kita peduli?

Posted on Updated on

Alhamdulillah. Ana sudah boleh melompat-lompat dengan riang. -_- Barangkali kerana kesenangan segar melilit diri, maka kesakitan yang sedikit pun mahu diwar-war. Maafkan ana. Kadang kita memang mahu diambilberat dan diambiltahu, walaupun hakikatnya tiada siapa yang peduli.

Manusia memang sukar untuk mengambil tahu, ambil peduli. Selalunya yang diambil berat pasti berkait dengan kepentingan diri sendiri. Samada yang bakal mendatangkan hasil, ataupun berkait dengan buah hati yang tersayang. Jarang ana ketemu yang benar-benar mahu ambil tahu. Yang ikhlas hatinya kerana Allah. Bersahabat, bermesra, suka dan duka. Yang ada, hanyalah sahabat tatkala senang, bila susah datang mengetuk pintu kehidupan, sudah tidak ada lagi yang setia. Yang setia hanyalah air mata. Namun, ada jua yang ana ketemu akhlaqnya bagai mutiara. Sapanya mententeramkan jiwa. Ana tidaklah sekejam atau sepasif mana untuk melabel dunia sudah pupus kasih-sayang.

Lontarkan ruang lingkup ini jauh-jauh. Mungkin ini isu kecil yang tidak ada kena-mengena dengan kehidupan seorang pejuang. Mungkin kita mahu berbicara soal yang lebih BESAR. Kita mahu berbicara soal Palestina yang berdarah berpuluh tahun lamanya. Atau betapa biadab dan baculnya Geert Wilder dengan filem Fitna. Atau soal DARFUR yang terus-menerus ditekan. Atau kekecohan yang tak henti-henti meletus di Iraq. Atau sakitnya saudara kita dianaktirikan di wilayah Pattani.

Atas dasar apakah sensitiviti kita sebagai umat islam tersentuh apabila Islam;agama suci, deenul haq diperkotak-katikkan? Ataupun jika tak terasa diri sebagai muslim sekalipun, adakah rasa perkemanusiaan itu menjentik? Rasanya terlalu lama derita yang ditanggung. Rasanya terlalu dalam luka dan dendam. Kuffar laknatullah masih belum puas. Butakah? Butakah mereka pada darah yang membuak dari betis mulus si anak kecil? Tulikah telinga mereka pada jeritan manusia yang menyiat-nyiat jiwa?

Atas dosa apakah? Atas kesilapan apakah?

Mungkin kerana dari dalam diri. Kita belum ada cukap rasa ingin tahu dan ambil peduli. Contohnya mudah, ada pada oarng-orang sekeliling. Mungkin mata kita terlalu sepet. Atau mungkin fahaman materialistik telah lama dimamah jati diri.

—-

Tentang FITNA

Seorang ahli parlimen Belanda, Geert Wilder telah mengeluarkan sebuah filem berjudul Fitna, yang menggambarkan bahawa punca keganasan pada hari ini adalah Al-Quran. Dia sebelum ini telah mencadangkan AQ diharamkan dan menyamakan AQ  seperti ideologi Nazi. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Dia juga pernah menyarankan kepada umat Islam supaya mengoyak AQ jika mahu tinggal di Belanda. Juga pernah menyatakan jika Rasululullah masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas.

Antara barangan yang dikeluarkan Belanda:

Barang-barang elektrik Phillips

Royal Friesland Food, DutchLady

Unilever, Walls, Lipton, Knorr, Vaseline, Sunlight, Rexona, Lux, Ponds, Close-up, Dove, Comfort, Cif, Doriana

3 thoughts on “kita peduli?

    annamlatun said:
    April 10, 2008 at 8:16 am

    wani, dah baca Salju Sakinah, karya Zaid Akhtar terbitan PTS? segera dapatkan di pasaran! =) camne nak link org ke dalam blog kita? huhu.tak reti…

    wardahputeh responded:
    April 10, 2008 at 1:31 pm

    dah beli..tapi pas kat Busra jap. Dia beria-ria nak baca sampai bulat mata hitam. hehe

    org hensem said:
    April 12, 2008 at 4:30 am

    huhu peduli maksima..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s