Mumtaz!

Posted on Updated on

“Penat” 

Menyelusuri hari-hari dalam pengakhiran Januari benar-benar mendesak tenaga dan semangat juang dari dalam diri untuk keluar menjelma menjadi sorakan bertenaga. Dalam sibuk bergasak dengan musim peperiksaan pertengahan semester, lambakan taklifan menanti dan mengintai tanpa peduli. Sengaja ana memilih untuk sibuk, bahkan sekarang masih banyak ruang yang boleh diisi, jika ana mahu, tetapi kerana upaya yang ada hadnya, ana akur dengan kudrat tak seberapa.

Memohon tajaan mukhayyam.

Meminta pada orang yang tidak dikenali memang perit. Ana rasai sendiri betapa payah watak Mustika dalam “Ladang Hati Mustika”. Tahan menahan malu, tahan menahan letih, tahan menahan hampa yang menggasak. Malu akan diri yang lemah dengan wahn, letih dengan dakwah, hampa akan sikap masyarakat Muslim pada program dakwah. Rintik gerimis saat menaiki motor bersama ukhti tak seberapa, dengan rintik gerimis di hati ana mengenangkan nasib dakwah di mata umat Muhammad. Betapa, RM 10 pun payah untuk dihulur!

Akan datang….

  1. Mukhyyam PEPATI-gathering of IPT’s students all over Pahang, Terengganu and Kelantan (7/2-9/2)
  2. Midterm UNGS and Calculus-please pray for me (13/2 & 15/2)
  3. Smart Attire SRC-Wear smart attire, avoid  summon! ( January-September ’08)
  4. Explorace Prophet SAW-tHe BaTtles (AQ & Sunnah week) (16/2-23/2)
  5. Sister’s nite (23/2)
  6. ICast Seminar-All about science, the gathering of researchers (June 2008)
  7. Final exams! (starting: 24/3)

Puas 

Tugas-tugas bertimbun seperti lembah kepuasan yang ana miliki. Peperiksaan dan tugas luar bukanlah satu alasan untuk mumtaz. Mumtaz di dunia dan akhirat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s