Ana bukan fanatik

Posted on Updated on

Ana bukan fanatik politik. Jika hendak berbual tentang politik, ana bukanlah orangnya. Mama dan abah pun lebih suka berbincang dengan adik ana, Husna, 12 tahun tentang pilihanraya. Adik ana yang masih bersekolah rendah itu leka sungguh membelek senarai calon dalam akhbar, sampai semua maklumat tentang calon bertanding dapat disebarluaskan dalam rumah ana. Huhu~

Mama dan abah pun tidak suka bicara politik. Mungkin kerana pilihanraya baru-baru ini, barulah ana dapat meneka mama dan abah dalam parti mana. Berbicara tentang politik kadang buat ana rasa muak. Politik sekarang politik hiburan, politik sekarang politik gila kuasa dan wang, politik sekarang politik kutuk-maki-aibkan orang. 

Apa perasaan ana?

Kedah ditadbir PAS.  Ana mahu buat pengakuan, ana rasa terharu sampai bergenang air mata. Bukan kerana ana anti-UMNO. Cumanya ana terkenang-kenang, damainya negeri Kelantan yang indah permai. Kalau dapat dihidupkan sinar Islam dengan sesungguhnya di Kedah, alangkah baiknya. Jangan marahkan ana. Ana cuma terbayang-bayang, untuk hidup pada zaman pemerintahan Rasulullah adalah tidak mungkin, cukuplah jikalau dapat merasa tempiasnya.

Negara Islam

Semua tahu negara kita negara Islam. Kitalah yang menerajui OIC. Kita dipandang tinggi umat Islam di seluruh pelusuk dunia[?]. Tapi jiran ana, “pak cik orang putih” yang berhijrah ke Malaysia, lari ke negara Timur Tengah, katanya biah islamiyah tak terasa. Mungkin betul. Atau memang betul?

Ana masih hingusan 

Ana masih belum pandai lap hingus. Bahkan ana tak cukup umur nak mengundi tempoh hari. Tapi ana rasa pelik bila dengar pak cik teksi airport cakap;

“Tak ada beza sesiapa pun yang perintah.”

Ana pun rasa pelik juga bila dengar orang cakap;

“Susahlah nak cari makan kalau parti A perintah, akhirat ja yang ditumpu.”

Macam mana pun, ana selalu berdoa, Islam bangkitlah cepat-cepat. Ana nak berjuang bersama-sama. Ana dah muak tengok TV cerita cinta, ana selalu loya dengar berita “artis terkentut dalam kereta”, ana dah bosan tengok budak muda melepak tak tentu hala. Ana rasa tak selamat, walaupun dalam rumah sendiri. Ana dah pening tengok saudara-saudara seislam ana pakai baju nampak pusat. 

-Ana budak kecik. Jangan marah ana.

One thought on “Ana bukan fanatik

    Shinobi D. Awan said:
    March 13, 2008 at 9:27 am

    Sinar Islam dah bersinar di Kedah. Saudari boleh bantu menyinarkannya lagi.

    Keep on writing!

    Kulliyyah-mate

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s