mahu

Posted on Updated on

Menghabiskan cuti-cuti selama tiga bulan tanpa sebarang aktiviti mungkin boleh membunuh ana dengan penyakit kebosanan. Tiga bulan adalah tempoh yang cukup lama. Apatah lagi dengan hari-hari yang penuh dengan kesibukan sebelum ini benar-benar mengajar erti masa. Buku-buku yang diborong tempoh hari akan habis juga dibaca sebelum tiga bulan berakhir.

Abah sudah berkali-kali mengajak ana meninjau dan menguruskan kebunnya. Mungkin ana lebih teruja untuk berkenalan dengan dua ekor anjing penjaga kebun- si “Bush” dan ‘Clinton”. Tok di kampung [Langkawi] pun pastinya sedang menunggu kepulangan ana, menghabiskan masa bersama-sama. Sungguh ana amat-amat rindukan tok. Masa pun kian santak. Kenangan adalah pengubat rindu yang paling manis. Cumanya, keadaan kesihatan masih tidak mengizinkan lagi. Ana masih pening-pening tak tentu hala, bimbang pitam dengan terik mentari Pulau Langkawi.

Mama pula dengan sabarnya mengajar memandu. Lesen yang diperoleh ana boleh dikatakan lesen nasib baik. Pemergian abah dan mama ke Baitullah cuti sekolah ini bakal meletakkan satu tanggungjawab mengurus rumah. Tambahan adik akan menduduki peperiksaan tahun ini. Azam mahu menikmati kalamullah dengan sesungguhnya juga moga-moga bakal terlaksana. Ameen.

Selebihnya ana mahu menulis. Mungkin tempoh tiga bulan ini sebetulnya adalah tempoh ana berkurung dengaan puisi dan karya-karya sastera. Peluang ke Indonesia awal Mei harap-harapnya akan memberi sedikit ide. Kisah cinta lagi? Mungkin ana akan fikirkan kata-kata Safiah;

 ” Wani, tolonglah jangan buat kisah cinta lagi.” Ah, cinta dan hidup seorang Hazwani tidak mungkin dapat dipisahkan. Kerana ana hidup dalam cinta. =) Pertemuan dengan Faisal Tehrani dan A. Samad Said tempoh hari sedikit sebanyak menyuntik semangat mahu menulis. Kehadiran Busra, turut mengagau kembali rasa ingin itu.

Terlalu banyak lagi aktiviti yang ingin ana laksanakan, selain mahu ketemu sahabat-sahabat di zaman persekolahan dulu. Ummi Kalsom, Fathiyah dan Adlina. Masih ingat lagikah saat kita bersama-sama menangis dan bergelak-tawa? Sungguh ana rindukan harum ukhuwwah. Juga mahu menghubungi sahabat “Psyclops”-tentang forum BPI SMKAK: “Mahu kuburkan begitu sahajakah?”. Tolong hubungi ana. Sahabat-sahabat maya yang lain, ada persoalan yang sejak dahulu bersarang dalam ingatan hingga kadang menganggu ana- Erti persahabatan seperti sehelai kertaskah? Diconteng sehingga kotor dengan segala memori kemudian dicampak ke bakul sampah? Atau hati seorang Hazwani sememangnya adalah sampah?

Pohon kepada Allah, cepat-cepat diberi kesihatan yang baik. Ameen

2 thoughts on “mahu

    org hensem said:
    April 8, 2008 at 9:34 pm

    huh sakit bosan pon ada…

    annamlatun said:
    April 21, 2008 at 3:43 pm

    semoga terus istiqamah…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s