tuai padi antara masa

Posted on Updated on

Rupanya masa terlalu deras alirnya. Membawa bersama memori suka duka. Terlalu banyak rupanya yang telah dicoret pada diari hidup. Nampak secara lahiriah tidak ada apa-apa, tapi jiwa inilah yang selalu merindui yang telah berlaku dan menangisi memori yang tidak mungkin dapat diulang itu. Seperti janji-janji, tawa dan senda bersama ikatan yang tulus. Atau hangatnya apabila diambiltahu dan diambilberat. Dan rupanya jasad ini memamah derita dalam senyap. Kadang apa yang kita gentar itu pasti akan tiba jua akhirnya. Hanya dalam keadaan bersedia atau tidak. Sesungguhnya taqdir Tuhan sangat hebat, tidak mungkin seorang aku berjaya menolaknya dengan kedua telapak tangan ini.

Mahu sahaja menulis yang lebih berat. Ana akui banyak posting sebelum ini berbaur perasaan. Emosi ketika kurang sihat begini mungkin lebih membuak-buak berbanding ketika sihat.

Selama mana berdiri pun, teruslah teguh dan tekal. Sesaat nafas boleh dihirup lagi, berbaktilah. Berbudilah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s