Pabila abah & mama tiada

Posted on Updated on

Abah dan mama sedang dalam pesawat saat ini. Setelah terkandas sehari atas sebab-sebab tertentu Saudi Airlines, bersama 58 orang yang lain. Hikmahnya, dapatlah ahli rombongan melempiaskan segala penat melayan tetamu yang datang berziarah, di hotel Pan Pacific berdekatan KLIA [ditaja pihak penerbangan]. Ana doakan semoga segalanya selamat dan berjalan dengan mudah. Semoga titipan doa kepada mama dan abah bakal telus pada gerbang-gerbang langit hingga sampai kepada Tuhan.

Tiada yang payah, makcik ana bersama sepupu dan anak saudara lelaki datang meneman. Bersama tok, rumah tak sesunyi mana. Cuma rutin menghantar adik ke sekolah sepanjang minggu kadang buat hati tercalit bimbang. Walaupun keinginan melonta-lonta untuk menjelajah seluruh Kedah semasa ketiadaan mereka. =p

Ana baharu menghabiskan ‘buah tangan’ pertama Saifulislam a.k.a Ustaz Hasrizal; ‘Aku terima nikahnya..’ dan sekarang sedang membaca karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi; ‘Satu Rasa Dua Hati-mencipta cinta sepanjang perkahwinan.’ Kedua-duanya diolah dalam bentuk yang hampir sama. Sangat sesuai untuk bakal pengantin supaya minda lebih terbuka.

Cuti ana pun barangkali akan dicantas sedikit dek kerana seminar yang akan berlangsung tengah bulan hadapan di kampus. Ana tidak mahu lepaskan peluang menghadiri seminar bernilai ratusan ringgit itu secara percuma. Mungkin akan ke Kuantan beberapa hari dan pulang semula ke Kedah, menghabiskan  esei pertandingan.

https://wardahputeh.wordpress.com/2008/05/12/peraduan-menulis-esei-2008-yayasan-kepimpinan-perdana/

Sekarang ana turut membaca sebuah buku berjudul Melayu Glokal yang banyak menyumbang kepada isi esei. Buku-buku motivasi turut membantu. Kerana ana gemar buku bercorak ini, mencari bahan tidaklah susah. Abah turut menyumbang buku-bukunya sehingga bahan rujukan mencecah lebih daripada 20 buah buku! Seandainya ana memberi alasan lagi, bermakna diri ini sangat culas dan malas.

Ana doakan abah berbahagia di Mekkah dan Madinah, meraikan saat-saat pencennya… =)

2 thoughts on “Pabila abah & mama tiada

    alberangque said:
    May 30, 2008 at 4:46 am

    Tahniah buat penulis, kalau hendak bahan yang berfokuskan pengalaman seorang guru boleh lawat laman sesawang alberangque.wordpress.com. Insya Allah ada banyak coretan pengalaman yang bermanfaat terutama kalau nak jadi pengajar atau guru.
    Tahniah kerana anda punyai laman sesawang sendiri. TQ

    SAGA BAIDURI said:
    November 12, 2008 at 8:23 am

    SALAM………………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s