akhlaq ada pada lembut suara

Posted on Updated on

antara adab dan biadab

Apabila bicara tanpa suara bergema
pada ketuk-ketuk papan kekunci
seolahnya dari gua gelap pekat
memantul
terus tembus menusuk
sekeping hati
yang sudah lama dalam dan bernanah
lukanya
Apabila dia yang tak punya apa-apa
selain keping hati kertas
bagai boneka beraksi di pentas
pincang langkah, sumbang suara
penonton menjerit
“gilalah!”
“pergi mampus!”
-sedang silap itu fitrah
dan fitrah itu kudus
Antara adab dan biadab
adalah antara
beza tinggi langit ketujuh
adalah antara
kemantapan rohani dan
kedungunan nurani
mana mungkin
akan terus subur
habl min nas
apatah lagi
tegar akar
habl min Allah

(sahabat,
pohon ampun Allah
!)

Nukilan: wardahputeh, Majalah Haluan 

—-

Ana kira, bicara yang lembut dan sopan bukan sahaja harus dimiliki oleh orang islam, bahkan orang bukan islam (non-muslim) juga, malahan kadang mereka mampu menjadi lebih baik. Semestinya  kita tidak lepas daripada tersalah bicara, tanpa disedari atau disedari. Dengan sebab atau tidak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.  Tetapi beringatlah, segaris perkataan pun boleh menjauhkan seratus orang rakan daripada kita. Lidah tanpa tulang lebih tajam daripada pisau.

Sebagai seorang muslim, secara automatiknya kita adalah pendakwah. Ciri pendakwah ada pada tutur yang sopan lagi lemah-lembut. Senyum selalu terukir. Masam ada sebab. Mencuka kerana ingin memberi isyarat. Adakah dalam dunia ini ada orang yang suka ditengking-tengking?

Ana mahu tekankan, dalam mana-mana ruang pun kita berkomunikasi, pilihlah susunan kata yang baik untuk dilontar. SMS, YM, mahupun ketika berbual melalui telefon. Apatah lagi ketika berdepan. Orang-orang yang pendiam dan lemah-lembut sangat mudah terluka hatinya. Beringatlah, jangan menilai seseorang dengan gelak tawa dan lelucon yang suka benar dia hidupkan.

Mana perginya akhlaq pada sebaris kata yang menghina? Pada kasar “ko”? Pada herdik “hoi!”?  Pada mimik muka mengejek? Pada nada merendah-rendah? Pada kutukan yang mengaibkan?

Seribu perkataan maaf mungkin tidak dapat menebus hati yang terluka. Diamlah wahai bibir!

 Tapislah suara, sebelum kita ditapis di titian menuju syurga!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s