HATI

Posted on Updated on

Manusia. Penuh dengan kompleksiti. Berdepan dengan seribu satu ragam manusia boleh membawa ke arah depression atau rasa tidak senang. Namun begitu, berdepan dengan manusia boleh mematangkan seandainya kita membuka ruang untuk memahami. Pemahaman atas diri seorang manusia akan membuahkan satu ikatan, ia akan hidup jika kita memupuknya dan akan mati jika kita membenci atau tidak senang sama sekali. Seperti bilik yang terkunci rapat, untuk memasukinya ada beberapa pilihan.

a.Merempuhnya.

b.Memecahkannya.

c.Meminta kunci daripada pemiliknya.

  • Merempuh dengan sedikit kerosakan pada pintu.
  • Memecahkan dengan kerosakan total.
  • Atau dengan cara terakhir, langsung tidak merosakkan apa-apa.

Seperti itulah, kita punya pilihan untuk masuk ke dalam hati-hati manusia.

Untuk memiliki kunci hati seorang insan, pastilah kerana kebaikan dan tulus ikatan yang terjalin. Berada di samping kita, dia merasakan keselamatan, kegembiraan dan ketenangan. Kerana itu, kita boleh memasuki relung-relung hatinya. Boleh bersenda-gurau dalam ruang hatinya.

Menyakiti hati seorang insan untuk berada di dalam kantung hatinya pasti tidak dapat bertahan lama. Seolah-olah kita berada di dalam ruangan penuh kebencian. Segala bicara lembut tidak mungkin didengar. Apatah lagi tempik dan sorak untuk menggugah sekeping hati.

Lantas bagaimana mahu memujuk sang pemilik menyerahkan kucinya?

Selagi bernama manusia, pasti ada bahagian di dalam sudut paling dalam, yang lembut. Mudah tersentuh. Ada faktor yang akan membuatnya tersentuh. Faktor x yang tidak dimilikinya, yang didambakannya dan diharapkannya. Ataupun suatu ketakutan yang boleh menggegarkan hatinya langsung berubah.

  • Kematian.
  • Kasih-sayang.
  • Perhatian.
  • Kekayaan.
  • Cinta.
  • Kesakitan.

Semuanya dapat menyentuh hati. Seperti faktor x yang bergabung dengan titik sensitif, menjadi kompleks dengan natijah pelbagai. Samada ke arah keburukan atau kebaikan.

Dalam mengajak hati-hati berubah ke arah kebaikan, diri sendiri yang mahu menjadi pengubah hati-hati insan perlu teguh dengan konsistensi.

  • Konsisten dalam melakukan perubahan.
  • Tidak gentar untuk menjadi aneh dalam hal-hal kebaikan.
  • Tidak menghiasi hati sendiri dengan zhon atau syak atau kejahilan. Tetapi menghiasi dengan perasaan cinta, kasih-sayang dan simpati.

Namun begitu, si pemilik kunci mungkin akan berasa jemu-secara fitrahnya manusia cepat berasa jemu. Maka bersederhanalah.

Sederhana dalam bicara kerana sesungguhnya perbuatan lebih besar kuasanya berbanding tutur kata.

Jangan menceroboh seperti 2 taktik pertama untuk memasuki hati insan. Gunakan teknik pujuk-sayang-faham. Meskipun bakal mengambil masa yang lama. Tetapi, hati-hati yang keras seperti batu itu, bakal melekuk jika air terus-terusan dititis bertahun-tahun ke atasnya.

Kesabaran. Sabar adalah hadiah paling termahal yang mampu dimiliki insan bernama manusia. Kerana untuk memilikinya adalah daripada usaha dalam melatih diri untuk ikhlas:kerana Allah. Seandainya bunga dibalasi tahi, yang memujuk hati dengan kebiadaban seorang insan adalah perkataan: ‘LILLAHI TAALA”.

Ah, teori memang indah. Praktik itu yang susah. Ini bukan perancangan atas kertas lalu dibiar berhabuk bertahun-tahun. Kerana akhlaq sangat susah dibentuk tanpa kesedaran…HATI.

Namun begitu, jika anda konsisten dengan visi dakwah anda, ratusan bahkan ribuan tahun selepas anda mati, dengan izin Allah, visi anda akan menjadi kenyataan. Anda tinggal menikmatinya di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s