Pulau Pinang

Posted on Updated on

Beberapa hari di rumah mak cik di Permatang Pauh, Pulau Pinang, dihabiskan dengan menikmati naskhah karya Mawar Shafei; Kumpulan Cerpen MASITAH.

Kandungan sarat 22 buah cerpen, dengan latar antarabangsa menerokai geografi, budaya, manusia, cinta, persahabatan dan perempuan bergelar Masitah. Masitah dalam naskhah ini ditampilkan dengan perwatakan pelbagai dalam beberapa buah tulisannya. Ana harus akui Mawar Shafei pandai mengeksploitasi segala ruang dan peluang yang ada dalam menukil karya seni bermutu tinggi.

Beberapa hari di rumah mak cik juga, ana sempat pergi ke pasar “orang kaya” yang dimonopoli bangsa Cina hingga ana ralit memerhati ikan-ikan di situ, dan terkejut dengan kehadiran ketam batu yang hitam pekat bergerak-gerak di dalam bakul; menunggu masa untuk dijual [muslim tak boleh makan tau, jangan pi beli pulak]. Berselisih dengan lelaki tanpa kaki paras lutut benar-benar menghimbau ingatan pada dia. Moga-moga sihat sejahtera hendaknya.

Begitulah. Tidak ada apa-apa yang menarik selain pengalaman bertemu ketam batu yang besar hitam bergerak seperti raksaksa kenit.

Kali ini ana masih belum berpeluang menguntil kueh tart yang punya “secret recipe” dari mak cik. Kue tart gebu dengan inti penuh memang enak apabila dikunyah sebati. Tambahan di waktu petang, bersama secangkir teh berperisa lemon. Inti nenas pun buatan mak cik. Rahsianya, tanpa pewarna dan pengawet. Kueh tart gebu mak cik kini menembusi pasaran dengan packing yang menarik berlabel HADEEB BAKERY. Mak cik ana mengorak langkah setapak lagi dengan memasarkan frozen food; karipap-yang sempat ana rasa [8 bijik]. Kepakarannya memang tak dapat disangkal. Moga-moga ana ada peluang untuk belajar nanti.https://wardahputeh.wordpress.com/2008/01/11/iklan/

Perjalanan pulang ke Alor Star melewati segara yang luas biru dan permatang padi yang hijau. Cuti selebihnya bakal sibuk dengan pemergian abah dan mama mengerjakan umrah. Sibuk juga dengan keinginan mengarang esei peraduan. Dan semestinya ana tidak mahu menyesal nanti dalam penghasilan karya sementara cuti masih berbaki.

One thought on “Pulau Pinang

    Mawar said:
    November 4, 2008 at 3:29 am

    Sufiyyah,
    terima kasih kerana membaca Masitah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s