muhasabah sufiyyah: dakwah

Posted on Updated on

Derasnya masa berlalu. Sederas air terjun di jeram. Sekelip mata sahaja rasanya. Dan kini ana sudah berusia 21 tahun. Bererti takah kematangan sudah pun bermula. Persediaan bergelar orang dewasa harus dilipatganda. Namun begitu, jikalau ditanya di manakah tempatnya dakwah ana, konsistensinya atau sejauh manakah ana berusaha untuk terus berada dalam kelompok yang sedar; ana tidak mampu rasanya untuk menjawab.

Sudah sejauh ini ana berlari rupanya. Sedalam ini jugalah ana telah meneroka lautan taqdir yang dalam amat, apatah lagi luasnya yang tak terbatas. Pengalaman, pengamatan dan segala ujian hidup mungkin sedikit sebanyak menyumbang kepada pemikiran yang tidak picik dalam menilai. Ataupun supaya punya rasa untuk memahami. Apatah lagi rasa  untuk menghargai, mengasihi dan mengasihani.

 Perjalanan dakwah terasa amat payah. Selalu sahaja rasa lelah. Kesatuan dalam jemaah tidak akan memberi apa-apa makna jika msing-masing berasa bangga dengan ilmu yang ada dan memandang rendah yang lain. Apatah lagi jika membeza-bezakan kedudukan sahabat yang sepatutnya menjadi mad’u.

Bagitu banyak sahabat-sahabat di luar sana yang terkapai-kapai mahu keluar dari tarikan dunia. Masih ada dai’e yang bersuka-suka, memekakkan telinga, membisukan mulut. Mencaci, mengata dan memandang sinis bagaikan sudah sebati dalam jiwa-jiwa ini. Apatah lagi mahu mencari jalan yang sesuai untuk menyentuh hati-hati sahabat. Begitu pun, untuk terus istiqomah amatlah payah. Kerana manusia sifatnya pelupa. Susah unuk bersyukur, selalu kufur.

Sebagai manusia pasti kita mahukan sahabat menghargai bantuan yang telah kita hulurkan atau pengorbanan yang kita hadiahkan untuknya. Tidak perlu hadiah, wang atau dibalas kembali segala jasa dalam bentuk bantuan. Cukuplah sekadar akhlaq yang baik terhadap kita bersama dua patah perkataan keramat: terima kasih. Begitulah hati akan berasa bahagia dan gembira. Kerana memang hidup untuk berbudi.

Namun begitu, harga sebuah penghargaan tidaklah murah. Kerana manusia selalu sahaja pelupa. Selalu sahaja kufur nikmat. Manusia yang bercinta boleh jadi gila jika dikhianati pasangan. Cinta dan pengorbanan yang tidak disyukuri oleh orang yang menerima boleh membunuh jiwa-jiwa yang hidup.

 Semestinya berkorban tidak memerlukan sesiapa pun yang terkorban. Berkorban dengan kasih-sayang dan keikhlasan bahawa Allahlah yang menilai akan menjadi penawar kepada segala kebiadaban seorang manusia. Seperti seorang ibu yang hidup untuk keluarganya, apa yang paling penting adalah diri sendiri. Jika tidak, pasti keadaan rumahtangga tidak terurus dengan ketiadaan seorang ibu yang sejahtera.

Tuntasnya begini, jagalah diri sebaik-baiknya untuk berkorban kepada orang lain. Supaya nanti kita tidak terkorban!

– Selagi nafas dapat dihirup, senantiasalah berusaha untuk berfikir tentang dakwah. Senyum itu dakwah. Bicara yang baik itu dakwah. Malahan diam seribu bahasa boleh menjadi dakwah.

 Barangkali, kerana hati ana sudah gelaplah, maka sukar rasanya untuk menyentuh hati-hati yang lain……

2 thoughts on “muhasabah sufiyyah: dakwah

    MAK said:
    May 10, 2008 at 9:54 am

    😉

    org hensem said:
    May 12, 2008 at 12:12 am

    kalau dah sedar tuh eloklah ramai yang dah nak mati baru berubah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s