beri dengan cinta

Posted on Updated on

Pastinya kita pernah mendengar fadhilat memberi yang banyak sekali terdapat di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Ternyata, memberi sedeqah atau hadiah adalah salah satu daripada warna hidup. Jikalau tidak tercalit warnanya, maka kurang berserilah hidup di dunia.

Memberi dengan penuh kasih dan cinta tentunya berbeza dengan pemberian penuh kebencian atau dengan jelik atau dengan hambar atau dengan niat mahukan penghormatan. Satunya bakal menambah lagi jejak mampir ke syurga dan satu laginya akan menambah langkah menghampiri neraka.

Tentunya memberi dengan cinta punya beberapa syarat. Namun begitu bagi orang-orang  yang penuh dengan cinta dalam jiwanya, pasti pemberian itu total ikhlas kerana sayang. Melihat orang yang disayangi bahagia adalah kebahagian hidup, meskipun pemberinya berkorban. Itulah kuasa cinta. Tambah menarik ditambah dengan perasa lillahitaala. Banyak sekali di dalam kitab Tuhan yang menjanjikan ganjaran yang besar saat mengorbankan harta di jalan Allah.

Pemberian paling mudah yang boleh dijelmakan pastinya dengan segaris senyum. Memandang wajah sahabat ketika dia berbicara juga adalah pemberian yang menyejukkan. Jika diukur dari aspek material, perhatian dan kasih-sayang yang akan menang. Tenaga dan masa yang diperuntukkan untuk memberi adalah lebih bermakna dalam apa-apa jua keadaan pun. Kerana hidup penuh dengan ranjau dan ujianlah, Allah menganugerahkan bicara-Nya [ al-Quran] kepada kita sebagai pembakar. Begitulah peranan saudara seislam saling bahu-membahu menuju kejayaan kekal.

Pemberian dengan penuh kecintaan juga secara automatiknya menjadikan pemberi memilih yang baik-baik sahaja untuk sang penerima. Kerana ia bahagia dengan kegembiraan kekasihnya.

Untuk memulakan dengan cinta meluap-luap adalah hampir mustahil, melainkan 4 asas ini kita pegang:

1. Lupa kebaikan kita kepada orang lain.

2. Lupa kejahatan orang lain ke atas diri kita.

3. Ingat kebaikan orang kepada kita

4. Ingat keburukan kita terhadap orang lain.

Begitulah kita harus memupuk hati supaya syukur tidak dilingkupi kufur…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s