Felis silvestris-catus

Posted on Updated on

Sekarang ana sedang menulis ditemani si gemuk. Kucing jiran sebelah yang “terlekat” di rumah ana sehingga tidak mahu pulang walau dihantar kembali berkali-kali. Kucing berbulu panjang, dengan tompok kelabu-hitam berlatar putih, dengan mata hijau campur kuning- amat comel. Barangkali kerana ana memang sedia sukakan haiwan ini, maka nuansa kasih itu bersatu dengan kemanjaan si gemuk kerana kasih dan sayang. Juga kerana kehendak fitrah yang disua setiap kali ia mengiau panjang dengan suara serak persis sakit tekak.

Bagi sesetengah orang kucing mungkin haiwan paling menakutkan-kerana kukunya atau saat bukaan mulutnya mempamerkan taring panjang tajam dengan bunyi mendesir.  Ataupun sebagai makhluk menjijikkan dengan kurap atau penyakit infeksi rabies akibat gigitan kucing. Namun, bagi pencinta kucing, kucing boleh menjelma menjadi sahabat paling akrab. Samada tidak membenarkan seekor tikus berkeliaran di rumah atau menjadi teman-paling-manja pernah dimiliki.

Kucing menyergap dan melumpuhkan mangsa dengan cara yang mirip dengan singa dan harimau — menggigit leher mangsa dengan gigi taring yang tajam sehingga melukai saraf tulang belakang atau menyebabkan mangsa kehabisan nafas dengan merosakkan tenggorak.

Kucing yang sedang bergaduh menegakkan rambut tubuh dan melengkungkan punggung agar mereka tampak lebih besar. Serangan biasanya terdiri dari tamparan di bagian wajah dan tubuh dengan kaki depan yang kadang disertai gigitan. Luka serius pada kucing akibat pergaduhan jarang terjadi kerana pihak yang kalah biasanya akan lari setelah mengalami beberapa luka di wajah. Jantan yang aktif biasanya sering terlibat banyak pergaduhan sepanjang hidupnya. Hal ini tampak pada pelbagai luka di bahagian wajah, seperti hidung atau telinga. Kucing betina kadang juga terlibat untuk melindungi anak-anaknya.

Kucing senang dengan suasana hangat dan sering tidur di bawah hangatnya sinar matahari. Najis kucing biasanya kering dan kucing lebih suka menanamnya di tempat berpasir. Kucing dapat mematung, tidak bergerak cukup lama terutama ketika sedang mengintai mangsa atau bersiap untuk menerkam.

Kucing tidak tahan terhadap kabut, hujan, dan salji, meskipun ada beberapa jenis seperti Norwegian Forest Cat dan Maine Coon yang mampu bertahan; dan berusaha mempertahankan suhu tubuh normalnya, yaitu 39°C, dalam keadaan basah.Kebanyakan kucing tidak suka berendam dalam air, kecuali jenis Turkish Van.

Kucing dapat melihat dalam cahaya yang amat terang. Mereka memiliki selaput pelangi atau iris membentuk celah pada mata yang akan menyempit. Meskipun demikian, penyempitan ini juga mengurangi bidang pandang kucing. Suatu organ yang disebut tapetum lucidum digunakan dalam lingkungan dengan sedikit cahaya. Organ inilah yang menyebabkan warna-warni mata kucing. Seperti kebanyakan pemangsa, kedua mata kucing menghadap ke depan, menghasilkan persepsi jarak dan mengurangi besarnya bidang pandang. Mata kucing memiliki persepsi trikomatik yang lemah.

Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut membrana niktitans. Kelopak ketiga ini terdiri dari suatu lapisan tipis yang dapat menutupi mata dan nampak ketika mata kucing terbuka. Membran ini menutup sebagian ketika kucing sedang sakit

Penjagaan si comel

Tidak banyak yang ana tahu sebetulnya. Selain perlu memandikan 2 minggu sekali dengan air suam-suam kuku supaya si kucing tidak melompat-lompat ketika dimandikan. Juga jangan sewenang-wenangnya menyua sekeping coklat Cadburry ke mulutnya, kerana pengambilan coklat berterusan boleh membunuh seekor kucing. Di pasaraya juga terdapat banyak barangan penjagaan kucing, seperti pasir, syampu dan makanan kucing pelabagai perisa. Syampu kucing juga punya pelbagai aroma sehingga ada syampu aloe vera untuk kucing! Juga pesan teman, jangan biarkan kucing jantan berkeliaran di dalam rumah jika tidak mahu rumah beraroma hancing. Juga, sediakan tempat seperti kotak berlapik kain yang selesa untuk si ibu yang sedang bunting anaknya.

Jika anda naik berang dengan si comel, jangan memukulnya. Kerana dengan pukulan itu akan membuat si comel merajuk panjang. Gunakan air. Renjis di mukanya setiap kali dia melakukan kesalahan. Malahan dengan merenjis air ke bulunya, kucing akan menjilat air tersebut menjadikannya lebih sihat dengan bekalan air yang cukup. Saat kucing mencakar habis semua perabot mahal yang anda miliki, jangan salahkannya. Kerana kucing memang memerlukan kegiatan mencakar ini untuk menanggalkan lapisan lama pada kukunya agar kukunya dapat tetap tajam dan terjaga kesihatannya.

Jangan memotong misai kucing! Ketika cahaya yang ada terlalu sedikit untuk melihat, kucing akan menggunakan “kumis” atau misainya (vibrissae) untuk membantunya menentukan arah dan menjadi alat indera tambahan. Misai dapat mengesan perubahan angin yang amat kecil, membuat kucing dapat mengetahui adanya benda-benda di sekitarnya tanpa melihat.

Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat, tapi dapat menyebabkan alergik pada manusia. Seperti ana, walaupun menggemari kucing ana sedikit alah pada bulunya yang berdebu. Kadang kala kucing memuntahkan hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perut mereka. Kucing boleh tidur antara 12-16 jam per hari, rata-rata 13-14 jam. Tetapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.

Nostalgia indah bersama kucing

Terlalu banyak nostalgia ana bersama kucing kerana ana membesar dengan haiwan ini. Kucing memang menjadi sahabat paling akrab dan teman baik yang comel pernah ana miliki. Mungkin analisis manusia penggemar kucing sebagai pemalas dan manja adalah palsu. Kerana kucing boleh menjadi sangat rajin. Seperti kucing ana yang ke surau setiap kali waktu solat bersama abah, atau menjilat bulunya setiap saat. Kucing memang menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan! Malahan kucing boleh menjadi sangat setia, dengan menunggu kepulangan ana di hadapan jalanraya saat ana pulang dari kelas malam menaiki basikal. Kucing juga boleh menjadi atlet paling baik, pemain bola yang handal dan penarik tali yang gagah. Bermain dengan kucing boleh mengeluarkan peluh-anda tidak perlukan seorang manusia untuk bermain bersama!

Begitulah seekor kucing. Haiwan yang tidaklah Allah ciptakan dengan sia-sia. Jadilah seorang pemikir supaya tidak kufur! meow~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s