Posted on Updated on

Terlalu banyak untuk ditulis. Terlalu banyak perkara yang berlaku sekelipan mata, seperti rintik-rintik gerimis yang datang lalu disapu pergi terik mentari. Berakhir sudah sebuah semester, berakhir sudah satu perjalanan pendek yang mengesankan dengan jerih dan perit. Ataupun usaha masih belum secukupnya? Tuhan, taqdir-Mu adalah jiwaku.

Kini ana menanti dengan debaran keputusan peperiksaan. Benar, menjadi satu pegangan bahawa yang berlalu adalah suratan, datangnya bersama segunung hikmah. Apa-apa yang berada di hadapan adalah satu yang belum pasti. Perit dan jerih adalah kepuasan. Cumanya, izinkan kesedihan membalut tangkai hati kerana bukan sahaja kejayaan itu adalah kepuasan tetapi adalah hati ibu dan ayah yang amat dicintai. Tuhan, bantulah!

Saat-saat sebeginilah, erti seorang sahabat benar-benar menekan, benar-benar memberi satu hembusan semangat yang menghidupkan azam yang hampir mati kerana berat ujian. Betapa, ana hargai sungguh-sungguh pertanyaan khabar saat segenting semalam.

Namun segalanya terubat juga dengan jelajah di pesta buku semalam. Alhamdulillah, “kalau-kalau” ana mungkin jadi kenyataan pada dasarnya. 14 buah buku diborong, termasuklah Warkah Cinta Berbau Syurga karya akh A Ubaidillah. Kepuasan adalah pada saat melayari puitis puisi.

Bukan ini yang terakhir, sahabat. Kejujuran adalah inti persahabatan. Kerana ana tidak mungkin dapat meminta lebih, selain segaris senyumanmu. Walaupun hati kepingin sangat-sangat keikhlasan sebuah ikatan. Ana rindu! Jangan bunuh rindu ini seperti semalam.

Taqdir

Dihempas gelombang, dilemparkan angin

terkisah kubersedih, kubahagia

di indah dunia berakhir sunyi

langkah kaki di dalam rencana-Nya

Semua berjalan dalam kehendak-Nya

Nafas, hidup, cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjadi segala kehendak-Mu ya Robbi

kuberserah…kuberpasrah..hanya pada-Mu ya Rabbi

Bila mungkin ada luka kau cuba tersenyumlah

Bila mungkin ada tawa kau cuba bersabarlah

kerna air mata tak abadi akan hilang dan berganti

bila hidup hampa yang dirasa mungkinkah hati merindukan Dia

kerana hanya dengan-Nya hati tenang damai jiwa dalam dada

-OPICK

2 thoughts on “

    org hensem said:
    April 8, 2008 at 9:37 pm

    minta senyum tuh lebih lebih la tuh,,,

    achik solehah said:
    June 25, 2008 at 6:59 am

    La Tahzan..Innallaha ma’ana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s