Ayat-ayat Cinta

Posted on Updated on

Ana baru selesai menonton filem Ayat-ayat Cinta. Mungkin agak terlambat. Novelnya sudah ana khatam lama dahulu. Sebuah novel yang bukan sekadar novel cinta yang berlambak di pasaran. Bersih total dengan babak makhsyuk dan berahi yang memenuhi seluruh kisah. Tuntasnya, bukan novel cinta picisan. Penulis ternyata tidak mengangkat tema cinta hina manusia berlebih-lebihan. Keseluruhannya adalah naskhah yang memberi seribu nilai yang baik dalam nuansa Islamika yang menyentuh hati. Lantaran itu, tidak hairanlah berjaya menjadi buku yang terlaris.

Novel Ayat-ayat Cinta dan filem Ayat-ayat Cinta kalau boleh ana katakan adalah dua hasil seni yang berbeza. Sebetulnya ana sedikit kecewa, kerana terlalu berharap akan hasil karya yang sebagus teks asal. Mungkin kerana untuk menghasilkan filem seratus-peratus mengikut yang asli akan mengambil jarak masa yang panjang, maka bahagian-bahagian yang penting sahaja yang di’highlight’kan. Tetapi itulah yang menjadikan filem ini kurang berkesan pada pandangan ana. Kerana bahagian yang dipetik itu hanya ada babak-babak cinta Maria berdua-duaan dengan Fahri dan saat Fahri dan Maria merenung lama antara satu sama lain. 

Renungan Fahri yang lama pada wanita-wanita yang hadir dalam hidupnya itu sudah menjadi satu kepalsuan! Kepalsuan watak Fahri yang dihidupkan oleh saudara Habiburrahman.

Ana sememangnya tidak layak untuk mengkritik, kerana ana bukan orang filem yang tahu sejauh mana erti keperitan menghasilkan sebuah karya. Atau dari aspek keuntungan dan turun naik rating penonton. Pastinya tag cinta menjadi pelaris paling mujarab. Namun, aspek nilai islamikanya tenggelam terus. Karam dalam cinta Maria dan Fahri. Bukannya dalam dasar “ayat-ayat cinta” seperti temanya!

 Secara peribadi, ana menyarankan anda membaca naskhah asal Ayat-ayat Cinta, kerana aroma cintanya lebih berbisa!

One thought on “Ayat-ayat Cinta

    badrul said:
    May 28, 2008 at 4:43 pm

    salam perjuangan…

    pada pendapat ana, lebih baik novel berbanding filemnya…

    filem tersebut tidak dapat menyampaikan mesej penulis yang sebenar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s