Agi Idup Agi Ngelaban

Posted on Updated on

 Menghilang seketika. Komputer ana turut diserang demam. Lalu ana tak betah untuk menulis. Alhamdulillah demam ana selama 3 minggu akhirnya kebah. Sebagai pengajaran yang senantiasa perlu disemat dalam diri-jaga kesihatan! Dan alhamdulillah untuk keputusan peperiksaan semester lepas yang lebih baik daripada semester sebelum ini. Namun begitu sedaya-upaya ana perlu berusaha lagi pada semester depan, tambahan dengan program yang sudah beratur menunggu untuk diuruskan, kerja makmal yang bakal menuntut masa yang lebih panjang dan tambahan taklifan yang diharapkan oleh orang lain ke atas diri. Pastinya semua ini menuntut stamina dan kekuatan semangat. Tanpa kekuatan semangat tubuh akan lesu, kalaupun tidak lelah, usaha tidak akan ke mana-mana dek kerana terus menangguh kerja dan leka. Sesungguhnya keterikatan hati dengan Tuhanlah yang mengikat hati-hati untuk terus hidup berprinsip dan berdisiplin.

 Ana sudah hampir menghabiskan koleksi buku dan sudah menziarahi tok di Pulau Langkawi. Langkawi masih biru lautnya. Aromanya tetap sama seperti dulu. Bayunya pun masih setia membelai. Empat hari di rumah tok, ana tak betah berlama-lama. Cuaca sangat panas-ana diserang sakit kepala lagi. Tambahan, mengenangkan abah dan mama yang bakal mengerjakan umrah tidak lama lagi, ana perlu teruskan “latihan memandu” supaya lebih cekap, bimbang menghantar adik nanti ana akan pulang sendirian. Tambahan akhlaq penunggang motosikal dan pemandu lain yang sukar untuk dimengertikan. Terasa gerun untuk memandu. Bimbang sesuatu akan berlaku…

Beberapa hari di Pulau Lagenda, ana sempat berbelanja untuk diri sendiri dan adik. Baju-bajunya sangat cantik dan jarang dijumpai di tempat lain. Apa tidaknya, baju sekarang mahu mempamerkan bunt*t, diketatkan dan diletak gambar di bahagian yang sepatutnya ditutup untuk menarik perhatian lelaki. Bermotosikal dengan abah sambil menghirup bayu Langkawi memang menyeronokkan. Pagi-pagi pula bersama abah bersenam dan berjogging di pemecah ombak, Pantai Lagoon yang hampir sangat dengan rumah tok. Tembok sepanjang 2 kilometer itu adalah hasil idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memajukan kawasan sekitar pantai dengan resort di atas laut. Kata abah semalam di chalet kayu yang indah itu berharga RM 1000. Mungkin ana patut kawen dengan orang kaya untuk merasa. Haha~

Tok akan datang bersama Mak Ngah, jadi teman sepanjang ketiadaan abah dan mama. Ana faham hati abah yang risau hati mama yang runsing jika kami berdua sahaja yang berada di rumah. Kes pecah rumah berleluasa amat di kawasan perumahan ana. Mama pastinya risau dengan kelalaian ana-sering lupa mengunci pintu belakang dan lauk atas dapur.

doakan semua berjalan lancar…

Segala pujilah bagi Allah yang merencanakan lautan taqdir yang indah. Terlalu luas. Terlalu dalam maknanya. Namun pasti ada hikmah jika diselami. Begitulah hidup. Kadang kita tak bersedia untuk menerima sesuatu musibah. Bersabarlah…Adik sahabat ana telah kehilangan kaki kanannya dari separas lutut ke bawah. Aduhai betapa ana ingin membantu sungguh-sungguh. Kebaikannya terhadap ana sebelum ini sangat-sangat ana hargai. Ana selalu doakan kesejahteraanmu…

Menanti mood menulis datang…Pelbagai idea terus membuncah dalam ingatan untuk dilakar. 

7 thoughts on “Agi Idup Agi Ngelaban

    annamlatun said:
    May 6, 2008 at 7:47 am

    Salam, agik idup agik ngelaban? dah tak sabar nak dipostingkan ke bumi Sarawak ke? hehehe…tafaddhal2….=P

    Patutlah lame dah blog ni tak di update…rupe2nye bercuti di Pulau Lagenda….=)

    wardahputeh responded:
    May 6, 2008 at 7:42 pm

    salam alayki

    hehe…aah, dah tak sabar-sabar nak jadi org sarawak..=p
    bilanya nak datang rumah ni..i mean jalan2 dgn mak..

    annamlatun said:
    May 9, 2008 at 10:12 am

    wani…gambar ape yg wani letak tu? letaklah gambar semut ke…gambar kumbang ke…cantik sikit…hahaha…

    wardahputeh responded:
    May 9, 2008 at 3:34 pm

    eii..jeles la tu..kejelitaan hak milik setiap insan..uhuhu

    MAK said:
    May 10, 2008 at 9:56 am

    🙂

    lydecker86 said:
    June 8, 2008 at 2:24 am

    risaukan lauk diatas dapur?
    bukankah setiap kali masak kak long mmg juara habiskan lauk??
    mungkin mereka risau kos beli beras naek bila kak long ada dirumah..muehe~

    wardahputeh responded:
    October 5, 2010 at 10:13 pm

    cis~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s