sakit

Posted on Updated on

Barangkali ana mengalami dehydration. Akibat penghawa dingin yang betul-betul membekukan saat menjawab soalan peperiksaan, dan saat melangkah keluar sahaja terus diterkam terik mentari. Mungkin juga kerana penat. Otak yang lelah pun mahu disumbat terus dengan input-input buat bekalan di medan juang. Ataupun diri yang lepa, bahawa bahagian badan ini adalah hampir seluruhnya adalah air. Tapi teguk tidak sampai setengah botol.

Datangnya sekaligus, bersama kesakitan di mata membawa ke kepala, datang menyampuk dengan demam-tak-kebah. MIGRAIN. Begini rupanya. Begini rasanya. “Nikmat” menjadi pesakit.

Syukurlah, saat-saat diserang hingga tubuh rasa tak berdaya langsung begini, ana berada di samping keluarga. Walau pun sedih dan kecewa tetap ada saat tersungkur pada kertas terakhir Biokimia. Terngiang-ngiang lagi bicara guru bahawa kami belajar untuk peperiksaan. Bahawa kami tidak beroleh satu apa pun.

Mungkin ucapnya bagai satu jenaka pada yang lain. Mungkin jua tidak memberi kesan pada sesetengahnya. Mungkin juga tidak berasas pada bijak pandai kelas ana. Tetapi, ucapan itu merobek hati ana. Seperti sembilu, saat itu ana berjuang menulis dengan gigil sungguh-sungguh bersama sebu angin hujan di luar dewan. Bersama seribu zikra : Tuhan tak mungkin menganiya umat-Nya! Ana panjatkan doa seperti 3 pemuda terperangkap dalam gua bersama seribu harapan. Subahanaallah. Tuhan sajalah yang mampu menolong.

Benar, sudah tewas kerana kelalaian. Ketidaksungguhan. Kerana alpa bahawa pada bila-bila masa sahaja Dia berupaya menarik segala nikmat yang ada.

Jadikan ini sebagai pengajaran. Kini, debur rasa tak dapat ditahan. Tuhan, berilah bantuan.

Rasanya terlalu lelah..

2 thoughts on “sakit

    annamlatun said:
    April 15, 2008 at 9:43 am

    Salam perjuangan buat Wani…

    Sebenarnya apa yang Wani rasakan semasa pensyarah mengeluarkan penyataan bahawa kita hanya belajar untuk peperiksaan turut membuatkan hati ini sayu. Jelas tergmbar dalam minda sehingga kini kertas jawapan yang ditulis dengan jawapan yang ‘ntah apa-apa’…

    semoga kita mengambil pelajaran yang lebih berharga ini dan mengurangkan atau lebih baik menghilangkan terus niat belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dunia.tetapi, pada masa yang sama berusaha untuk lulus peperiksaan yang lebih getir, iaitu menuju peperiksaan akhirat…

    wallahualam…=)

    zulyunus said:
    April 17, 2008 at 3:21 pm

    selamat berkunjung ke arena puisi di
    http://arenapuisi.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s