

jadilah tanganku saat kugerakkan ia!

Jadilah kakiku saat ku melangkah!

Tuhan, aku pengembara yang dahaga

di padang pasir jiwa!

3 thoughts on “9 Muharram

    ucu said:
    January 21, 2008 at 4:56 pm

    salam wani..salam thn br islam(walau dah terlambat sikit..hehe.) subhanallah, sajak yg menarik..luv it..em, just nk mintak kepastian ttg peristiwa2 yg berlaku pada 10 muharram tu..just nk tahu sumbernya dr mana..sbb ucu sedikit musykil..pernah ucu ajukn peristiwa2 tu pd sorang sahabat, dn dia katakn ade sikit keraguan sbb thn hijrah bermula pd zaman saidina umar..dan peristiwa2 tu sblm thn hijrah lg..maybe ade btol peristiwa2 tu, cume mahukan kepastian agar kita x disesatkn oleh musuh2 islam, insyaAllah..anyway, nice entry!! keep on writing =)

    hani said:
    January 23, 2008 at 3:04 am

    Tuhan..tetapkan aku di jalanMu..sajak yang menggetarkan jiwa…

    wardahputeh responded:
    February 3, 2008 at 3:01 am

    salam alaykum

    ucu,
    nanti wani confirmkan kembali dengan seorang ustaz. [i got the confirmation from him previously]

    ukhti hani,
    moga sajak ni dapat menyentuh hati-hati yang alpa.[termasuk wani sendiri..]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s